31 July 2015

Dbkl

Next projek ... Dah submit ke DBKL ... Harap pelan akan diluluskan ...InsyaAllah ... Amen ... Sekadar melayan hobi lepas opis hour ...

30 July 2015

Racik racik

RACIK RACIK
###########
Singgah umah partner tuan haji malek ... Serahkan dokumen ... Bila partner cakap kito "racik racik sket sorang" tur yang tak bleh menahan tur ... Layan hobi hartanah lepas opis hour ... Heheee

29 July 2015

Layan lagi ...

Layan lagi ... Sudah dimatikan setem LHDN pada perjanjian ... Sekadar ingin memberi manfaat kepada yang memerlukan ... Layan hobi gitur ... Moga ALLAH mudah kan transaksi ini ... Amen

25 July 2015

Sumber inspirasi

SUMBER INSPIRASI
#################

Sesekali bersantai di sini
Merenung jauh ke selat melaka
Sambil di sapa angin sepoi sepoi bahasa di petang yang mendamaikan ini
Gelak tawa anak anak di kolam mandi
Deruan ombak di pantai nan bersih
Aku di sini mencari sumber inspirasi
Berangan angan ala ala Mat Jenin
Ohhh indah nyer sambil tersenyum
Sebagai penggiat hartanah yang agak aktif dan sekadar melayan hobi untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan
Pencapaian yang membanggakan bagi diri aku sendiri dari Januari 2015 hingga Julai 2015
Sekadar berterusan untuk merencana "PROJEK" seterus nyer
Momentum terhasil dengan kejayaan demi kejayaan di raih secara sendiri sendiri
Alhamdulillah ku panjat kan penuh kesyukuran kepada NYA
Aku sekadar merancang dan terus berusaha
Sokongan dan doa dari kalian aku raih
Amen
Catatan
25 Julai 2015
Pantai Port Dickson
Dongibab kipidap kipidap
😄😄😄

Dhuha

Mencari ruang di sini ... Keberkatan waktu dhuha ... Ada yang bertanyer kepada aku ... Apa rahsia setiap bulan ada sajer transaksi hartanah yang di jual mahu pun di beli ... Aku jawab sekadar untuk melayan hobi dan untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan ... Lagi power full mintak dari NYA pada waktu mustajab waktu dhuha ... Jom kiter amalkan ... Sonyum sket magnet rezki tur ...😄

Dating

Ado "dating" pagi nie ... Pepagi dah keluor mencari rezki ... Selpi sket ... Sekadar melayan hobi hartanah dan untuk memberi manfaat kepado yang memerlukan ...

24 July 2015

Cheque untuk lawyer

#layanhobi
Waktu malam selepas sholat isyak today
1. Transfer duit ke akaun maybank kontraktor untuk buat bayaran mingguan
2. Bincang dengan lawyer untuk sebarang progres malalui wasup jer
3. Isi dokumen yang berkaitan untuk permohonan pindah milik
4. Tulis cheque bernilai rm11 ribu yuran kepada pihak lawyer untuk transaksi rumah lelong
Sekadar melayan hobi beb untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan
Heheheee

Sold ...

Asalam kenkawan
Dalam tempoh 2 jam
Sudah ada yang "lock" rumah itu
Pembeli yang budiman iaitu "CIK ALLY" daripada Putrajaya
Consider SOLD
Alhamdulillah
TQ ALLAH

RM125 ribu

RUMAH UNTUK DIJUAL
####################

Harga RM125 ribu sahaja
(Dengar khabar berita dari penglipurlara PAK BELALANG harga market value anggaran sekitar RM140 ribu ... Anda beli anda sudah untung 😄😄😄)
Jika belian tunai ... Saya bantu untuk uruskan tukar geran hakmilik ... Jimat kos yuran lawyer sekitar RM5 ribu

Spesifikasi:
Teres 1 tingkat
Unit End lot
Saiz 20 x 60
Basic unit
3 bilik tidur
1 bilik air
Pajakan Negeri 99 tahun (masih berbaki sekitar 75 tahun)
Depan dan belakang masih terdapat tanah untuk renovation
Taman Rose Mewah Senawang Negeri Sembilan

Fasiliti berhampiran sekitar tempoh anggaran masa:
1 minit ke surau Al Amin
2 minit ke sekolah rendah
2 minit ke sekolah menengah
3 minit dari Pasaraya Giant Senawang
3 minit dari Pasaraya Kip Mart Senawang
3 minit dari McDonald
3 minit dari jalan utama
3 minit stesen minyak utama
3 minit bank bank
3 minit dari pelbagai restoran
3 minit ke butik butik pakaian
3 minit dari pusat komersial taipan
4 minit ke klinik kerajaan senawang
4 minit ke balai polis senawang
4 minit ke Hospital Salam
5 minit ke hiway tol plus senawang
5 minit ke hiway lekas
15 minit ke bandar seremban

Potensi:
Pasaraya Mydin sedang pembinaan dan dijangka siap pada tahun hadapan
Kadar sewa anggaran antara  RM500 ke RM700 sebulan
Mudah untuk mendapatkan penyewa
Kejiranan yang baik
Kawasan yang sudah matang
Hartanah di senawang yang berkembang pesat

Kelebihan:
Tiada bebanan hutang kepada pihak bank
Geran sudah di tangan
Jimat kos yuran Agent
Deal direct dengan saya sebagai OWNER
Ir. AJAK
Whatsapp 0196622909

Keratan akbar berita harian ...

Info cenggini buat aku sonyum sebagai penggiat hartanah yang aktif di soromban ... Heheheee

23 July 2015

Payung kan gambo

Citer potang kelmarin
Bawak kiddos naik kapcai ronda ronda 
Lawat lokasi hartanah yang sedang di renovation
Beam porch sudah di concrete
Dijangka sebelum 31 ogos 2015 boleh di sempurnakan
Besi kerangka bumbung jugak sudah sampai
Jangan cakap gua tak payung kan gambo progres sambil mood rayer nie
Heheheheeee

21 July 2015

5 syawal

Today bercoti rehat rayer ke 5 syawal
Walaupun jarak dari soromban ke pekan pahang ke soromban mengambil jarak sekitar 500 km
Jarak bukan menjadik alasan untuk melayan hobi hartanah
Bermula pada penghujung tahun 2012 untuk berusaha untuk menukar status tanah pertanian ke status tanah kediaman unit banglo sehingga kini selesai
Walaupun tempoh yang agak lama tetapi aku berpuas hati kerana pengalaman ditimba dengan sebaik nyer
Alhamdulillah 3 kes sudah selesai 
Next step untuk mencari idea seterusnya bagi urusan dengan Majlis Daerah Pekan untuk proses selanjutnyer
InsyaAllah

15 July 2015

Borang 14a

Bercoti rehat 28 Ramadhan ... Lepas sholat subuh dari soromban ... Adoo urusan sket submit 3 kes borang 14a ... Satu titik permulaan baru di sini sebagai penggiat hartanah untuk melayan hobi ... Matlamat makin jelas ... TQ ALLAH

06 July 2015

Awex beb ...

#layanhobi 
Lewat potang nie
Pantau projek renovation hartanah lelong
Naik kapcai jer bersama Anak papa mama Muhammad Asyraf
Sempat lawat 2 lokasi rumah dan 1 rumah yang telah menang lelong tapi belum di renovation ... Nak cari idea untuk jadikkan konsep yang bagaimana
Sambil ronda ronda tur ramai awex awex lepak di taman taman ... Heheheee
Girang hati segala planning berjalan dongan lancar dan baik
Penuh kesyukuran
TQ ALLAH
Alhamdulillah

05 July 2015

Handphone ...

#layanhobi 
Today coti hari ahad
Call kontraktor elektrik untuk comfirmkan beberapa perkara bagi hartanah yang sedang di renovation
1. Rumah desa rhu 101 untuk rewiring sebuah rumah dan dokumen kemasukan meter tnb yang baru
2. Rumah taman jujur bagi pasang kipas ... Tambah soket untuk mesin basuh dan fius
3. Rumah desa rhu tangki air bagi pemasangan candeliar dan lampu pagar
Banyak perkara yang perlu dikoordinasi bagi melancarkan segala kerja kerja renovation hartanah lelong
Tapi dengan pelbagai kemudahan hanphone banyak sangat membantu
Syok melihat satu satu perkara dapat diselesaikan walaupun di depan menonton astro
Sekadar melayan hobi di coti hujung minggu
Layannn jer laaaa


04 July 2015

Sinki 2 bowl ...

#layanhobi 
Rumah di sikamat yang sedang di renovate
Table top dah di pasang tiles
Sinki 2 bowl pun sudah dipasang
Berkilat tur
Nampak mula sempurna kerja kerja kontraktor
Okey kan kenkawan

3 unit renovation ...

#layanhobi 
Coti hari sabtu
Lawat 3 lokasi hartanah yang sedang renovation
1. Desa rhu sebelah tangki air
2. Rumah taman jujur
3. Desa rhu nombor 101
Beri banyak keputusan yang diperlukan oleh pihak kontraktor
Maklumlah renovation rumah banyak memerlukan kesabaran dalam membuat perubahan pada struktur rumah
Kekadang ubah sebatang tiang jer banyak kesan kepada keadaan rumah dan memakan kos yang tinggi
Idea perlu kreatif dan banyak berpikir untuk melakukan yang terbaek
Kontraktor dedikasi untuk melakukan yang terbaek
Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini agar semua urusan dipermudahkan oleh NYA
InsyaAllah

Makcik ...

Ceriter potang semalam balik dari bokojooo
Rumah masih renovation
Jiran jiran datang bertanyer
Seorang makcik nie mula berbicara
Makcik: "nak jual ker ... Anak makcik nak beli laaa ... Sian kat dia masih belum ado rumah lagi"
Aku: "anak makcik dah ber family ker"
Makcik: "eehhhh .. Dia Anak dara lgi coz kerana cinta tak kesampaian"
Aku: "owhhh gitur" ... Sonyumm jer akuuu ...
Agak agak apa soklan seterus nyer patut di tanyer yer
Sekadar melayAn hobi hartanah
MacAm macAm yer
Heheheee

01 July 2015

Kad kredit ...

#layanhobi Bayar cukai pintu yang tertunggak di MPS
Lebih rm 4 ribu bagi sebuah hartanah lelong
Belum termasuk tertunggak cukai tanah .. Bil tnb ... Bil air ... Bil indah water
Melayan hobi hartanah lelong nie perlukan modal pusingan yang "CUKUP"
Aku berikan Had Limit kad kredit rm 5 angka kepada lalink untuk berurusan dongan pelbagai agensi
Inilah salah satu cara nak kurangkan penggunaan tunai dan memudahkan urusan
I like kad kredit jika betoi penggunaan nyer
Betoikan kenkawan

Neelopakk ...

#layanhobi 
Ceriter potang semalam lagi
Apabila memiliki hartanah lelong ... Cabaran ialah untuk memulihkan dan mencantikkan rumah tersebut semula
Hadapan rumah sudah ada 2 batang pokok sebesar peha aku
Bahagian belakang rumah yang sudah uzur
Bahagian dalam rumah sememang nyer uzur laaa
Transformasi akan dilakukan dalam masa 3 bulan 
Pasti akan berubah wajah ... Macam wajah "neelopakk"
Tungguuuuuuuu
Sekadar melayan hobi untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan
InsyaAllah
Ameen