01 August 2020

Air tangan

AIR TANGAN EMAK


Duduk bersama emak di dapur

Sembang sembang macam macam topik cerita 

Sambil pekena secawan kopi o

Kudapan keropok lekor 


Tangan emak laju jer mengupas kulit bawang

Potong sayur sayur tur

Di letak kan dalam bekas plastik 


Saya tenung tangan emak 

Makin berkedut kulit nya 

Betoi lah tur 

Umur saya pun dah 46 tahun tahun nie

Umur emak mesti lah lebih lagi 


Tangan emak ini yang membesar kan saya dari sejak saya dilahir kan lagi

Saya lahir di rumah kayu di kampong 

Apabila rindu jer ... saya balik jumpa emak


Ada apa isu pun kekadang cerita dengan emak

Dalam telefon pun selalu call 

Tak semesti nya emak boleh selesai kan pun

Tapi apabila bercerita dengan emak semacam boleh selesai ... entahlah mungkin imaginasi saya jer kot

Kekadang ada minta emak doakan jua


Emak pun cakap

Dapat jumpa cucu pun dia terasa happy

Sejak along dah belajar di kolej .. cari masa untuk along jua

Padahal cucu pun dah besar si along dah 18 tahun & si bongsu pun dah 11 tahun


Sibuk camner pun

Kuat kerja camner pun

Jam jalan kat hiway ker

Mesti nak cari peluang untuk ziarah & jumpa emak 


Sesedap mana pun makan kat restoran hebat 

Sesedap mana pun makan kat Chef di hotel 

Sesedap mana pun makan di kfc & mcd

Masakan air tangan emak adalah “unik” bagi saya

Saya sangat berselera makan masakan air tangan emak walaupun masakan simple ... se simple goreng ikan masin 


Sajer saya menulis santai pada hari ini 

Maner tau korang juga nak kongsi cerita bab emak

Emak mengandungkan kita 9 bulan 

Membesar kan kita 

Jangan lupa hulur kan wang setiap bulan ... jaga perkara ini sebaiknya yer korang 


Korang hulurkan wang ke emak korang ... yakin lah ada rezki yang datang ganti nanti tur ... hulur jer

Saya nampak perkara itu mencukup kan rezki kita seadanya 

Itu pengalaman saya tau !

Selagi emak kita masih ada lagi tur 

InsyaAllah 😄

 

Ir. AJAK




Raya vs rumah busuk

AKTIVITI PADA MUSIM CUTI RAYA AIDILADHA ... SELIT JUGA RUMAH BUSUK


  1. Sholat raya
  2. Takbir raya
  3. Ziarah family 
  4. Ibadah korban 
  5. Makan makan


Jika korang ada masa terluang lagi 

Boleh cuba lagi untuk aktiviti:

  1. Cari rumah busuk sekitar taman yang kita tinggal 
  2. Dah jumpa rumah busuk... intai intai dalam rumah itu jika ada peluang 
  3. Cuba sembang dengan jiran rumah busuk untuk dapatkan info
  4. Ambil gambo rumah busuk ... tenung tenung lama lama maner tau ternampak HANTU KAK LIMAH ditepi tingkap rumah busuk 


Dengan aktiviti gitur 

Kot kot bleh timbul minat terhadap rumah busuk 

Saya pantang ada masa terluang mesti nak cari aktiviti berkaitan rumah busuk

Terasa girang hati apabila melihat rumah busuk wei


Jika tak sempat nak gie lawat rumah busuk 

Mesej mesej dengan rakan kontraktor 

Sesajer tanya progress 

Tak pun mesej rakan Agent 

Tanya kan kabar n tanya pasal rumah busuk tur😄


Gini lah skrang nie kan 

Dunia makin berubah 

Teknologi juga memainkan peranan waktu ini dan masa depan 

Malah untuk Lelongan Awam di mahkamah pun sudah mula ELelong secara online

Kita kena sesuai kan diri dengan pelbagai perubahan 

New normal lah di kata kan


Ir. AJAK






Pelitup

PEMAKAIAN PELITUP MUKA ...
Jangan lupa yer korang 😄




31 July 2020

Sholat

SHOLAT SUNAT AIDILADHA 


Cerita pagi tadi 

Alhamdulillah berpeluang sholat sunat aidiladha di masjid 


Kena ikut sop

Mohon lebih awal di sistem di jabatan agama

Bawa sejadah 

Pakai pelitup muka 

Bawa hand sanitizer 

Datang lebih awal


Sampai di masjid 

Semak suhu 

Scan QR Code 

Dalam masjid kena duduk jarak ikut tagging yang disediakan


Tidak boleh bersalam dengan jemaah lain 

Lepas habis sholat kena terus balik ke rumah 

Tidak boleh nak lepak lepak di masjid untuk berzikir 


Memang ada perbezaan dulu n sekarang 

Kita patuh 

Kita tertib sebaiknya 

InsyaAllah 😄


Ir. AJAK

10 zulhijjah 1441




Ilangkan



Raya



30 July 2020

Nuget

Terasa lapo plak 
Ke dapo ler
Goreng nuget 
Tadi berbuka puasa ngan lemang jer
😄



Berbuka

Berbuka puasa

Rendang & lemang

Alhamdulillah 




Rendang

RENDANG AYAM

Tolong wife kat dapur 
Alhamdulillah bau aroma rendang menusuk kalbu 

Korang dah masak ker ?








Memori ibadah haji 2016


LABAIKALLAHUMALABAIK

LABAIKALASYARIKALAKALABAIK


Hari Arafah hari mustajab berdoa

Mari kita sama sama menadah tangan berdoa kepada Allah swt kerana ketika ini pintu langit terbuka luas

Allah swt dan Malaikat turun ke langit bumi untuk melihat hamba²Nya berdoa kepadaNya


Memori kerjakan ibadah haji pada tahun 2016 takkan luput dari ingatan sampai hayat di kandung badan

Berdoa ketika hari wukuf masa tu terasa sayup naik bulu roma seakan berada di padang masyar ماشاءاللہ

Air mata keluar berkali² mengenang banyak dosa² silam yang lalu

Allahuakbar 


Rasulullah saw memuji hari Arafah: “Tidak ada satu hari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah.”

Allah turun ke langit bumi mempertontonkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata:

“Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-ku

Mereka datang menghadap-Ku dalam keadaan susah payah dari penjuru dunia yang jauh dan memohon keselamatan atas seksa-Ku


“Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari seksa neraka daripada hari Arafah.’’ (Riwayat Abu Ya’la, Bazzar dan Ibnu Khuzaimah)


Ambil peluang jua untuk berpuasa sunat pada hari ini

Berpuasa sunat pada hari ini boleh menghapuskan dosa 1 tahun 

InsyaAllah 


Kredit kepada tulisan asal : wife saya HAJAH TIMS


Ir. AJAK

9 Zulhijjah