22 January 2020

Bonding

BONDING TIME 


Tatkala kami gie holiday

Perkara utama yang dapat dimanfaat Ialah “BONDING TIME”

Perkara ini amat penting bagi saya 

Tinggi nilai nya di mata saya 


Kami memasing sibuk jugak di seremban:

  1. Saya sibuk dengan tugas harian sebagai profesional engineer untuk memberi manfaat kepakaran saya sebagai fardhu kifayah kepada serata penduduk di Negeri 9
  2. Wife saya sibuk dengan segala aktiviti berkaitan rumah busuk ... ke hulu ke hilir saban hari ke sana ke mari ... untuk pastikan kelancaran traksaksi berjalan lancar ... malah kekadang drive seseorang ke sempadan negeri lain 
  3. Kidos pun sibuk jugak dengan rutin harian mereka 


Nikmat yang paling utama adalah bonding kami family 

Di sini kami senantiasa bersama:

  1. Angkat beg
  2. Jalan kaki 
  3. Naik kenderaan awam 

Kami lakukan bersama 

Moga peluang ini akan terus datang 

Kami pasrah dengan peluang yang ALLAH pinjam kan 

Bagi matlamat untuk menikmati musafir berkelana melihat kehebatan & keindahan bumi ciptaan ALLAH 

InsyaAllah 


Ir. AJAK 












21 January 2020

Sojuk

Dah teraso sojuk nyo 
Gigil grrrrrr




Landed

ALHAMDULILLAH


Just landed Jeju Island South Korea

Naik kapal AirAsia X tambang murah jer

Duduk pun seat kat belakang 

Modal tak banyak di tangan 

Modal dah abih dek melayan hobi hartanah rumah busuk

Hahaha ðŸ˜„


Sambil terlentuk lentuk dalam flight dek kekenyangan makan juadah yang di tempah pre order

Kita layan audio pada  hp ilex ilex tengok kat tingkap cermin view nampak awan nan biru sayup mata memandang

Kekadang ada sekelompok macam kapas yang lembut 

Perjalanan dalam flight mengambil masa sekitar 6 jam


Sesampai di sini dah teraso sojuk 

Dah raso sojuk nie haaa coz suhu sekitar 10 darjah kat sini pada tengahari

Malam kang lagi sojuk nie

Kat soromban sekitar 35 darjah paneh

Kan banyak bezo nyo tur 

Tak biaso sojuk gini weh 


Niat di hati bermusafir untuk memuji kebesaran Allah melihat bumi ciptaan NYA 

Bumi Allah nie luas & sangat indah untuk kita nikmati

Moga musafir ini penuh kerahmatan untuk menyuntik keimanan yang menebal kepada NYA

Allahuakbar Subhanallah 












Musafir

BERMUSAFIR


Sholat Subuh di airport pagi nie

Hasrat nak short vacay sempena cuti perayaan raya cina 

Selambak baju sejuk untuk 6 pax di bawa

Nak bermusafir melihat menikmati keindahan bumi ciptaan Allah

Kagum atas nikmat keindahan seumpamanya melalui paparan gambar & video yang acapkali dikongsi kan oleh rakan2 yang gie holiday 

Moga bertambah keimanan kita sambil memuji kehebatan bumi dipijak ciptaan NYA

InsyaAllah Aamin😄


Ir. AJAK






20 January 2020

Bandaraya

Malam ini saya & wife
Hadir atas jemputan 
Istiadat Pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban








19 January 2020

7 elemen

7 ELEMEN PUPUK MINAT UNTUK LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Pepagi ahad nie kekadang memang malas nak menaip

Apabila dah mula pupukkan minat untuk layan hobi hartanah rumah busuk

Dari hari ke hari kita kutip ilmu bab rumah busuk nie

Tak kira lah ilmu dari buku ker, hadir seminar ker atau sumber info yang lain

Cedok lah mana mana sumber ilmu yang ada


Macam macam senario perlu di lalui apabila melayan hobi rumah busuk nie

Kena ada semangat 

Kena ada matlamat

Kena ada usaha yang gigih

Kena ada support

Kena korbankan masa jua

Kena berpenat kekadang tu


1. Kena ada hala tuju:

Makner kata kena ada hala tuju

Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat

Matlamat kena jelas sejelas jelas nya 

Biar nampak sinar di hujung terowong 


2.Nak cari rumah busuk:

Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer

Kat mana nak cari listing nya

Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk

Nak mencari lokasi rumah tur lagi

Kekadang cari cari tak jumpa plak rumah tur walaupun ada alamat yang diberi ... rupa rupa nya salah alamat


3. Dapat kan semua info rumah busuk:

Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan

Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk

Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya

Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah


4. Proceed miliki rumah busuk:

Dah ada ilmu

Dah cari rumah busuk

Dah ada info

Apa lagi tunggu

Proceed lah untuk memiliki rumah busuk


5. Jika ditakdirkan gagal:

Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain

Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju

Jangan lah kecewa sampai guling guling 

Itu perkara biasa

Cari unit lain

Cari kes yang lain pula

Cuba lagi jangan putus asa yer


6. Wangi kan rumah busuk:

Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga

Ada yang teruk sangat keadaan nya

Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna 

Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah

Itu rezki namanya


7. Modal:

Ini ramai yang mengeluh

Ini masalah semua orang

Masalah saya juga

Modal nak deposit 

Modal kos agent

Modal kos lawyer

Modal kos valuer

Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)

Modal nak repair rumah busuk


Jika di kaji semua senario

Terus terang saya cakap

Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie

Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan

Itu belum masuk isu yang pasangan memasing tak support lagi ker ... lagi leceh weh ... jangan penin kepalo sudah

Betoikan ðŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nita: kes rumah busuk dalam gambar dalam proses untuk ubahsuai sebuah rumah ... dijangka dalam bulan mac 2020 akan siap sepenuh nya ... InsyaAllah 


#rumahbusuk





18 January 2020

Singgah

URUSAN RUMAH BUSUK LAGI 


Potang nie

Ada urusan rumah busuk lagi 

Jenjalan dongan wife di bandar seremban 

Singgah kedai langsir 

Buat tempahan sebuah rumah 

Pasang langsir & blind 

Wife dah buat pilihan warna 

Layan jer lah 

Yuhuu ðŸ˜„


It. AJAK 

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk 







Belimbing

Wife sangat cantek di mata saya

Rajin memasak sesedap plak tur di dapur 

Memang mendatangkan masalah kepada saya 

Sukar saya nak kontrol diet makan 

Makin gemuk saya 

Camner tur Adoiii😄




15 January 2020

Iphone 11

11 JUSTIFIKASI BELI HANPHONE BARU SEBAGAI REWARD DIRI


Dah 2 tahun henpon tak berganti

Memori dalam hanphone pun dah hampir penuh kerana:

  1. Simpan gambar & video dengan kapisiti melebihi 51 ribu jumlahnya (banyak gambar kes rumah busuk)
  2. Nota untuk pelbagai tulisan hampir ke 3 ribu (termasuk tulisan kerjaya)
  3. Nombor contact sejak dari dulu dulu lebih 7 ribu (mungkin ada nombor yang bertindih agaknya sejak bertahun tahun dahulu)


Maka saya ambil keputusan untuk gantikan dengan yang baru 

Kebetulan semalam cuti umum di N9 

Maka saya & wife sesajer berjalan di shopping complex untuk mengisi masa lapang 


Jenjalan punya jenjalan singgah di kedai henpon 

Pilih punya pilih dah berkenan di hati

Terbeli lah 2 biji iPhone

Satu untuk saya 

Satu lagi untuk wife tersayang yer


Sesekali perlu juga reward diri & wife 

Kami berusaha untuk mencari rezki

Maka ada masa perlu lah untuk terapi minda jua pergi membeli 

Alhamdulillah TQ ALLAH


Akan dimanfaat kan kemudahan yang ini dengan sebaik nya untuk pelbagai tujuan kebaikan dengan 11 justifikasi:

  1. Tangkap gambar & video rumah busuk dan simpan 
  2. Menaip pelbagai tulisan yang bemanfaat & simpan di notes 
  3. Senang nak simpan nombor telefon yang berkaitan 
  4. Sekarang nie banyak perkara yang memerlukan kemudaan hanphone ... contoh info dah scan melalui QR CODE ... maka boleh save dalam hanphone 
  5. Nak lakukan pelbagai transaksi perbankan seharian di portal bank bank dengan jimat kan masa pergi ke bank 
  6. Layan Facebook, Whatapps & pelbagai aplikasi 
  7. Nak tengok emel rasmi & info 
  8. Layan Youtube dengan pelbagai info yang bermanfaat 
  9. Sesekali layan soppink di lazada untuk mencari barang yang harga patut 
  10. Sesekali rehat kan minda layan simple games 
  11. Tengok tengok gambar untuk mencari idea & Sumber inspirasi melayan hobi hartanah rumah busuk 


Sekadar perkongsian saya untuk menjustifikasikan pembelian hanphone Baru

Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk 











13 January 2020

Progres porch

7 KEBAIKAN MEMASANG PLASTER SILING DI DALAM RUMAH BUSUK


Monday blues nie kekadang terasa malas

Konon nya nak bersantai santai jer kan

Itu lumrah kehidupan seharian kita sebagai manusia

Kekadang ada masa mood cargas semacam 

Kekadang datang mood malas tur tak bleh nak dipaksa paksa

Hahahaha 😀


Progres makin banyak ke atas kes rumah busuk yang ini

Saya heppy melihat progres sebegini

Kontraktor terus cuba menyiapkan kerja kerja

Cuma sewaktu proses renovation nie

Ada barang barang yang hilang: 2 biji kereta sorong, tangga, pemotong dan benda benda kecil yang lain ... ada budak nakal lah tur ... adoiii😀


Antara kebaikan memasng plaster siling ialah:

  1. Siling nampak kemas
  2. Ruang nampak luas
  3. Akan menaikan nilai rumah busuk
  4. Boleh naikkan kadar sewa sket
  5. Pembeli rumah pun mudah jatuh hati
  6. Apabila di pasang lampu downlite LED akan nampak terang jer ... tambahan jika dicat warna putih
  7. Penyewa pun suka nak menyewa bilik atau rumah


Usahakan lah untuk pasang plaster siling 

Ini merupakan salah satu strategi untuk memberi tambah nilai kepada sebuah rumah busuk

Sekadar perkongsian sahaja yer Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk