30 October 2018

Tunggul

TUNGGUL POKOK DALAM KAWASAN RUMAH BUSUK


Kekadang ada rumah busuk yang telah lama terbiar

Owner dah tak ambil tahu

Adakala owner dah lesap entah ke mana

Maka rumah akan terbiar begitu jer


Jangan harap nak bersih kan rumah

Maka lama kelamaan halaman rumah akan semak

Malah ada yang dah tumbuh pokok besar

Dah tebang pokok pun

Tunggul pokok masih ada

Susah pulak tur untuk dibuang dan bersihkan


Kekadang memerlukan kos tambahan jika kita meminta kontraktor untuk bantu bersihkan 

Giturlah keadaan nya melayan hobi hartanah rumah busuk ini

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




29 October 2018

Ermmm

Layan hobi hartanah RUMAH BUSUK jer pun nak cakap si “Ir. AJAK” nie “KAPITALIS” ... ermmmmm !





27 October 2018

Nak buat yer

NAK BUAT APA YER ?

Okey ker rumah busuk unit corner lot gini
Ada ruang tanah sket lagi tur
.
.

Jikalau korang ada ruang tanah sket tur ... apa idea yg boleh dibuat yer ?
Bagi idea sket
😀




26 October 2018

Dah plaster

RUMAH BUSUK LAGI


Dinding batu bata

Dah siap diikat

Mula plaster dinding dah

Unit corner lot 

Impian ramai tur

Masih ada tanah lagi tur

😀





Payah ...

Dah hujung bulan Oktober 2018

Ado lebih kurang 2 bulan lebih sket jer lagi untuk ke akhir tahun 2018

Macam payah nak cukupkan 50 kredit hour lagi nie ... jenuh nak pulun 

Payah nak renew untuk tahun hadapan 2019

Adudu 😀




Telor lebih sket

Selera di awal pagi jumaat 

Maggi goreng

Telor lebih sket

Sedapnyer wife masak😀👍





24 October 2018

Mula dah

Mula dah kerja ikat batu bata untuk dinding unit rumah busuk corner lot

Sket sket progres 

Lama lama siap lah





23 October 2018

Table top

Berterusan layan hobi hartanah rumah busuk

Kat dapur bina table top

Nak kasi sempurna kan ruang dapur nie





22 October 2018

Mee segera

Mee segera di goreng 

Dapnyer yummy

Wife masakkan lepas subuh

Alhamdulillah 😀





21 October 2018

Unit corner lot

LAYAN RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT


Cuti weken gini

Apa nak buat lagi  ... kan kan kan

Layan rumah busuk arr

Kali ini kita layan rumah busuk unit corner lot

Ada tanah sket kat tepi tur


Bleh lah nak tambah ruang dapur ker

Nak tanam serai n daun pandan ker ... nak masak nasik lemak terus ambil kat ruang belakang dapur 


Tanah yang selebih itu ... nak bina kolam ikan koi pun bleh ejas ejas lagi ... kan kan kan

Ramai yang mengidam nak memiliki rumah corner lot  sebegini


Walaupun keluasan nya tidak lah seberapa

Kita tak mau lah cakap banyak

Kasi layan repair sket sket ... naikkan batu bata pagar dinding ... baru lah nampak gah sket kan ... rumah corner lot lah dikatakan


Dijadualkan jika cuaca baik dan tiada aral melintang ... bulan depan November 2018 akan dapat disempurnakan menjadi sebuah rumah yang boleh didiami

Itulah harapan dan planning nie haaa

Go Go Go “Team Ir. AJAK”

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





20 October 2018

Cinema

Layan cinema

Bawak kidos

Aktiviti weken

6 tiket dah di tangan

Jom😀





Go go team

RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI DAH


Hampir siap lagi sebuah rumah busuk

Dijangka pada awal bulan November 2018 akan siap sepenuhnya

Team Ir. AJAK giat untuk realisasi kan keadaan ini

Go Go Team 

Syok tengok rumah makin me mewangi nie

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





17 October 2018

Telo lembut

Wife masak nasik goreng pagi nie

.

.

Saya goreng telor mata lembut gini

Letak kicap sket

Mak aaiii sedap nyer

.

.

Ada saper yg suka telor gini lembut yg kuning cair jer

😀





Sold

SOLD


Rumah telah di sambar oleh pasangan muda ... datang pun dengan mendukung baby

Beliau telah membayar wang deposit awalan untuk proceed dengan penyediaan dokumen SnP


Saya sekadar mempermudahkan segala urusan dan ingin memberi manfaat kepada ummah

Saya heppy untuk membantu kalian semua untuk memiliki unit kediaman yang telah sempurna mewangi sebegini


Jikalau loan beliau ada masalah ker nanti ...saya akan open semula untuk dimiliki oleh kalian yang lain pulak

Terima kasih kepada semua yang mesej dan call saya bertanya kan tentang kes rumah wangi ini

InsyaAllah 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





15 October 2018

Tandas ...

ROSAK DALAM TANDAS RUMAH BUSUK


Nampak sangat teruknya 

Rosak dah tandas rumah busuk nie

Kotor nya tak bleh nak cakap lah

Dengan tiles lantai pun dah pecah

Memang rosak abis lah nie

Silap haribulan ... lubang najis pun sumbat

Tak mudah layan rumah busuk nie

Semua nak dibaiki sebaiknya

Penin kes kes macam gini

Namun nielah yang dinamakan layan hobi

Orang lain tak suka buat

Saya yang buat

Macam terasa pelik gak

Ada juga yang dijumpai bahawa kontraktor pun membebel kena buat kerja lebih dan bayaran pun nak tinggi... demand harga lah tur

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





14 October 2018

13 October 2018

Peluh ...

Aktivi keluarkan peluh di pagi cuti sabtu

Cuti filter tanki kolam ikan

😀





Kotor

KOTOR NYA LANTAI RUMAH BUSUK


Mak aiii

Kotor nya lantai di dalam rumah busuk

Geli tengok

Berbau plak tur .... eeeeeeeeerk


Gini lah keadaan rumah busuk

Bukan mudah nak mewangikan rumah yanh memang sebenarnya busuk

Hati kena kental

Jiwa kena kuat

Team dah lah kena disengat dengan lebah ... fobia beb

Adudu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





11 October 2018

Diserang

DISERANG LEBAH DALAM RUMAH BUSUK


Adus

Kasihan team saya hari ini

Cuba nak halau sarang lebah dalam rumah busuk

Tapi diserang lebah pulak tur

Dah minta jiran jiran jugak tutup pintu n tingkap

Nie lah antara risiko melayan hobi hartanah rumah busuk 

Adudu 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




Lebah

PECAH MASUK KE DALAM RUMAH BUSUK


Team “Ir. AJAK” pecah masuk ke dalam rumah busuk

Sebuah rumah busuk unit corner lot

Sekeliling rumah memang semak samun

Rumah agak uzur

Pada hemat saya rumah telah agak lama di tinggalkan oleh owner


Dalam satu sudut dalam rumah pada siling ada sebuah sarang lebah ... nak ambil honey tak berani takut kena serang dengan kumpulan lebah

Diluar tingkap pun tumbuhan menjalarkan dah panjat naik

Payah jugak nak bersihkan rumah ini

Lokasi sedang hot buat masa ini

Gini lah layan hobi

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





10 October 2018

Pagar

PASANG PAGAR RUMAH BUSUK


Rumah busuk makin nampak mewangi

Dah siap pasang pintu pagar

4 daun semuanya

Akan pasang autogate dalam masa terdekat ... senang nak buka n tutup pintu pagar ... tak payah dari kereta nak keluar masuk untuk buka pagar dan buka pagar ... permudahkan urusan dan mungkin boleh menjimatkan masa 


Saya suka tengok rumah busuk makin mewangi nie

Satu satu perkara yang akan saya make up menjadi sebuah rumah busuk makin mewangi 

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





05 October 2018

7 tips

MINAT HOBI RUMAH BUSUK TAK BOLEH DI PAKSA

7 TIPS


Minat terhadap hobi hartanah rumah busuk tidak boleh kita paksa paksa

Memang perlu dipupuk sebaiknya sampailah terasa serasi dengan jiwa memasing 


Kerana melibatkan beberapa perkara antaranya 7 tips berikut:

  1. Perlukan modal ... perlu untuk memikirkan punca modal yang boleh digunakan
  2. Perlu kan masa ... memang akan menggunakan sebahagian dari masa aktiviti harian kita
  3. Perlu ada minat ... tanpa minat maka aktiviti ini akan dirasakan terlalu membosankan
  4. Perlu mendapat sokongan pasangan ... jikalau pasangan yang kurang faham ... memang dia akan kuat bebel weh😀
  5. Perlu senantiasa bersabar ... apa sahaja situasi yang ada perlu lah bersabar kerana ada berbagai keadaan
  6. Perlu kreatif kadangkala ...almaklum jer lah rumah dalam keadaan yg uzur gitur ... maka kadangkala perlu berfikir lebih sket laaa
  7. Perlu ada networking ... jika ada peluang... binalah networking kerana melibat pelbagai pihak


Perkara ini memang perlu diambil kira

Perlu ada perancangan yang rapi

Jangan main belasah jer yer

Sekadar pandangan saya sahaja😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota: pada gambar bahagian dapur rumah busuk dah mula siap ... next week nak pasang kitchen kabinet plak cadang nyer ...😀






04 October 2018

Sedih

SEDIH


Saya pagi ini ingin menzahirkan rasa yang amat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada 6 anggota bomba yang terkorban sewaktu operasi menyelamat malam semalam

Ujian besar kepada keluarga mereka

Allahuakbar 

Saya mendoakan agar roh mereka akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman ... InsyaAllah 

Al Fatihah 

Mereka adalah WIRA NEGARA





02 October 2018

Cadangan

"HOUSE FOR SALE"


Cadangan saya macam nak jual rumah ini

Sedang proses renovation

Rumah telah hampir sempurna diubahsuai  dengan progress sekitar 95%

Saiz rumah 18x60

Rumah teres

Landed unit tengah

Leasehold masih berbaki sekitar 70 tahun

Lokasi Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan

3 bilik tidur

2 bilik air/tandas

Fully tiles

Porch kereta

Table top & Kitchen kabinet saya dah tempah

Plaster siling

Kipas sebuah rumah

Aircon 2 biji

Autogate

Gril n pagar

Pintu kayu

Water heater

Berhampiran dengan semua kemudahan kerana sudah matang

Hanya sekitar 15 minit ke pusat bandar seremban

Jika berminat untuk memiliki rumah ini ... boleh inbox pm direct saya

Saya cuba untuk beri peluang kepada semua yang berminat

Bulan ini oktober akan siap

InsyaAllah

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk