03 July 2017

Pendamping

5 PENDAMPING RUMAH BUSUK

.

.

Monday blues memang hambar sket

Berat jari jemari untuk menaip

Idea pun perlahan jer datang

.

.

Jangan ingatkan yang bukan bukan yer

Lain macam plak tajuk pepagi nie

"Pendamping" yang saya maksudkan bukan hantu raya ker atau jin toncit tau ... Hehehee 😄

.

.

Saya maksudkan 5 pendamping berikut:


1. AGENT YANG BIJAK:

Dengan ada nya networking dengan agent yang bijak

Maka peluang untuk kita memperolehi rumah busuk lebih cerah

Mereka mempunyai sumber informasi yang baik

Mereka mempunyai listing rumah busuk yang boleh kita buat pilihan barangkali

Listing rumah busuk yang berkualiti seperti lokasi yang strategik


2. RUNNER YANG CERGAS:

Dengan ada nya runner yang cergas

Maka kita akan boleh memperolehi informasi yang berkaitan dengan lebih cepat dan pantas

Seperti contoh gambar rumah busuk, kedudukan rumah busuk, infra yang ada di sekitar berhampiran rumah busuk dan info yang lain berkaitan 


3. PEGUAM YANG WIBAWA:

Dengan ada nya pihak peguam yang berwibawa

Sebaiknya kita jadi kan panel lawyer

Mudah untuk menjalankan transaksi rumah busuk

Lawyer sudah tahu cara kerja

Lawyer sudah memahami kehendak kita

Lawyer sudah ada rekod transaksi

Lawyer sudah pegang dokumen yang berkaitan


4. PEMBIAYA YANG PEMURAH:

Dengan ada nya pembiaya yang pemurah

Maka mudahlah untuk kita meneruskan urusan transaksi hartanah rumah busuk

Pembiaya boleh terdiri dari pihak bank bank, institusi kewangan, koperasi, pinjam wang dari suami/isteri, pinjam wang dari ibu/bapa, pinjam wang dari adik beradik dan sebagainya

Dengan adanya kemudahan pembiaya, maka tidak timbul isu untuk modal pusingan untuk membayar kos agent, kos runner, kos peguam, kos beli rumah busuk, kos kontraktor dan kos pelbagai


5. KONTRAKTOR YANG RAJIN:

Dengan ada nya kontraktor yang rajin

Sudah pasti urusan untuk ubahsuai rumah busuk kepada rumah wangi akan terlaksana mengikut jadual yang terancang

Kontraktor pembinaan 

Kontraktor elektrik 

Kontraktor gril/pagar

Kontraktor kitchen kabinet

.

.

Dengan adanya gabungan dari kesemua pendamping mereka ini akan menghasilkan gabungan yang mantap dan berkesan

Dari proses bermula untuk memperolehi rumah busuk sehingga lah rumah menjadi sempurna wangi

Maka korang mestilah mencari networking terhadap mereka mereka ini

Bina keyakinan antara satu sama yang lain

Saling bekerjasama sebagai "satu team"

Saya memang sudah mantapkan kesemua perkara ini

Itu sebab saya boleh bertahan bertahun lama nya melayan "hobi rumah busuk" sejak dari dolu dolu

Contohnya:

1. Sebulan saya pergi mengerjakan ibadah haji pada tahun 2016 lepas ... urusan kerja proses mewangikan rumah busuk masih berjalan seperti biasa

2. Dua minggu saya bercuti rehat bersama family di Hong Kong pada penghujung disember tahun 2016 lepas ... saya masih berpeluang menang lelongan awam sebuah rumah busuk unit corner lot landed di klang selangor 

Alhamdulillah

Habis membaca mohon SHARE kan yer untuk manfaat kenkawan yang lain

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


02 July 2017

Lega tekak

Pegi dapur

Buat sendiri

Layan cicakman di astro

Hehehee 😄



Asam pedas 

Saya tak tipu 

Memang sedap asam pedas nie 

Wife masak

Bertambah nasi

Alhamdulillah 



Serahkan kunci 

CARA "Ir. AJAK" MEMBERI MANFAAT MELALUI "RUMAH BUSUK"


Semalam tarikh 1 Julai 2017

Tercatat lagi satu lembaran dalam diary aktiviti kehidupan "Ir. AJAK" berkaitan rumah busuk

Memberi peluang kepada rakan buyer masuk awal ke dalam rumah

Perjanjian SnP bertarikh 16 Mac 2017 bermakna transaksi belum selesai sepenuhnya

Proses dokumentasi masih berjalan melalui pihak lawyer

Kunci rumah telah saya serahkan

Ini budi bicara saya

Maka rakan buyer boleh masuk awal

Ini cara saya untuk membantu dan memberi manfaat

Saya tidak punya wang dan kekayaan yang boleh diagih agihkan

Apa yang saya ada akan cuba diberi manfaatkan 

Saya rasa heppy dapat memberikan manfaat kepada orang lain

Terasa nikmat sangat sangat berbuat demikian

Saya acapkali terbayang kan betapa gembiranya rakan buyer mnerima sejambak kunci pintu rumah

Lebar sonyuman mereka

Kerap dah saya berbuat sedemikian bagi kes kes yang lepas

Cer korang ceriter perasaan korang tatkala menerima kunci rumah yang korang beli tur

Korang heppy kan kan

Misi "Ir. AJAK" amat jelas untuk memberi manfaat kepada ummah dengan cara tersendiri dengan kemampuan yang ada melalui aktiviti "rumah busuk"

Tulisan pada LANAI tempohari pun menceritakan perkara yang sama

Saya cuba permudahkan segala urusan transaksi 

Malah bukan profit dan kekayaan yang dikejarkan semata mata 

InsyaAllah 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



01 July 2017

Dating

Malam minggu

Dating dongan wife 

Depan rumah jer

Sambil makan coklat whittakers

Sambil duduk atas kerusi batu

😄



Siap install

Satu lagi kes telah siap

Table top & kitchen kabinet 

Alhamdulillah 

😄👍


Sedang pasang 

Sedang di pasang

Dijangka waktu asar akan siap

InsyaAllah 


Pasang kitchen kabinet 

Hari ini dijadual akan pasang kitchen kabinet pada table top ini

InsyaAllah 

😄



Telor

Bekfes untuk layan rumah busuk ...



Rumah busuk 

RUMAH BUSUK vs RUMAH WANGI


RUMAH BUSUK:

Yang saya ertikan sebagai rumah yang uzur

Walaupun dalam kamus dewan belum memberikan definisi sebegini

Rumah yang tidak cantek

Rumah yang tidak sempurna

Rumah yang penuh sampah sarap

Rumah yang tidak bertingkap

Rumah yang siling telah pecah

Rumah yang tandasnya meloyakan

Rumah yang senantiasa dipandang sepi oleh jiran 


RUMAH WANGI:

Rumah yang saya ertikan sudah sempurna untuk didiami

Rumah yang telah di transformasi kan dari rumah busuk kepada rumah wangi

Rumah yang ada porch

Rumah yang ada lantai tiles

Rumah yang ada plaster siling

Rumah yang ada table top & kitchen kabinet

Rumah yang ada tandas ala ala hotel gitur

Rumah yang telah di wiring semula

Rumah yang ada kipas dan aircon

Rumah yang acapkali dipandang cantek jer yer


Rumah busuk vs rumah wangi

Mana satu pilihan korang yer ?

Ikhlas dan jujur

Cer korang tolong jawapkan


HAKIKAT:

Hakikat yang perlu dilalui

Untuk melakukan proses transformasi dari rumah busuk kepada rumah wangi memang memerlukan usaha yang kental

Setakat hangat hangat tahi ayam ... tak menjadi weh

Itulah usaha yang telah dilalui sejak bertahun tahun dahulu

Dek kerana melayan "hobi"

Anggap jer ini perkara yang amat menyeronokkan hati dan perasaan

Merupakan satu kepuasan hati apabila dapat menyempurnakan sebuah rumah busuk kepada sebuah rumah wangi

Hakikat nya memang memerlukan komitmen yang berterusan dan padu

Betoikan

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah kes sebenar yang telah saya sempurna kan