28 March 2017

Tandas




TANDAS RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Tandas rumah busuk telah mula:
1. Dipasang mangkuk jamban duduk
2. Lantai tiles
3. Dinding tiles
4. Rewiring untuk water heater
5. Plaster siling
6. Pipeping
Untuk kes rumah busuk ini ada 3 buah tandas
Tandas merupakan keperluan yang sangat penting
Setiap hari kita akan menggunakan tandas
Betoikan
Yuhuu 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




27 March 2017

Pintu pagar






PINTU PAGAR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Monday blues today
Sajer nak kongsikan gambo
Rumah yang ini sudah siap di pasang pintu pagar
4 daun pintu lipat
Ada roda di bawah tur
Pagar boleh dilipat sampai ke tepi
Senang nak masukkan kenderaan
Nampak lebih sempurna dah rumah ini
Alhamdulillah
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




26 March 2017

Courier




Ada 7 orang yang order buku "hobi hartanah"
Esok akan courier yer
Tunggu tau
😄👍



Pasang pintu




RUMAH SUDAH DI PASANG PINTU
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Selpi sket di potang ahad
Rumah sudah pasang pintu dan tingkap
Nampak lebih sempurna
Progres sangat menyeronokkan aku
Hari ahad pun kenkawan kontraktor buat kerja
Masih nak siapkan memasang tiles lantai bahagian dapur
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Buku




Esok nak courier
Ada kenkawan nak tumpang skali ker



Warna tiles




PEMILIHAN WARNA TILES RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Pemilihan warna tiles di dalam rumah busuk juga memainkan peranan yang penting
Pemilihan warna yang tepat akan membuatkan sedap jer mata memandang
Warna pilihan mengikut citarasa memasing
Tiada kaedah yang khusus
Setiap orang lain citarasa memasing kan kan
Pemilihan warna yang berbeza akan membuatkan rumah kelihatan lebih ceria
Kedudukan warna juga berbeza mengikut kedudukan tiles:
1. Lantai porch
2. Lantai ruang tamu
3. Lantai dapur
4. Lantai dalam bilik
5. Lantai tandas
6. Dinding tandas
7. Pada table top
8. Pada dinding table top
Kekadang penin jugak nak sesuaikan warna warna nie
Setelah dapat pilihan warna yang sesuai memang akan rasa puas hati jer
Hari ahad today aku dah siap jadual untuk layan hobi hartanah rumah busuk ... lokasi di seremban dan ke selangor jugak
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




25 March 2017

Networking


RUMAH BUSUK
- Perlu networking
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Ada yang bertanya kepada aku lagi
Camner "Ir. AJAK" boleh buat banyak perkara dalam satu satu masa
Termasuk layan aktiviti hartanah rumah busuk
Aku pun tak pandai nak jelaskan semua perkara dalam bentuk penulisan di wall fb nie
Tapi yang aku nampak ialah "networking" tur sangat penting
Buat banyak perkara secara bentuk "team"
Yang paling penting ialah bersyukur kepada ALLAH dengan segala pinjaman dari NYA
Alhamdulillah
.
.
Aku citerkan sket
Dalam tempoh 2 minggu nie
13 hingga 25 mac 2017 today
Memang sangat ohsem
Waktu aku memang dapat dimanfaatkan sepenuhnya banyak aktiviti dapat dilaksanakan
Padat sangat jadual aku
1. Bekerja makan gaji
2. Berpeluang ke oberc trip dengan kenkawan Ihsan Zainal Norfaizah Abu Talib
3. Masuk lelong setiap minggu ... 3 kes ... 3 kes aku kalah kerana bajet aku ciput ... gunakan khidmat Agent REN
4. Layan rumah busuk aktiviti mewangikan dijalankan oleh team kontraktor binaan ... elektrik ... kitchen kabinet ... gril pagar ... semua berjalan dengan baik
5. Untuk aktiviti perancangan seminar hartanah soromban berjalan dengan lancar oleh team S.I.T Encik Kamal Hafiz Zainudin Sharezad Musa Khairul Amal Mahmud Shariza Abd Latif cik aisyah
6. Coti sekolah dapat bawak kidos ke Pahang ... Terengganu ... Kelantan ... Perak ... bonding dengan family sambil mandi di kolam renang
7. Ziarah bonda di Ipoh dan bawak family makan malam serta serahkan "elaun untuk bonda" sambil menikmati sedapnya bonda masak gulai lemak sayur pisang
8. Ada masa untuk layan fb di media sosial
9. Ada masa jugak nak baca sebahagian buku Hipster Hartanah oleh HF Harith Faisal
10. Sempat jugak melayan tv di depan astro
11. Jangan terleka dari bermunajat kepada NYA di waktu Sholat Dhuha mohon dipermudahkan urusan rezki
12. Sempat jugak buat planning untuk "rumah busuk" untuk projek yang akan datang ... deal dengan 2 rakan Agent/broker untuk 2 lokasi yang berbeza ... projek lokasi baru bukannya di seremban tauuu ... woww teruja
13. Sempat celebrate besday boy abang angah pada 20 mac yang lalu
14. Enjoy memandu van hitam bersama family walaupun jauh dari seremban ke pahang ke terengganu ke kelantan ke perak dan balik semula keseremban ... beratus kilometer sambil enaknya menikmati satar di bakar panas ... ranggupnya ikan celup tepung ict
15. Sempat jugak call jiran yang stay di JB untuk beli rumah beliau di soromban ... agar ada peluang
Aku banyak gunakan kemudahan handphone untuk pelbagai urusan
Mesti nak ada kemudahan internet
Networking dengan kenkawan jugak sangat penting
Atur kan masa sebaiknya
Fokus berbuat sesuatu
Kekadang tegas untuk membuat sesuatu keputusan
Berkongsi apa yang kita ada dengan insan tersayang
Senantiasa ingat ALLAH di hati dan mohon petunjuk
Alhamdulillah
Sekadar coretan aku di penghujung cuti sekolah
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk













Selera




Selera aku hari ini
Alhamdulillah



Buku HF






HIPSTER HARTANAH
Oleh HF
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Hari ini sabtuday
Sekitar jam 11.55am pagi 25 Mac 2017
Aku mula membaca dan mendapatkan pengetahuan dari buku ini
Walaupun aku sudah lama melayan "hobi hartanah rumah busuk"
Tapi ilmu perlu di top up dari masa ke semasa
Korang jugak perlu memiliki buku ini
Tahniah sifu tuan HF Harith Faisal
Saya tumpang bangga dengan karya buku sulong ini
Teruskan berkarya
I polow

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk