Doakan kami bermusafir pulang ke Tanah Air dengan selamat ... InsyaAllah Aameen 😀
23 December 2019
22 December 2019
Clock tower
Lepas sholat isyak malam tadi
Sempat naik ke clock tower
Di muzium pameran astronomi
Terasa teruja & kagum dengan Kebesaran Allah mencipta seluruh alam termasuk cekarawala seluruh
Subhanallah Allahuakbar MasyaAllah
Terasa diri amat amat kerdil di sisi NYA
Insaf saya
View di sekitar Kota Makkah amat indah dilihat pada waktu malam
Menurut info menara jam ini ke 2 tertinggi di dunia pada masa skrang nie
Lif naik ke atas pun laju jer rasanya
Alhamdulillah dengan segala peluang 😀
21 December 2019
Bertahalul
ALHAMDULILLAH
Usai sudah bertahalul
Lewat malam baru selesai
Menikmati keindahan beribadah di sini
Sukar diungkapkan dengan kata kata apabila tengok KAABAH di depan mata
.
.
Perut pun dah lapo
Pekena nasi beriani
😀
20 December 2019
Miqat
MENUJU KE MEKAH
Kami nak gerak ke Kota Suci Mekah Al Mukaramah potang nie ... doakan kami yer
Kota Suci Madinah Al Munawarah yang memegang jasad Nabi Muhammad s.a.w senantiasa akan dirindui selalu dalam ingatan seharian
Moga ada peluang untuk kami datang ke sini lagi pada masa akan datang InsyaAllah Amin
Rindu
Apabila di tanya soalan. Kenapa pergi selalu ke Madinah & Mekah. Actually saya tidak tahu nak bagi jawapan. Kekadang terjawab “saya RINDU nak datang lagi & lagi” !
19 December 2019
18 December 2019
Umrah
Asalamualaikum. Dengan rendah hati. Saya & wife dijadualkan akan bertolak bermusafir ke tanah Arab pada hari ini untuk tujuan Ibadah Umrah. Kesempatan ini kami memohon ampun & maaf. Doakan kami selamat pergi balik yer, dipermudahkan urusan ibadah n perolehi umrah yang mabrur. InsyaAllah Amin😀 From: Ir. AJAK & WIfe
16 December 2019
Sembang jiran
5 PANDANGAN POSITIF JIRAN RUMAH BUSUK
Pagi monday blues memang bermalas malasan kan kan
Tambahan pula cuaca mendung & hujan berterusan
Terasa dingin di pagi hari
Tatkala saya melawat rumah busuk
Saya akan tinjau dari luar depan, belakang dan sisi
Ada kala nya jiran yang prihatin akan datang menyapa & bertanya:
“Nak beli ker rumah buruk uzur nie”
Saya jawab kekadang ringkas jer:
“Jika diizinkan NYA saya bercadang nak beli rumah busuk yang nie”
Tanya jiran tur lagi:
“Rumah buruk uzur nie dah lama kosong dan di tinggal kan tau ... pagar keliling pun dah semak samun dengan daun pokok menjalar ... sekali tengok seram pun ada”
Itulah gambaran awal keadaan rumah busuk
Jiran prihatin petunjuk yang baik
Tambahan pula jiran yang beri pandangan yang positif:
- Kami jiran suka ada orang yang mahu usahakan rumah busuk ini
- Kami jiran akan seronok tengok rumah akan mewangi
- Kami jiran suka akan bertambah lagi kami penduduk jiran di sini
- Kami jiran suka tidak ada budak nakal akan masuk masuk ke dalam rumah yang busuk dan uzur
- Kami jiran suka tidak lah risau ada binatang berbisa ada situ
Apabila ada jiran yang memberi semangat sebegini
Maka akan terasa ter motivasi untuk berusaha mewangikan rumah yang busuk
Dapat menyumbang kepada masyarakat
Pasti akan ada ganjaran pahala apabila kita buat dengan ikhlas & jujur
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Rumah yang ini (dalam gambar) sudah 85% siap
Alhamdulillah syukur dengan segala perancangan yang baik baik