Jika risau rumah berselerak
Jika risau rumah penuh habuk
Jangan gatai tangan nak ubahsuai rumah busuk yer
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Jika risau rumah berselerak
Jika risau rumah penuh habuk
Jangan gatai tangan nak ubahsuai rumah busuk yer
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Apabila dah terjebak dengan hobi rumah busuk
Mesti perlu tanam kan sifat sabar
Kerana sifat sabar adalah asas yang utama nak layan rumah busuk nie
Tidak lah semudah disangka
Banyak cabaran yang harus dilalui
Perkara ini perlu diterapkan pada peringkat awal pembabitan dalam aktiviti rumah busuk
Keadaan rumah busuk yang pelbagai:
1. Kekadang sudah tiada atap bumbung
2. Tingkap pun tiada
3. Rewiring yang hancur
4. Semak samun yang macam hutan
5. Penuh sampah sarap
6. Pintu memang dah hilang
7. Tandas tak boleh digunapakai
Dengan keadaan uzur sebegitu
Kita nak ubah bagi sempurna dan cantek
Maka memang perlukan kesabaran dalam setiap proses tersebut
Jika asyik nak panas baran ... masalah lain plak yang timbul nanti
Betoikan
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Merenung di sebalik tirai
Ada “rumah busuk” yang tidak mampu saya miliki
Memang tidak akan mampu
Mungkin hartanah yang bernilai jutaan ringgit
Sebelah nya pula ada hartanah wangi yang memang bernilai tinggi
Mana mungkin untuk saya miliki
Lokasi yang strategik di tepian pantai
Nampak di kejauhan sana ada kapal kapal yang berlabuh
Indah pemandangan ini
Secawan kopi o terasa sangat sedap untuk dihirup
Lega tekak sambil disajikan dengan view yang sangat tenang
Sambil berfikir sejenak bagaimana harus merencanakan hari esok esok aktiviti rumah busuk
Di mana saya berada
Tak dapat lari dari berfikir sejenak tentang rumah busuk
Ada jer nak difikirkan:
1. Modal rumah busuk
2. Lokasi rumah busuk
3. Nak pilih rumah busuk
4. Nak miliki rumah busuk
5. Nak ubahsuai rumah busuk
6. Nak siapkan rumah busuk
7. Segalanya berkisar tentang rumah busuk
Wow indahnya dengan peluang nikmat pinjaman dari ALLAH
Kepada MU saya ucapkan penuh Syukur ALHAMDULILLAH
Saya syok melayan hobi hartanah rumah busuk😀
Ir. AJAK
Saya sebenar nya kurang mahir menulis
Tak pandai nak reka ayat ayat yang bombastik
Nak tulis yang lawak lawak lagi lah tak pandai
Tapi hasrat saya cuba menulis tentang RUMAH BUSUK:
1. Nak berkongsi ceriter dengan kalian semua
2. Nak share pengalaman yang saya ada
3. Share gambar rumah busuk supaya korang boleh paham
4. Nak tarik minat korang terhadap rumah yang dah wangi cantek
5. Tiada niat nak menunjuk nunjuk atau ujub yer
Saya minta maaf lah coz tak mahir menulis dengan sebaiknya
Kekadang susunan ayat pun tunggang langgang
Entah entah perkataan RUMAH
BUSUK pun tak bleh digunapakai
Yuhuu 😀
Ker korang dah mula menyampah dengan ceriter RUMAH BUSUK
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Sesibuk mana pun jadual saya
Mesti nak cuba lawat rumah busuk
Saya akan cari ruang waktu untuk melihat rumah busuk sebelum masuk ke lelongan awam atau belian secara subsale
Akan cuba sedaya upaya untuk melawat
Faedah faedah yang dapat daripada lawatan tersebut ialah:
1. Melihat kawasan sekeliling
2. Jumpa jiran jiran di sekeliling
3. Sembang dengan jiran sekeliling
4. Melihat rumah itu
5. Melihat sebarang kerosakan yang ada
6. Mengintai di dalam rumah melalui lubang lubang tingkap jika rumah berkunci
7. Mengambil gambar gambar supaya boleh dilihat semula pada masa terluang
8. Dengan lawatan ini boleh membuat anggaran sebarang kos untuk repair
9. Boleh jugak buat anggaran untuk renovation jika berjaya untuk memiliki
10. Boleh sembang dengan agent hartanah atau owner rumah jika berpeluang
Dengan maklumat maklumat ini boleh lah membuat perbincangan dengan wife saya
Samada mahu proceed atau tidak untuk tujuan memiliki rumah busuk berkenaan
Kita jugak boleh membuat anggaran harga maksimum yang boleh dibida atau dibeli
Sangat penting untuk membuat lawatan ke rumah busuk sebelum masuk sebarang lelongan awam atau melakukan nego rumah subsale
Malah bagi saya adalah wajib untuk membuat lawatan Jika berkesempatan
Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer
TQ ALLAH
Ir. AJAK