Bleh ker
Makan nasi lemak bungkus daun pisang ngan sayur tauge kasar ngan daging salai
Ermmm sedap😀
Bleh ker
Makan nasi lemak bungkus daun pisang ngan sayur tauge kasar ngan daging salai
Ermmm sedap😀
TAHUN 2020
Saya mendoakan kalian semua akan beroleh kejayaan dalam apa jua usaha
Mendapat keberkatan dalam hidup dari NYA
Ukhwah silaturrahim kita berpanjangan
Saya akan terus melayan hobi hartanah rumah busuk
InsyaAllah Aamin
Ir. AJAK
ALKISAH DIARY Ir. AJAK SEPANJANG TAHUN 2019
Hari terakhir today 31 disember 2019
Cepat nya masa berjalan
Setahun berlalu iaitu 365 hari dirasakan kejap jer kan kan
Saya cuba garapkan 7 isi besar sepanjang catatan diary untuk diri saya n family
Isi 1: HOBI RUMAH BUSUK
Layan hobi hartanah rumah busuk
Berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk
Pelbagai transaksi
Rumah lelong
Rumah subsale
Tanah pertanian
Wangikan kes rumah busuk
Jenis rumah busuk yang berbeza
Kalah bida lelongan
Gagal memujuk owner menjual hartanah
Pelbagai pengalaman di garap
Alhamdulillah
Berjaya memaksimakan potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadi mewangi
Tanpa rasa jemu tanpa rasa penat akan terus memacu keadaan ini
Hobi sejak bertahun tahun dahulu dah layan
Agar hobi hartanah rumah busuk ini menjadi asbab untuk saya terus memberi manfaat kepada yang memerlukan
Isi 2: BERMUSAFIR UNTUK IBADAH UMRAH
Ibadah umrah
Diizinkan oleh ALLAH untuk menjadi Tetamu NYA untuk kesekian kalinya pada tahun ini
2 kali dijemput ke sana pada bulan febuari bersama kidos & minggu lepas bersama insan tercinta
Alhamdulillah syukur sangat
Walaupun sesibuk mana sekalipun
Akan diselitkan jadual masa untuk ke sana jua
Nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata kata
Kerinduan selalu datang bertamu
Kekuatan itu yang menaikan semangat untuk berterusan musafir ke sana
InsyaAllah Amin
Isi 3: MUSAFIR
Diizinkan oleh ALLAH jua
Untuk bermusafir ke luar negara jiran bersama kidos untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Allah di pulau pulau tepi pantai yang indah
Bermusafir jua membawa kidos untuk gembira hati mereka di taman tema
Nikmat yang Allah pinjam kan
Allahuakbar
Isi 4: DIBERI TANGGUNGJAWAB KERJAYA
Saya pekerja makan gaji bulanan jer
Nak berterusan praktikkan profesional engineer saya & saya ada minat & malah inilah cita cita saya sejak dari kecil lagi
Saya curahkan kemahiran saya
Diberi peluang untuk mengambil satu tanggungjawab yang agak berat menerajui satu organisasi peringkat negeri
Berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah sekalian
Itulah harapan dan doa saya selalu
Isi 5: HOBI IKAN KOI
Tetiba dah kena racun dengan kenkawan di media sosial
Dah mula minat pulak dah dengan hobi ini
Saya pelihara baby ikan koi masuk tahun ke 2 dah
Banyak jugak kena keluarkan kos modal nyer weh
Hobi yang memerlukan wang
Maybe boleh di kategori sebagai hobi mahal
Modal untuk buat kolam, sistem filter, beli ikan ikan dan maintenance nyer
Minat nie ngabiskan wang jer ... adudu
Tapi syok dirasakan
Rasa tenang jer sebagai terapi minda
Lihat ikan makin membesar dan jinak bermain di tangan
Terhibur hati yer
Isi 6: KEINSAFAN
Rasa keinsafan dengan ujian yang Allah berikan kepada saya n family
Saya ada sedikit ujian yang diterima kerana kemalangan basikal sewaktu riadah pada hujung bulan april
Menyebabkan saya terpaksa admit 2 kali di hospital KPJ seremban untuk jalani pembedahan akibat patah tangan kiri
Cuti sakit sekitar 3 bulan
Viral akibat transaksi jualan kereta honda city
Hikmah yang tersendiri iaitu Allah nak tunjukkan pelbagai perkara dalam kehidupan
Saya banyak belajar dari pengalaman ini
Allahuakbar saya bersyukur
Isi 7: KESIMPULAN
Penuh kesyukuran ke hadrat NYA
Peluang dan segala pinjaman yang ALLAH berikan
Saya hanya insan biasa
Kekadang masa yang amat terhad
Kudrat yang sedikit
Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki
Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi hartanah rumah busuk
Setiap masalah cuba diatasi
Dengan rasa rendah diri
Saya memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2019
Sokongan & doa dari kalian amat saya harapkan
Tanpa kalian kenkawan siapalah saya Ir. AJAK
Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos & adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat diharapkan selalu
Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hati ini
Saya berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2019 yang penuh onak & duri
Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini dan senario pasca pilihanraya tahun lepas
Moga ALLAH permudahkan segala urusan untuk hari yang mendatang
Moga tahun baru 2020 akan lebih cemerlang dan konsistem dengan segala perancangan yang direncanakan oleh saya & family
5 ITEM AZAM TAHUN BARU 2020:
Alhamdulillah InsyaAllah Aamiin 😄👍
Ir. AJAK
31 disember 2020
#rumahbusuk
7 ASAS UNTUK SAMBUNG DAPUR RUMAH BUSUK
Ingatkan malas nak taip bab cerita rumah busuk pada hujung tahun begini
Cadang tahun depan baru nak sambung semula
Sajerlah taip santai santai kan
Kongsi ilmu suatu perkara yang dapat beri manfaat
Betoikan
Perkara biasa kita nak besarkan dapur di rumah memasing dengan pelbagai kegunaan
Extend dapur rumah busuk akan memboleh kan untuk:
1. Luaskan ruang dapur yang sedia ada: boleh masak bersama sama ibu & anak. Tak lah berlaga badan kerana sempit
2. Ubah kedudukan tandas dan besarkan saiz tandas: letakkan tandas di hujung sket. Besarkan supaya selesa untuk mandi & gunakan
3. Gantikan tingkap nako kepada tingkap cermin tinted aluminium frame: barulah nampak cantek sket. Nyamuk tak masuk di celah cermin nako yang tidak rapat
4. Boleh membina table top yang panjang sket: nampak lebih kemas & teratur. Bina kitchen kabinet supaya boleh masukkan pelbagai alatan dapur. Warna kitchen kabinet akan menceriakan ruang dapur
5. Ruang dapur kelihatan luas dan lapang: ini penting untuk menaikkan mood untuk selalu berada di ruang dapur untuk memasak dan sebagai nya
6. Sediakan ruang/sudut untuk mesin basuh: letakkan di satu sudut. Sediakan socket elektrik, paip air & lubang air keluar. Teratur & kemas
7. Senang nak letak peti sejuk yang lebih besar: adanya peti ais yang lebih besar membolehkan nak isi makanan yang lebih banyak. Senang nak masak apa sahaja sebab stok dah ada
Barulah selesa untuk digunakan dapur tur
Para ibu dan gegadis akan syok untuk memasak dan buat kerja di dapur
Bila bila masa mood akan datang
Tak lah moody nak ke dapur ... Hehehehe 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar progres rumah busuk yang sedang diusahakan untuk disempurnakan
Ubahsuai untuk sebuah rumah
#rumahbusuk
PERKARA BIASA WEH HIPOKRIT TUR 😀
Kita manusia nie
Melalui kitaran hidup
Setiap hari ada masa 24 jam jer
Tidak kurang sesaat pun
Itulah bahagian kita
Pada hari ini mungkin kita belum lalui
Esok mungkin tidak lagi
Pengalaman itu akan kunjung tiba jua
Itulah namanya kitaran kehidupan
Malah kekadang kita berada di atas
Tidak mustahil jua kita akan berada di bawah
Macam roda
Saya putar halim !!!!!
Masa kita belum ada awex
Kita usha awex untuk tackle
Masa itu kita cerita bab jiwang di wall fb saban hari
Mandi tak basah
Makan tak kenyang
Tido tak lena
Cinta sakan beb 😀
Dulu kita tidak bercerita pasal jodoh
Sebab belum tiba masa untuk diijabkabulkan
Selepas akad kita pun asyik cerita bab bahagianya ada pasangan termasuk uplud gambo pelbagai posing yang hebat
Sampai kenkawan pun naik muak
Wow gilos syok 😀
Masa kita belum ada rezki nak terima cahaya mata
Masa itu kita cerita bab pelbagai usaha dilaksanakan & doa pada NYA
Kekadang apabila orang uplud gambar baby kita sangat berkehendak untuk memiliki baby dari zuriat sendiri 😀
Masa dah mula ada rezki
Wife pregnant kita umumkan kat wall fb
Ramai yang ucap tahniah
Kita pun happy
Setiap hari cite bab ibu pregnant
Itu tak bleh ini tak boleh
Bau alah makan tak selera n bagainya
Husben penyayang kan layan karenah ibu preggi
Terbaek abam husben 😀👍
Masa dah dapat baby
Bukan main cerita bab baby
Malah pelbagai aksi gambo baby di uplud nyer
Tak kira masa dan tempat
Mesti wall fb di cerita bab baby
Tak kiralah baby boy or gegurl comei
Alhamdulillah 😀
Masa dah berpeluang beli & miliki hartanah
Memang galak cerita bab hartanah pulak
Strategi itu strategi ini macam macam teori n idea nak dipakai
Malah yang ada modal lebih lagi
Akan cerita & uplud bab deco deco rumah idaman
Rumah ku syurga ku itulah moto dicanang canang 😀
Up lagi status
Dah ber peluang miliki hartanah
Maybe upgrade pula ke bab pelaburan untuk jangka masa panjang
Invest itu invest ini
Macam yang disebut dengan alasan untuk jaminan masa depan
Kagum tengok aset berkepuk kepuk
Perhhhh dasat beb 😀
Bab holiday pun syok tengok kenkawan uplop pelbagai itinery yang disediakan
Dari hari pertama holiday sehinggalah ke hari ke empat belas contoh nya ajer lah yer
Tiap hari cerita aktiviti dari pagi hingga ke malam
Aksi gambar yang menarik
Saya pun suka tengok
Maybe dah tiba masa untuk declare
Walaupun rasanya kau pernah cakap holiday yur ngabiskan wang jer
Alasan dicipta Time bonding ngan family quality time & dah janji nak bawak naik feri or kapal terbang
Kagum tengok syok gilos 😀👍
Makner kata
Kita raikan semua rakan & follower di wall fb
Semua berhak untuk berkongsi ceriter
Dah namanya pun media sosial
Boleh tengok
Boleh edit
Boleh uplud
Boleh hide
Boleh block
Boleh share
Boleh komen
Boleh segala galanya
Saya okey jer
Tak kisah yer
Layan semuanya
Cuma saya tidak mahu HIPOKRIT
Sebab saya Ir. AJAK pun suka share di wall fb dengan pelbagai cara & ceriter
Malah ada yang nak kutuk saya ... bab ibadat pun nak tayang & share kat wall fb ker ?
Terpulang kepada pandangan memasing
Saya tidak boleh halang untuk kalian beri pendapat
Mungkin ada yang positif mind cakap kita “berdakwah melalui wall fb”
Saya raikan semua pandangan
Saya raikan semua komen
Saya raikan semua yang kalian share kan
Saya raikan status yang kalian up kan
Saya hormati kalian semua
InsyaAllah
Pohon maaf atas merapu meraban nie
Sajer nak menaip syok syok jer
Tiada kena mengena dengan sesiapa pun yer
Hanya bayangan Ir. AJAK yang mengantuk tak mahu tidur kerana JETLEG lebih 5 jam ... hahahaha 😀
Sambil melepaskan rindu kepada baby ikan koi di depan kolam ikan
Maklumlah bermusafir ke Tanah Arab meninggalkan baby ikan koi dah seminggu
Rindu dengan melintuk riuk renangan ikan koi di air
Ir. AJAK
Cuti rehat dari layan hobi hartanah rumah busuk sehingga akhir tahun 2019
Awal tahun depan 2020 baru akan mula semula layan
Yuhuu😀
Alhamdulillah
Saya wife & para jemaah telah selamat sampai mendarat di KLIA pada sekitar jam 2.30am pagi tadi penerbangan terus dari Airport Jeddah
Terima kasih atas doa dari kalian semua yer 😀