17 November 2019

Kambing

Kari kambing
Wife masak dah macam kat kedai mamak
Perhh sodap lunch nie😀👍




Sedap

Wife beli kat gerai .... yummy😀👍




16 November 2019

Progres

RUANG TAMU RUMAH BUSUK TELAH DIPASANG PLASTER SILING


Rumah untuk kes yang ini dalam progres sekitar 60% gitur

Banyak lagi yang perlu dibuat

Mungkin menjelang cuti krismas hujung bulan depan akan dapat disiapkan sebuah rumah


Ruang tamu rumah busuk yang mewangi

Menjadi idaman ramai orang untuk memiliki ruang tamu yang sesuai

Ruang yang luas

Ruang yang selesa

Ruang yang ada siling yang sempurna

Ruang yang bersih


Ada cukup cahaya yang masuk

Ada plaster siling

Ada lampu

Ada kipas

Ada tingkap untuk melihat luar

Jika dapat dipasang kan aircon lagi lah bertambah sempurna


Dipasang lantai tiles

Dinding warna cat yang menjadi pilihan

Ada pintu yang menarik perhatian mata

Telah dipasang gril untuk tingkap n pintu

Ada bilangan socket elektrik yang mencukupi untuk kegunaan segala peralatan elektrik


Dengan ada nya item item ini akan menjadi lebih sempurna sebuah ruang tamu yang selesa untuk tinggal sekeluarga


Betoi ker saya cakap nie

Siapa yang setuju 

Komen lah sket😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





15 November 2019

Rebut

Memang sedap makan rebut rebut ngan kidos ... abis tak cukup ... order lagi ... Alhamdulillah 




13 November 2019

Perjuangan

BIDAAN RUMAH BUSUK MERUPAKAN PLATFORM PERTAHANKAN PEMILIKAN HARTANAH MILIK ORANG KITA


Saya bercuti rehat today

Sajer mahu kurang kan jumlah cuti rehat yang masih berbaki 35 hari untuk tahun 2019

Bulan depan dah penghujung tahun 2019

Nanti banyak sangat baki cuti tahunan untuk dibawa ke tahun 2020 pulak

Sambil tur saya cuba manfaat kan cuti rehat saya untuk ke dewan lelongan awam 


Rumah busuk merupakan salah satu cara platform untuk mempertahankan pemilikan hartanah milik orang kita

Ini perkara yang yang harus dilihat dengan lebih serius

Saya tekan kan mesti lebih serius yer


Contoh nya:

Hari ini 2 unit hartanah dilelong serentak bagi hartanah sebelah menyebelah dalam satu lelongan awam

Pemilik nya yang sama nama iaitu orang yang sama pada nama rekod

Nama nya dalam rekod carian adalah nama orang kita

Ada 5 pembida yang berminat dengan hartanah ini

Kami bertanding lah


Kami berlawan banyak kali angkat tangan

Sehinggalah harga naik menghampiri 63% dari lebih tinggi dari harga rizab yang asal

Saya menang lelongan untuk 2 unit ini

Saya bukan nak jadik champion

Jika orang kita tidak masuk lelongan dan tidak menang dalam kes ini

Maka kemungkinan besar unit ini akan terlepas ke tangan “mereka” ... maka memang boleh lah terlepas pemilikan hartanah milik orang kita

(Mereka=cha ya nun alif)


Harap kalian boleh faham apa yang saya maksud kan yer

Nak cakap lelebih kang sensitip pulak

Ada yang cakap rasis dan sebagainya

Ini lah perjuangan yang perlu dibuat dan diteruskan oleh orang kita dari masa ke semasa

Ini lah fardhu kifayah yang kita perlu usahakan 

Beri manfaat kepada ummah

Mungkin ini hari dia yang bermasalah sehingga unit hartanah dia terlelong sebegitu


Sekadar catatan luahan Ir. AJAK pada potang ini

Saya sedih apabila banyak hartanah unit orang kita terlelong

Saya sedih tau apabila ada yang orang kita minat dan masuk dewan lelongan 

Tapi malang nya kuasa beli yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dan kalah dengan “mereka”

Apabila kalah di dewan lelongan maka hartanah terjual kepada “mereka”

Masa itu perasaan saya sangat sedih sangat sedih sangat sedih ... itu hak milik orang kita tapi akan lucut secara sah di kamar lelongan awam


Masih jauh perjalanan kita

Masih banyak yang perlu kita perjuangkan

Kemon bangsa ku

Kita berjuang 

Kita terus berjuang 

Terutama hartanah unit orang kita yang berstatus “freehold” tanpa sekatan

Saya Ir. AJAK tiada kemampuan untuk terus berjuang setiap hari kerana kekangan kewangan untuk pemilikan hartanah unit lelongan

Korang boleh masuk lelong dan cuba untuk menang


Tapi saya ada upaya untuk tulis kata kata semangat & nasihat agar untuk kalian terus mempertahankan pemilikan hartanah milik kita dari jatuh ke tangan “mereka” sewaktu lelong

Tolong yer

Saya tidak menang lwlongo tidak mengapa

Janji mesti orang kita yang masuk lelong dan menang setiap kali lelong berlawan dengan “mereka”


Maaf lah tulisan tidak teratur 

Maaf jua jika tulisan saya menguris hati kalian

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini

Janji korang boleh faham dah cukup baik bagi saya

Itu jer nak cakap

Allahuakbar

Jika sudi Mohon kongsi kan agar lebih ramai yang dapat baca dan faham .. InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Plaster siling porch

DAH SIAP PASANG PLASTER SILING PADA PORCH RUMAH BUSUK


Sket sket progres rumah busuk berjalan

Nampak perubahan demi perubahan pada setiap sudut rumah

Dari betoi betoi busuk dah mula nak bertukar kepada rumah lebih wangi


Plaster siling pada porch telah siap dipasang

Saya heppy tengok progres sebegini keadaan nya

Layan hobi hartanah rumah busuk memang sangat mengasyikkan tau

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk




12 November 2019

Bertukang simple

Tak der kerja cari kerja

Ini lah nama minat

Konon konon nak bertukang simple

Kayu palet pun dijadikan bahan

Hahahaha 😀

Aktiviti petang selepas asar

Layan jer 😀





11 November 2019

11.11

Sambil pekena secawan cup air panas & nasi lemak di koc train ETS nie
Tertanya tanya juga
Apa istimewa nya traikh 11.11 nie
Sajer jer tanya kat korang 😀