26 July 2020

Tempoh masa

ANGGARAN TEMPOH MASA RENO SEBUAH RUMAH BUSUK


Saya kerap kali juga di tanya tentang hal ini

Saya kongsikan pengalaman itu

Maka saya bagi anggaran masa tersebut


Anggaran tempoh masa tersebut:

1. Kelulusan pelan reno ... Anggaran 5 ke 9 minggu tetapi kekadang lebih lama jika ada pindaan 

2. Runtuh porch dan bina semula ... Anggaran 3 minggu 

3. Runtuh dapur dan bina semula dengan habiskan ruang tanah belakang ... Anggaran 3 minggu

4. Ubah kan lokasi tandas dan bina semula ... Anggaran 2 minggu

5. Plaster siling sebuah rumah ... Anggaran 2 minggu

6. Pasang Tiles sebuah rumah ... Anggaran 2 minggu

7. Cat sebuah rumah luar dan dalam ... Anggaran 1 minggu

8. Table top di dapur ... Anggaran 1 minggu

  1. Rewiring sebuah rumah ... Anggaran 2 minggu
  2. Gril & Pagar ... Anggaran 1 minggu
  3. Langsir & blind .... Anggaran 1 minggu 


Maka korang dah boleh lah berkira kira tempoh masa tur 

Bergantung jugak kepada:

  1. Besar saiz rumah itu
  2. Keadaan cuaca
  3. Jumlah pekerja 
  4. Keadaan aliran tunai 


Begini lah keadaan melayan hobi rumah busuk 

Semua perkara perlu di ambil kira 

Agar semua berjalan dengan lancar dan teratur 


Ir. AJAK

Layan hobi hartanah rumah busuk 


E-Book

Klik link nie untuk miliki hasil terbaru karya tulisan Tuan Shafie Bustan berkaitan cara nak miliki RUMAH BUSUK / RUMAH LELONG 

Panduan yang sangat lengkap Dan teratur 


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK





Jalan

SUNDAY MORNING WALK


Pepagi ahad 

Santai santai berjalan dengan wife 

Pusing keliling taman jer 


Hirup udara segar 

Keluarkan peluh 

Tengok daun daun pokok 


Alhamdulillah 

Terasa nyaman pagi nie

Cuaca cerah mentari dah bercahaya 


Lebih 3km jarak berjalan 

Stamina kena jaga untuk layan hobi rumah busuk 

Yeay 


Ir. AJAK


E-Book

Klik link nie untuk miliki hasil terbaru karya tulisan Tuan Shafie Bustan berkaitan nak miliki RUMAH BUSUK / RUMAH LELONG 

Panduan yang sangat lengkap Dan teratur 


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK



















25 July 2020

7 Perkara

7 PERKARA BOLEH JADI RISIKO LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK

Saya terpikir beberapa perkara yang boleh di kategori kan sebagai risiko untuk layan hobi hartanah rumah busuk:

1. Orang cakap ada "hantu zombi”
Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan
Malah yang lebih 10 tahun pun ada
Penagih dadah dah jadikan sarang
Bersepah jarum suntikan
Tak tahu lah jika "hantu zombi” nak tumpang tinggal kat situ 

2. Tidak ada modal untuk repair
Tak masuk dalam bajet untuk repair
Kes berat lah nie citernya 
Jika tidak menyediakan bajet untuk repair
Ini bukan nya beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah yang cun melecun 
Hati hati yer

3. Buntu tak tahu nak buat apa
Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian
Jangan tak tahu plak nak buat transformasi bagi jadi wangi 
Buntu tak tahu nak buat apa
Tak tahu nak mula kan proses repair
Tak pandai nak deal dengan kontraktor
Berbagai lah alasan korang yer

4. Sewa tak laris 
Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan
Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa
Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau kawasan tak menarik yer
“Kena mandi bunga” lah yer ... hahaha 

5. Tiada pembeli
Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan 
Konon korang ada hasrat nak flip 
Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat
Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut
Macam macam hal

6. Pasangan membebel
Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk
Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk
Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk
Hampeh ler yer

7. Kenkawan kutuk
Kita layan hobi hartanah rumah busuk
Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan
Buat pekak telinga jer lah wei 
Ado kau kesah 
Yer tak yer

Ini sebagai panduan sahaja 
Tidak semestinya sama bagi semua kes
Cuma korang kena ambil kira jugak 
Jangan buat endah tak endah jer yer
Jika tiada kaitan dengan korang 
Boleh abai kan
Jika rasa ada manfaat boleh SHARE kan untuk panduan kenkawan sekalian 
Yuhuu😄

Nota: tadi saya pergi lawat ke rumah busuk dalam keadaan hujan jua di soromban 

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk

Nak tahu lagi perbagai ilmu berkaitan RUMAH BUSUK MELALUI KAEDAH LELONGAN AWAM boleh klik link kat bawah

https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK




Drama



24 July 2020

Willy

WILLY SATAY


Merempit dari seremban ke nilai 

Hiway 4 lorong

Apehal kan kan untuk ke pergi ke nilai 

Meriah jugak kat nilai memalam nie 


Layan willy satay 

Sesekali makan terasa sedap gak 

Ramai pelanggan 

Kena Q nak dapat tempat duduk


Alhamdulillah 😄👍








Alang

Wahhhh ALANG mula duk kat dapur 
Masak meat ball 
Jangan tak cayer yer
Maner tau anak papa mama bleh jadik CHEF
Hahaha 😄




Jiwang lagi



22 July 2020

Chicken

CHICKEN CHEESE BALL


Di dalam ada cheese yang lembut di dalam 

Daging ayam yang lembut 

Disaluti serbuk roti 


Makan pepanas 

Suap dalam mulut 

Mak aiiii SEDAP nyer 

Cicah pulak dengan mayonese 


Alhamdulillah 

Pandai nyer wife pelbagai mencuba pelbagai menu minum petang 

Saya baru sampai dari opis 


Bahagia nyer rasa dapat makan makan 

Saya memang suka bab makan nie

Tur yang makin bam bam 

Alahai 😄






21 July 2020

Jangan jeles



Tauhu

Tauhu Bagedil Saiz Besar


Minum petang 

Wife masak

Mak aiii Sedap nyer

Saya memang paberet nie

Saiz besar memang mabeles 

Terasa isi daging yang lembut 

Alhamdulillah