LAWAT RUMAH LELONG===================
Sesibuk jadual aku dari pagi ke malam
Coti hari sabtu semalam:
1pm ke
1.30pm aku sempat untuk lawat rumah lelong
Aku akan cari ruang waktu untuk melihat rumah lelong sebelum masuk lelongan sebenar
Faedah faedah yang dapat daripada lawatan tersebut ialah:
1. Melihat kawasan sekeliling
2. Jumpa jiran jiran di sekeliling
3. Sembang dengan jiran sekeliling
4. Melihat rumah itu
5. Melihat sebarang kerosakan yang ada
6. Mengintai di dalam rumah melalui lubang lubang tingkap jika rumah berkunci
7. Mengambil gambar gambar supaya boleh dilihat semula
8. Dengan lawatan ini boleh membuat anggaran sebarang kos untuk repair
9. Boleh jugak buat anggaran untuk renovation jika menang
Dengan maklumat maklumat ini boleh lah membuat perbincangan dengan pasangan samada mahu proceed atau tidak untuk bidaan lelongan
Kita jugak boleh membuat anggaran harga maksimum yang boleh dibida
Sangat penting untuk membuat lawatan ke rumah lelong sebelum masuk sebarang lelongan
Malah bagi aku adalah wajib untuk membuat lawatan
Aku sekadar melayan hobi jer
TQ ALLAH