11 March 2022

Short vacay

WEKEN SHORT VACAY

Bawak kidos santai santai 
Minggu depan Along nak final exam dah 
Layan 😄





06 March 2022

Ruang Dapur

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Ruang dapur rumah busuk sudah mula mewangi:

1. Lantai tiles sediaada telah dipecah dan digantikan dengan yang baru

2. Bina table top berbentuk L shape

3. Pasang tiles bersaiz 2 x 2 berwarna putih bagi permukaan table top

4. Memasang simple kitchen kabinet bahagian bawah table top

5. Memasang simple kitchen kabinet bahagian atas table top

6. Memasang simple hood

7. Memasang simple built in dapur gas

8. Ada 2 bowl sinki

9. Soft door closer bagi pintu pintu kabinet

  1. Rewiring semula bahagian dapur dengan tambah beberapa soket dan kedudukan kipas siling
  2. Tepi dinding table top dah siap lubang pili paip (sekarang di end cap) nak pasang cuckoo or coway 


Belum dibasuh lagi lantai tiles dan tiles table top ... Masih berabuk dan kotor

Ruang dapur nampak kemas dan teratur dengan keadaan begini

Pasti kaum ibu bersemangat untuk memasak di ruang dapur

Saya sekadar melayan hobi rumah busuk selepas waktu kerja pejabat n cuti weken

"Ingat rumah busuk ... Ingat AJAK ... Yuhuuu ! ! !"

Korang jangan menyampah plak yer ... Asyik ceriter umah busuk jer dari saya nie😄


Ir. AJAK








05 March 2022

Udang Goreng Tepung

JALAN2 CARI UDANG GORENG TEPUNG


Weken masa yang syok 

Selain aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk 

Penuh jadual nya untuk mewangi kan 


Mesti nak luangkan masa

Jalan2 ngan family 

Gie makan2 


Potang ini 

Cari sotong goreng tepung 

Udang goreng tepung 


Alhamdulillah kidos pun heppy 

Cuma cuaca hujan potang ini

Hujan rahmat 


Sambil bonding dengan family 

Weken along akan balik ke rumah dari kolej 

Potang semalam Along ada test ... katanya boleh buat 


Saya bab makan nie memang Suka

Alhamdulillah 👍👌😄






















Pasang langsir

RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI 

Rumah busuk makin mewangi 
Pasang langsir sebuah rumah 
Blind kat dapur 
Beribu jugak abis modal nya 
Adusss 😄














Peluh

RIADAH PAGI INI

Weken pagi riadah sket 
Mampu briswalk 3km jer 
Santai santai untuk mainten stamina 
Berpeluh lah jugak
Alhamdulillah 😄



04 March 2022

HUJAN

HUJAN PEPAGI JUMAAT 

Pepagi jumaat di soromban hujan area rumah saya nie
Hujan rahmat barangkali 

Kat tempat kalian camner cuaca ?



01 March 2022

Rumput

TANAM RUMPUT DI HALAMAN RUMAH BUSUK

Siang tadi
Cuti umum di Negeri Sembilan
Ada ruang masa selepas bekfes pagi tadi 

Ambil kesempatan untuk deal n bincang dengan kontraktor 
Kontraktor bagi idea dengan bajet bersekali 

Saya bersetuju dengan kontraktor untuk:
1. Bersihkan permukaan tanah 
2. Racun rumput liar atas tanah
3. Buang tanah permukaan yang ada batu kecil
4. Top up pasir halus 
5. Tanam rumput jenis cowgrass 
6. Tanam pokok bunga 2 jenis sebanyak 45 pokok pada 3 lokasi tepi tiang
7. Monitor 1 ke 3 bulan 

Harap menjadi lah yer 
Mencari alternatif untuk menceriakan rumah busuk unit corner lot ini

Fully reno:
5 bilik tidur
4 tandas
2 ruang tamu yang luas (bawah & atas)
Fully tiles 

Alhamdulillah dengan perkembangan mewangi rumah busuk ini

Memang Syok Layan hobi
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk 








27 February 2022

Warna Cat

MEM BESOR BUAT INSPECTION LAGI

Apabila Mem Besor cakap nak ikut ke lokasi rumah busuk 
Kekadang hati saya berdebor jugak 
Makluman lah Mem Besor nak buat inspection 

Kang itu tak kena ini tak kena 
Terpaksa lah touch up semula 
Nak tak nak mesti kena inspection 
Baru lah ada check n balance 

Dah mula pasang tingkap kaca 
Dah pasang gril 
Warna cat kita pilih warna ini 
Bahagian halaman pun ada baki tanah sket lagi 
Cer korang cadangkan untuk deco pada halaman kecil ini 

Saya Makin Suka tengok rumah ini 
Dari sebuah rumah busuk kepada rumah yang lebih sempurna 
Sajer nak beritahu 
Memang Syok Layan hobi hartanah rumah busuk 
Yuhuu 😄

Ir. AJAK 






Time Makan

TIME MAKAN KAMI BERSEMBANG 


Sambil makan sambil sembang sembang 

Ini jer yang ada ruang masa untuk kumpul bersama 

4 kidos dah makin membesar dah semua hampir tinggi papa


Saya memang akan slot kan masa untuk kami bersama sama 

Jika tak dapat keluar jauh pun 

Area seremban pun tak kisah 

Memang dari dolu lagi


Walaupun kadangkala jadual weken pun perlu saya utamakan kerja hakiki saya kerana melibatkan “servis kepada public”

Tapi atas dasar kecekapan anak2 buah untuk handle apa yang perlu Alhamdulillah peluang ini 


Kidos apabila kena dengan selera mereka makanan yang dorang suka 

Saya tambah order lagi 

Suka tengok kidos makan depan mata 

Apabila family happy itulah ketenangan saya dalam kehidupan 

Alhamdulillah sekali lagi 😄


Ir. AJAK



















Bincang dengan kontraktor

10 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK


Weken mesti nak layan hobi 

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan

Kes yang ini telah dimulakan kerja di lokasi Dan dah hampir nak siap


Anda kenkawan yang berhasrat jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah 
  2. Kirakan juga bajet hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan 
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst 
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA


Gambar ini saya bincang bincang dengan rakan kontraktor dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan untuk mengurangkan pelbagai risiko bagi hasil yang terbaek rumah busuk 


Yuhuu 😄


Ir. AJAK 

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG



https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729



Wasap.my/60129861504/bukuir