25 March 2017

Biznes




APA BIZNES KORANG
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Apa biznes korang
Cer ceriter sket
Aku nak baca nie
Aku nak tahu gak
Jika ada link pun boleh tempek kat sini
Kira macam iklan jugak lah
Jangan segan segan jangan malu malu
Tak kira apa biznes sekalipun
Kita berkongsi ceriter
Weken nie aku ada masa sket nie nak membaca
Sila sila yer
Yuhuu 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Plaster siling




PLASTER SILING RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Merancanglah untuk memasang plaster siling di dalam rumah busuk
Plaster siling akan menaikkan nilai rumah itu
Plaster siling akan membuatkan rumah itu lebih kemas
Malah penyewa atau pembeli rumah juga akan lebih mudah jatuh hati
Aku lebih suka plaster siling yang simple jer
Pada kebiasaan aku hanya menggunakan cat berwarna putih sahaja setakat ini
Ker korang dah pernah guna selain warna putih untuk plaster siling nie
Jika dapat menggunakan plaster siling di seluruh rumah: porch, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas ... pasti rumah nampak lebih ohsem lagi ... kan kan
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




24 March 2017

Santai




LAWAT BUSUK SECARA SANTAI
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Aku selalur jer naik kapcai
Untuk lawat rumah busuk
Sambil santai santai keliling taman
Jika tak lawat rumah busuk
Macam terasa tak lengkap plak rutin harian aku
Jika tak sempat sekalipun aku akan lihat photo rumah busuk melalui album di hp
Aku suker tengok kontraktor buat kerja
Macam terapi minda
Pikiran tenang dan syok semacam jer
Tak layan rumah busuk terasa tak keruan plak
Hehehee 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



23 March 2017

Mesin rumput




MESIN RUMPUT
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Salah sebuah rumah yang aku menang lelong
Rumah semi D
Saiz tanah 40 x 100 (4,000)
Pepetang nie panggil pemotong rumput
Mat bangla Encik Burhanudin
Dah siap mesin rumput
Disapu dan dikumpulkan
Masuk ke dalam beg plastik
7 plastik semuanya
Baru nampak kemas
Kekadang sebelum aku mengambil keputusan untuk mewangikan
Aku akan cuba mainten rumah
Supaya jenjiran pun rasa selesa
Rumah dalam keadaan bersih
Betoikan😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Berselerak




RUMAH BUSUK BERSELERAK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sewaktu kerja fully renovation dilakukan terhadap sesebuah rumah busuk
Memang sangat berselerak
Dengan pelbagai bahan binaan
Kat situlah nak letak bungkusan simen
Kat situlah nak letak kepingan tiles
Dan pelbagai lagi bahan binaan
Ruangan tempat kerja juga adalah sangat terhad
Kekadang terpaksa alihkan semua barangan dari ruangan dapur ke bahagian ruangan hall semata mata untuk mulakan kerja di ruangan dapur
Begitulah sebaliknya dari satu bahagian dalam rumah ke bahagian bilik tidur sebagai contohnya
Kerja renovation sangat berbeza dengan membuat kerja rumah yang baru
Inilah salah satu cabaran mewangikan sesebuah rumah busuk
Layan jer
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





22 March 2017

Kalah lelong




KALAH LELONG ITU PERKARA BIASA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Today rabu kalah lelong lagi
Aku bajet RM80 ribu jer
Pembida yang menang itu RM85 ribu
Tahniah kepada pemenang
Yang masuk 17 pembida dipahamkan
.
.
Rabu lepas pun aku kalah jugak
Kalah tipis jer
Banyak tur jer bajet yang ada
Yang 2 minggu lepas pun aku kalah jugak
Alahaiiii
Jangan kecewa
Dan terus berusaha lagi
Yuhuu satu kali
😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





Kopi




Kopi O pekat




Sketch kitchen kabinet






RUMAH BUSUK
- Nak tempah kitchen kabinet
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Tiap hari progres rumah busuk makin banyak
Dah mula berbincang dengan kontraktor untuk menempah kitchen kabinet
Sketch dah siap
Nak pilih warna plak
Table top pun dah siap sebahagian
2 minggu lagi kot
Dah mula boleh rancang untuk dipasang
InsyaAllah
Moga semua urusan dipermudahkan
Aamiin
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





21 March 2017

Rindu




Selak selak gambo album di hp
Terjumpa gambo nie
Dah hampir 4 bulan berlalu
Masih segar di ingatan
Kerinduan menggamit kembali untuk ke sana
Rasa tak tertahan pulak
Adussss
Doa aku agar ada peluang lagi untuk menjejak kaki ke sana lagi
InsyaAllah
Aamiin