03 December 2017

Kesyukuran 

KEINDAHAN BUMI ALLAH


Allahuakbar 

Betapa indah bumi ciptaan Allah

Dengan cuaca yang berbeza

Rupa paras umat yang berbeza

Bahasa yang berbeza 

Berbagai latarbelakang

Berbagai taraf hidup

Saiz badan pun berbeza

.

.

Bermusafir di bumi Allah

Menginsafi diri ku yang serba daif

Diriku yang serba kekurangan 

Namun rezki Allah itu luas

Aku mensyukuri segala pinjaman dari NYA

Moga kerendahan diri menjadi tunjang kehidupan seharian

.

.

Bermusafir ini memberi seribu erti

Walaupun bukan selalu

Hanya aktiviti tahunan

Namun aku amat gembira berkelana di bumi indah ciptaan MU

Ku kutip keindahan kehidupan ini untuk membajai perjalanan harian

Alhamdulillah kepada MU ku lafaz kesyukuran 

Aamiin

😀👍


Kurma kambin

Pekena kurma kambin di kantin malaysia hall london

Sedap gak wei

Sosojuk nie

😀


01 December 2017

Secocok

Wife saya kata

Secocok nie

😀


Papa tak pandai

PAPA TAK CUKUP PANDAI


Muhammad Adam kidos si bongsu 

Tanyer soalan ke Papa

"Kenapa papa tak belajar di london"

.

.

Papa jawab:

"Papa tak cukup pandai"

.

.

Selepas tamat SPM tahun 1991

Keputusan papa perolehi tak melayakkan papa untuk pergi belajo ke oberc

Keputusan cukup cukup makan jer

Nak masuk matrikulasi kat malaysia pun tak layak wei

Papa hanya berpeluang untuk sambung belajar ke peringkat diploma jer

Papa cakap terus terang

Jauh sekali bahawa papa nak termasuk di golongan cerdik pandai untuk mendapatkan tajaan belajar di oberc

Jangan harap nak dapat tajaan dari giant company macam petronas ker

Aduduuu 

Malu papa nie

.

.

Tapi papa usaha lah dengan cara yang tersendiri

Korang kidos dah 2 kali jejak kaki ke London nie (sekitar tahun 2011 dan today)

Papa dah berkesempatan untuk kali yang ke 3 rasa nya (2009, 2011 & today)

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI

.

.

Bertuah kenkawan yang berpeluang dapat belajar di sini

Papa nak inform kat kidos

Papa nie bahasa inggeris pun ke laut

Belajor tak pandai sangat wei

Malu tutup muka

Aduduuu 😀


Ir. AJAK


View

Nice view ...