DOA AWAL TAHUN HIJRAH ...
31 August 2019
Meter TNB
ALIH METER ELEKTRIK TNB DI RUMAH BUSUK
Alih kan meter elektrik TNB di rumah busuk
Satu syarat juga dari pihak TNB kerana tidak boleh lah meter berada di dalam rumah pulak yer
Dengan tujuan untuk besar kan kedudukan ruang tamu yang asal
Supaya ruang tamu lebih besar
Terasa lebih selesa untuk santai bersama keluarga
Korang mesti guna kontraktor elektrik yang berlesen dengan pihak berkuasa TNB di negeri masing masing yer
Lokasi saya di seremban
Saya guna khidmat kontraktor di seremban lah
Mereka ada kepakaran dalam buat kerja ini
Kos bergantung kepada kes memasing yer
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
30 August 2019
29 August 2019
Pagar
PINTU PAGAR RUMAH BUSUK
Progres ubahsuai rumah busuk
Makin hari makin mewangi sedikit demi sedikit
Makan masa sket untuk disiapkan
Almaklum sahajalah pada asalnya rumah ada busuk sesangat
Dah tiba masa untuk membuat pintu pagar
Nak tempah dah nie
Cuma saya kurang idea lah
Pagar macam mana yang sesuai ?
Mohon bagi cadangan yer kenkawan
Tolong bagi idea
Yuhuuπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
28 August 2019
Selori tiles
SELORI TILES UNTUK RUMAH BUSUK
Sket sket progres
Lama lama banyak lah
Pasti akan siap mewangi pada bulan depan
Selori tiles pun dah sampai
Dah boleh mulakan pasang tiles
Lantai yang dipasang dengan tiles akan nampak lebih kemas dan sempurna
Rumah pun akan nampak lebih luas
Pastinya yang nak duduk di dalam rumah itu pun akan terasa lebih selesa
Yuhuuπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
27 August 2019
7 tips
7 TIPS UNTUK BINA TABLE TOP DI RUMAH BUSUK
Pepagi nie malas nak naip pepanjang
Rumah busuk dah di bina table top
Kes ini table top sepanjang sekitar 16 kaki panjang
Nak bina saya cadangkan korang ambil panduan ini:
1. Binalah table top yang sesuai dengan saiz ruang dapur ... tidak lah panjang sangat ... hanya yang sesuai
2. Sediakan ruang sinki ... nak 1 atau 2 bowl ... bowl ada macam macam jenis
3. Sediakan lubang dapur gas ... ini ikut jenis lah dapur gas tersebut
4. Ketinggian perlu sesuai untuk masukkan tong gas dibawah table top ... jika guna saluran paip saluran gas yang bayar bulanan itu lebih memudahkan
5. Sediakan lubang paip air untuk ke sinki ... ini jangan lupa plak
6. Sediakan juga soket elektrik untuk pasang hood dan untuk kelengkapan elektrik yang lain ... kena buat rewiring awal awal yer
7. Jika di tepi tingkap pun sesuai gak untuk pencahayaan ... senang nak buat kerja memasak ... ada lah pengudaraan
Tur jer nak taip
Moga boleh beri bermanfaat kat korang ππ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Kes saya ini
Dah boleh beli hood & hob
Dah boleh panggil sukat tukang buat kitchen kabinet
#rumahbusuk
26 August 2019
Team baru
KES RUMAH BUSUK LAGI
Sudah bincang bincang
Menjalankan serentak 3 projek rumah busuk
Team yang berbeza
Lokasi pun berbeza jugak
Hasil kerja pun mungkin berbeza
Matlamat sama iaitu ingin mewangi rumah rumah busuk
- Yang sedang berjalan sekarang ini ... progres sekitar 70% ... jangkaan siap sepenuhnya mewangi pada bulan depan September 2019
- Cadang nak mulakan reno pada minggu ini ... dijangka siap 2 bulan
- Cadang akan dimulakan pada 1 September minggu depan ... dijangka ambil masa 2 bulan juga
Makin sibuk lah jadual untuk layan hobi hartanah rumah busuk
Nak jalan serentak semuanya
Layan jer
Yuhuu π
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
25 August 2019
Lepak
LEPAK KAT SINI
Santai bersama family
Bonding time
Memasing sibuk jadual harian yang padat
Sembang sembang ilex ilex
Sambil discus dengan wife untuk planning bab rumah busuk
Layanπ
Happy birthday 12
HAPPY BIRTHDAY 12
MUHAMMAD ASYRAF
Papa Mama Adik beradik
Mendoakan untuk membesar dengan baik
Menjadi anak yang kuat semangat
Tanpa mudah mengalah
Berjaya di dunia & akhirat
InsyaAllah
Aamin ππ
Santapan
MALAM TADI
Hadir ke majlis santapan Undang Luak Jelebu ke 16
Meriah suasana di sana
Suka tengok
Saya hadir dengan wife saya
24 August 2019
Pilihan rumah busuk
MILIKI RUMAH BUSUK IKUT KEMAMPUAN
Banyak kategori rumah busuk yang boleh dimiliki
Ikut kemampuan memasing yang ada
Buat lah pilihan yang sesuai dengan kehendak kita
Tidak ada paksaan dalam perkara ini
Antara kategori rumah rumah busuk tersebut ialah:
A. Rumah busuk banglo
Yang ada wang lebih atau ada peluang kemudahan pembiayaan
Ada kemampuan boleh pilih yang ini
B. Rumah busuk semi d
Jika ada yang minat rumah berkembar
Memang boleh pilih yang ini
Maner tau ada kenkawan yang nak buat jiran
Kawan yang kenal dari kecil
Dah tahu hati budi dan mahi jadi jiran plak
C. Rumah busuk teres
Ada pilihan untuk rumah teres 1 tingkat atau 2 tingkat
Samada unit tengah atau corner lot jika ada peluang
D. Rumah busuk pangsapuri mewah
Nak selesa dan ada pelbagai kemudahan pelbagai
Termasuk yang ada siap pengawal keselamatan
E. Rumah busuk pangsapuri
Janji ada rumah kan
Tak kisahlah apa senario pun
Mula kan dengan pangsapuri pun boleh gak
Tidak timbul isu nak ambil hak orang lain
Yang pasti miliki lah rumah busuk itu secara berhemah dan mengikut lunas & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
Jika berkelayakan untuk memiliki sesebuah unit rumah busuk berkenaan tidak ada sebarang masalah yer
Sebagai contoh nya jika sebuah unit rumah busuk itu tidak layak di miliki pada peringkat awal kerana disebabkan syarat tertentu
Tetapi apabila telah masuk di kamar lelongan awam
Maka unit rumah busuk itu telah terbuka di miliki secara kaedah lelongan awam lah
Elok ikut saluran yang telah ditetapkan
Tidak timbul isu dah lah !
Pilihan di tangan kita semuanya
Nak miliki rumah busuk secara subsale atau pun secara kaedah lelongan awam
Pilih jer lah salah satu kaedah itu
Tidak ada sesiapa yang melarang
Bincang bebaik dengan pasangan kita untuk pilih yang mana satu pilihan hati & family
Korang kena ambil tahu juga mesti nak ado modal untuk kos mewangi kan rumah busuk itu jika rumah berkenaan dalam keadaan sangat busuk
Heppy weken kenkawan
Saya pun ada beberapa jadual untuk tujuan rumah busuk weken ini
Layan jer hobi nie !
Yuhuu π
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
22 August 2019
Ruang tamu
RUANG TAMU DI DALAM SEBUAH RUMAH BUSUK
Untuk kes rumah busuk yang ini
Saya ambil pendekatan untuk besarkan sedikit ruang tamu yang ada
Saya sambungkan ke depan sedikit
Sebelum ini ada ruang kosong sebelah kanan depan dekat pintu utama
Itu pun saya besarkan sedikit
Maka dengan perubahan ini menjadi kan ruang tamu lebih besar dari sebelumnya
Ruang tamu rumah busuk yang mewangi
Menjadi idaman ramai orang untuk memiliki ruang tamu yang sesuai
Ruang yang luas
Ruang yang selesa
Ruang yang ada siling yang sempurna
Ruang yang bersih
Ada cukup cahaya yang masuk
Ada plaster siling
Ada lampu
Ada kipas
Ada tingkap untuk melihat luar
Jika dapat dipasang kan aircon lagi lah bertambah sempurna
Dipasang lantai tiles
Dinding warna cat yang menjadi pilihan
Ada pintu yang menarik perhatian mata
Telah dipasang gril untuk tingkap n pintu
Ada bilangan socket elektrik yang mencukupi untuk kegunaan segala peralatan elektrik
Dengan ada nya item item ini akan menjadi lebih sempurna sebuah ruang tamu yang selesa untuk tinggal sekeluarga
Betoi ker saya cakap nie
Siapa yang setuju
Komen lah sketπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
21 August 2019
Sedapnyer
Sedap nyer
4 ekor seberat 2.3kg
Dibelah 2 setiap sekor
Dapat 8 bahagian
Makan share share kami 6 pax
Alhamdulillah
Udang
UDANG
4 ekor seberat 2.3kg
Saiz bosar
Boli tadi order dari shah alam delivery direct ke soromban
Kami ado 6 pax
Terpakso lah kongsi lah sket sorang
Nak masak apo yang sodap ?
π
Ruang dapur
NAK MULA BINA TABLE TOP DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK
Malam tadi team kontraktor call saya
Diberitahu akan membina table top dalam minggu ini
Pesanan juga untuk membeli hood & hoob
Maka mudah untuk disukat saiz dan bersesuaian di letakkan hood & hoob pada table top
Perkara ini penting untuk memastikan semua dalam keadaan teratur dan tersusun
Kerja kerja ubahsuai ini memang perlu diaturkan sebaiknya
Jika tidak diatur mungkin akan berlalu pertindihan masa dan sebagainya
Hari ini wife dijangka akan pergi singgah di kedai elektrik untuk membeli perkakasan hood & hoob
Beli jenama biasa biasa jer dengan kos modal yang mampu milik
Actually di kedai elektrik memang banyak pilihan
Dari harga yang sedang sedang sampai lah kepada jenama harga tinggi
Pilihan di tangan kita
Betoikan
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar ruang dapur yang akan diwangikan nanti
Ini gambar kes sebenar yer
#rumahbusuk
20 August 2019
2 jari
SKET SKET PROGRES RUMAH BUSUK
Dalam rumah busuk pun Ir. AJAK nak tunjuk 2 jari gak
Agak agak korang lah
Apa andaian yang boleh korang ertikan dengan 2 jari
Sajer kita sembang sembang kan kan pagi nie π
Semalam team kontraktor untuk buat pagar & gril dah datang sukat
Ini rumah busuk 2 tingkat tau
Dah kira harga
Saya sudah setuju jumlahnya
Dah buat bayaran 50%
Kontraktor dah boleh mula kan kerja kimpalan di bengkel
Biasanya apabila rumah secara fizikal dah siap reno semuanya
Pagar & gril akan di pasang lah
InsyaAllah
Kasi YUHUU satu kaliπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Mee maggi
MEE MAGGI GORENG
Sajer nak inform korang
Saya Ir. AJAK teringin makan mee maggi goreng
Wife tolong goreng kan lepas subuh nie
Dah sebulan tak makan gini
Telor 2 biji tau
Wow korang jangan terliur plak
Jom bekfesπ
19 August 2019
Plast
DINDING RUMAH BUSUK DAH MULA DI PLASTER
Monday blues pagi nie
Kongsi sket ceriter semalam
Sket sket progres kerja makin bertambah
Dinding rumah busuk dah mula di plaster
Ubah kedudukan dinding pada bilik utama bagi ruang lebih besar sket
Kedudukan tandas pun dah berubah supaya kedudukan lebih tersusun baik
Ejas ejas bagi sempurna sebuah rumah busuk ini
Tak bleh main buat jer yer
Kena ada planning yang teratur
Ginilah layan hobi hartanah rumah busuk
Weken mesti nak layan
Yuhuuπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
18 August 2019
7 kebaikan
7 KEBAIKAN MEMASANG PLASTER SILING DI DALAM RUMAH BUSUK
Antara kebaikan nya ialah:
- Siling nampak kemas & rumah nampak kemas sangat
- Ruang nampak lebih luas
- Akan menaikan nilai harga rumah busuk
- Boleh letakkan kadar harga sewa lebih lah sket
- Pembeli rumah pun mudah jatuh hati jika rumah tersebut mahu dijual
- Apabila di pasang lampu downlite LED akan nampak terang jer ... tambahan jika dicat warna putih plaster siling itu
- Penyewa pun suka nak menyewa bilik atau rumah berkenan
Usahakan lah untuk pasang plaster siling
Salah satu strategi untuk memberi tambah nilai kepada sebuah rumah busuk
Yuhuuπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Rakan kontraktor mesej hantar gambar progres proses ubahsuai rumah busuk kepada saya
#rumahbusuk