26 October 2017

Hijau

DAPUR RUMAH BUSUK


Lewat petang semalam

Dapur rumah busuk hampir mewangi

Kitchen kabinet hampir akan disiapkan

Dah di cat

Ruang dapur yang agak luas dan selesa

Okey ker cam giniπŸ˜€


Ir. AJAK


25 October 2017

Cekodok 

Cekodok jagung 

Wife masak potang nieπŸ˜€πŸ‘


Pintu

PINTU DAPUR RUMAH BUSUK


Dah di pasang pintu kayu

Gril pun dah di pasang

Dinding dapur pun dah mula di cat

Ruang antara pintu dan table top adalah ruang untuk meletakkan mesin basuh dah siap kepala paip, soket elektrik dan salur air buang 

Nampak dah makin sempurna sket demi sket ...

πŸ˜€


24 October 2017

Cendol

Kalah lelong

Lepak pekena cendol bawah pokok

πŸ˜€


Tewas

SAYA TEWAS LELONGAN AWAM


RP : RM75 ribu

Close price : RM250 ribu

Naik lebih 300 percent

Pembida: 60 orang

Tahniah kepada pemenang

.

.

Saya tiada upaya dengan harga sebegitu

Maka saya tewas

.

.

Makin mengganaz harga lelongan skrang nie

Yuhuu πŸ˜€


Bilik

BILIK RUMAH BUSUK


Bilik di dalam rumah busuk

Makin sempurna dah

Dah mula di cat

Dah pasang gril

Hati saya makin berbunga wei

YuhuuπŸ˜€


Bekfes

Coti rehat sehari today


Pagi nie pegang kuali sudip

Nasi lebih semalam

Nie lah hasilnya

Saya makin minat memasak

Tapi yg simple jer lah

Aroma dah okey

Tapi takder perisa ajino kat dapur nie

Ermmmmm

Telo kuning cair tambah kicap

Alhamdulillah 


23 October 2017

Ibadah

IBADAH UMRAH DULU ATAU IBADAH HAJI DULU ?


Antara alasan yang saya terima apabila mengajak orang mengerjakan umrah :  


"Daripada buat umrah, lebih baik buat haji sekaligus", kata seorang kenalan. 


"Betul tu. Lagi pun umrah hukumnya sunat. Manakala haji hukumnya wajib. Antara sunat dan wajib, kena utamakan yang wajib" demikian hujah seorang sahabat sambil menghirup teh tarik 'kaw kaw'. 


Untuk makluman, hukum mengerjakan umrah bukanlah sunat tetapi adalah *WAJIB* sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. 


Hukumnya sama seperti mengerjakan haji. 


Dalilnya ialah surah al-Baqarah ayat 196. 


"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah". 


Mengerjakan umrah hanya sunat apabila dilakukan berulang kali berdasarkan hadis, 


"Dari satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa di antara keduanya". (Muttafaq 'alaih) 


Memandangkan quota haji yang terhad, serta tempoh menunggu giliran yang lama (puluhan tahun) untuk menunaikan haji, maka digalakkan sesiapa yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu. 


Lagi pun Rasulullah SAW sendiri melakukan umrah dahulu sebelum mengerjakan haji. Dalilnya, 


"Daripada 'Ikrimah ibn Khalid, beliau bertanya Ibnu 'Umar tentang mengerjakan umrah sebelum mengerjakan haji. Beliau menjawab : Tidak mengapa. 'Ikrimah menyambung lagi : Ibnu 'Umar telah berkata : Nabi SAW sendiri telah melakukan umrah sebelum Baginda SAW mengerjakan haji. (HR Bukhari) 


Justeru tuan puan yang sudah berkemampuan dan belum pernah ke tanah suci sedangkan tempoh giliran untuk mengerjakan haji masih lama lagi, eloklah mendaftar pergi mengerjakan umrah selagi mana sihat. 


Sekurang-kurangnya bila ajal menjemput., kita pernah menjejakkan kaki ke tanah suci...


Kredit kepada: Ustaz Tuan Haji Hisham AL Haj (Petugas Ibadah Haji bagi pihak Tabung Haji)


Wallahualam


Nota: kerinduan ini tetiba datang bertamu lagi untuk ke sana lagi ... moga ada peluang dijemput untuk menjadi Tetamu Allah ke sana jua suatu hari nanti ... InsyaAllah ... Aamiin


Ruang dapur

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Monday blues today

Ruang dapur rumah busuk:

1. Sudah hampir siap

2. Sudah mula cat undercoat

3. Ruang nampak luas dan besar

4. Sudah siap table top 22 kaki panjang L shape

5. Tiles dinding sudah di pasang pada atas table top

6. Kitchen kabinet telah di tempah

7. Plaster siling nampak kemas

8. Lampu downlite LED sudah dipasang 

9. Kipas 5 bilah warna hitam remote control akan di pasang 

10. Terdapat tandas yang besar pada ruang dapur .. jamban duduk .. water heater dah pasang

11. Dah siap tempat mesin basuh: paip, suis, tempat air keluar

12. Lengkap plug soket untuk peti ais dan kelengkapan elektrik 

13. Guna pintu kayu

14. Tingkap kaca tinted aluminium frame

15. Tiles lantai pun dah siap .. belum dibersihkan

16. 2 bowl sinki dengan 2 kepala paip

17. Hood dan dapur gas memang dah beli masih dalam kotak

18. Sedang pikir nak cat warna apa yer

.

.

Mesti kaum hawa ... mak mak dan adik adik manis mesti suka nak memasak nanti apabila dah siap sempurna ruang dapur ini πŸ˜€πŸ‘

Saya tiada daya untuk menggunakan semua bahan bahan binaan yang mahal mahal 

Kepala paip sinki pun harga RM25 jer satu

Memadai dengan kelengkapan yang sebegini menjadikan ruang dapur yang sempurna

Tak sabo nak siapkan sebuah rumah busuk menjelang hujung bulan ini atau awal bulan depan november 

InsyaAllah Aamiin

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambo kelmarin tur


22 October 2017

Daging hancur

DAGING HANCUR


Malam nie saya rajin sket

Duduk di dapur

Masak simple jer

Daging hancur + rempah kari daging + minyak zaiton banjir + daun oregano + daun sup sket

Nak cicah roti hotdog + bawang dadu + garam

Sedap nyer

Alhamdulillah 

Minyak zaiton kan baik untuk kesihatan 

.

.

Bagi wife berehat

πŸ˜€πŸ‘