31 October 2020

Tolong wife

HARI CUTI TOLONG WIFE KAT DAPO


Kita cintan cinton kat dapo jer

Bersemut weh krik krik 


Wife nak masak sedap lah tur 

Itu yang Abang tolong 


Buka tin minyak sapi

Buka secara manual jer 


Tolong wife bagi masak sesedap rasa 

“Abang Tolong ambil rempah nasi Arab kat atas rak kabinet tur”

“Yer lah Sayang ... Abang ambil kan”


Pepagi dah beli daging kambing kat pasar 

Beras basmathi pun masih ada dalam kabinet tur


YuhuuπŸ˜„




Table

7 ELEMEN MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Satu alternatif yang penting jika dapat membina table top & kitchen kabinet di dalam sebuah rumah busuk

Ruang dapur sangat dekat di hati gegurl 

Malah di Musim PKP juga para Bapa suka memasak di dapur 


Antara sebabnya ialah:

  1. Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas
  2. Memang diakui bahawa memerlukan kos untuk membina table top dan memasang kitchen kabinet nie
  3. Perlu kan usaha sket lah dapatkan quatation yang bersesuaian dengan bajet kewangan yang kita ada. Buat design yang kita idamkan dalam mimpi selalu tur 
  4. Buat pilihan terdapat warna yang bersepadanan sesuai dengan persekitaran warna cat rumah atau mungkin juga lantai  tiles
  5. Kekadang apa warna pun sesuai kitchen kabinet nie ... janji nampak cantek dan menawan ... sedap mata memandang 
  6. Pilihlah kontraktor yang boleh dipercayai supaya kerja boleh disiapkan dengan sempurna dengan harga bersesuaian 
  7. Masa kerja dilaksanakan tur ... tengok tengok lah para kontraktor menyiapkan agar kerja nampak kemas dan teratur. Mana yang boleh kita beri pandangan. Kita cuba 


Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket apabila dah ada table top dan kitchen kabinet yang teratur dan kemas

Mana lah tau masakan jadi sedap yummy 

Kan kan kanπŸ˜„


Kekadang tidak semestinya jenis yang mahal mahal

Ikut kemampuan n keperluan yang kita mahukan 

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah dari sumber kes yang dah siap


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube








Sepinggan

SEPINGGAN NASI LEMAK KONGSI BERDUA


Sejak duo menjak nie

Kami bekfes kongsi berdua 

Sepinggan nasi lemak kongsi berdua

Bukan kedekut tauuuuπŸ˜„


Teringat zaman dolu dolu

Zaman belum kahwin masa nak ngorat 

Masa mula bercinta sekitar 20 tahun yang lalu

Masa tur semua makan nak kongsi 

Bersuap lagi tak der rasa segan pun 

Masa tur kat kota raya KL lah yer 


Kat soromban nie makan bersuap lagi pulak jadik nyer 

Ado customer yang meja sebelah muntah morning plak kang ... hahaha πŸ˜„


Cinta dibajai selalu 

Disiram dengan penuh kemesraan suami isteri

Isteri tulang belakang saya dalam segala aktiviti harian 

Terutama aktiviti melayan hobi rumah busuk 

EHHHH ingat kan pagi jumaat lagi

Love u sayang ❤️


&&& Jangan Korang Muntah dah laaaaa ...hahahaπŸ˜„&&&&


Ir. AJAK





30 October 2020

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Wife sediakan 
Simple jer
Sedap rasa 
Berselera saya makan 
Alhamdulillah πŸ˜„πŸ‘




29 October 2020

Cendol

Singgah gerai bawah pokok 
Pekena cendoi 
Balik dari lawat rumah busuk
Sambil cari idea 
LayanπŸ˜„πŸ‘




Bayaran

BAYARAN WANG PROGRESS KERJA KEPADA KONTRAKTOR RUMAH BUSUK


Cepat masa berlalu

Today kita dah berada di hujung bulan Oktober 2020

Dah dikira hampir ke penghujung tahun

Pantas jer rasa nyer

Sekitar 2 bulan jer lagi dah nak habis tahun 2020


Saya senantiasa berfikir melibatkan masa

Kerana dalam konteks transaksi rumah busuk

Masa itu melibatkan wang ringgit dan unit rumah busuk itu sendiri

Memang wajib diambil kira 


Awal bulan ini 

Memang mulakan projek yang baru pulak

Rumah busuk yang lain

Sajer nak citer kat korang

Bayaran wang kemajuan kepada kontraktor rumah busuk mestilah teratur dan tepat pada masa nya


Barulah kerja yang dibuat pun mengikut jadual

Jangan culas untuk membuat bayaran

Kerana kontraktor perlukan modal untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja dah urusan lain

Jika kita sebagai owner lembab membuat bayaran

Mungkin boleh sebabkan kelewatan untuk siapkan projek ubahsuai rumah busuk kita


Dari awal awal lagi perlu letakkan bajet untuk rumah busuk

Susun sebaiknya pembayaran itu

Dari masa ke semasa pihak kontraktor akan minta bayaran wang untuk progres kerja


Jika Kontraktor tak minta ... kita yang tanya 

Jangan lah runsing apabila diminta untuk membuat bayaran apabila tiba masa nya


Jika info ini baik untuk korang 

Eloklah kongsi kan kepada kenkawan yer

Supaya boleh menjadi panduan untuk kita bersama 

Betoikan 

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube




Maulidur Rasul

SALAM MAULIDUR RASUL 
:
:
Terasa rindu untuk menjejak kaki ke sana ziarah Makam Nabi
Moga diizinkan olehNYA




28 October 2020

Potong rumput

RIADAH BALIK DARI KOJO PEJABAT

Salin baju
Capai Mesin rumput 
Layan jer lah 
Bleh keluarkan peluh sket 

Setel potong rumputπŸ˜„




25 October 2020

15km jer

SANTAI SUNDAY MORNING 

Santai pagi ahad menikmati udara sekeliling taman 
15km jer mampu kayuh pagi nie ... semalam 14km ...Alhamdulillah Riadah keluarkan peluh untuk mainten stamina layan hobi hartanah rumah busuk πŸ˜„






24 October 2020

Take 5

PANEH LIT LIT POTONG RUMPUT RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT


Potong rumput di rumah busuk 

Riadah kluarkan poluh 


Pagi tadi dah kayuh beskal 14km

Banyak kalori terbako dah nie 


Take 5 jap Kepenatan dah nie 

Mujur lah rumput tak panjang lagi 


Kena lunch yummy yummy nanti nie untuk pulih kan tenago 

Jangan kutuk saya kedekut tak mau upah Abang Bangla potong rumput ... hahaha πŸ˜„


Ir. AJAK






11 tips

11 PERKARA SIASAT UNTUK MILIKI RUMAH BUSUK


Jangan lah terlalu ghairah sangat untuk miliki rumah busuk tu yer 

Cari masa untuk berfikir 

Cuba cari peluang untuk tenang tenang kan fikiran agar tidak main ikut ikut orang jer 

Cuba lah semak semak perkara sepatutnya 


Buat 11 siasatan ke atas rumah busuk meliputi perkara perkara berikut:

  1. Dapatkan info owner ... siapa pemilik ... lokasi owner ... ker dah meninggal dunia 
  2. Dapatkan status hakmilik ... buat lah carian di kaunter pejabat tanah ... ada bayaran dikenakan 
  3. Tengok ada kaveat ker ... salah satu info yang ada pada dokumen carian 
  4. Semak ada hutang bank ... salah satu info yang ada pada dokumen carian 
  5. Usha usha jiran sekeliling  ... pergi jer lawat ke lokasi ... ronda ronda naik kapcai or skuter 
  6. Kaji jua harga pasaran ... carilah info ... jika ada kawan valuer senang sket
  7. Semak anggaran sewa ... cuba lah cari info Iklan di portal mudah ... selalu nya ada Iklan di sana 
  8. Anggaran kos untuk pulihkan ... kena fikirkan jua skop kerja yang mahu dibuat 
  9. Try lah bincang dengan pihak kontraktor yang nak pulih kan ... maner tau kerja itu sukar dilaksanakan 
  10. Teropong jugak jikalau ada “hantu Kak Limah” ternampak di tepi tingkap ... seram !!!!
  11. Mesti bawa berbincang dengan pasangan kita ... biar sama sama setuju 


Syor:

Dengan ada nya info info ini

Maka Buat lah pertimbangan yang sebaiknya 

Fikir fikir kan apa yang patut korang nak buat


Sekadar pandangan saya sahaja 

Apa yang sempat saya taip 

Saya taip jer 

Tiada susun ayat pun bagai

Janji korang faham okey !

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Unit end lot sedang di reno 

Dijangka bulan Disember 2020 boleh siap 

Harap semua berjalan dengan lancar seperti dirancang 

3 minggu lepas dah siapkan unit corner lot yang cun melecun !!!!πŸ˜„


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube







Santai jer

TAKAT 14km JER MAMPU KAYUH

Santai santai kayuh 
Ditemani wife 
Singgah kat mamak pekena lemon ais & capati 






19 October 2020

Monday blues

Monday Blues

Cuti rehat 
Kayuh santai pagi nie
Keluarkan peluh 
Riadah untuk mainten stamina rumah Busuk
Mampu 13km jer πŸ˜„






18 October 2020

Dugong

KEHIDUPAN NIE MACAM MACAM

Ir. AJAK MEMANG MINAT LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Kekadang kita nampak macam macam

Dalam kehidupan nie memang tidak sama setiap kita


Kita nampak dia kaya 

Tapi mungkin hati nya gelisah 


Kita nampak dia macam susah kehidupan 

Tapi mungkin dia redho dan rilex jer 


Kita nampak dia punya pangkat yang tinggi 

Tapi mungkin fikiran nya asyik tension jer 


Kita nampak dia kerja jawatan bawahan jer 

Tapi mungkin dia tenang tenang selalu 


Kita nampak serba serbi family itu mewah 

Tapi mungkin jarang duduk semeja untuk menikmati hidangan makanan 


Kita nampak family itu keluarga besar duduk rumah kecil 

Tapi mungkin rezki yang ada penuh keberkatan


Kita nampak dia insan kacak atau cantik 

Tapi mungkin masih tercari cari pasangan yang sesuai


Kita nampak penuh glamour perjalanan hidup harian nya 

Tapi mungkin jiwa kosong masih mencari sesuatu 


Kita nampak dia insan biasa biasa jer dari rupa paras 

Tup tup dah ada ketemu jodoh pasangan yang sesuai


.

.


Biasanya dalam paparan media sosial 

Banyak yang berminat up sesuatu yang keliru

Dari pandangangan saya sahaja yer 

Jika salah maafkan saya


Contoh nya: 

Up gambo pipi licin gebus badan macam mantap selalu 

Pada hal jumpa kat depan mata ... macam tak kenal bebanding gambo di wall FB yang di up nya


Jangan tanya berapa jenis filter digunakan ... siap touchup lagi sebelum up gambo 

Saya pun Kekadang tarik napas untuk bergambo ... itulah reality nya ... hahaha πŸ˜„


Kekadang cerita pun mungkin sedikit sebanyak diedit untuk sedap kan jalan cerita nya

Tapi syok membaca jika penulis pandai susun ayat 


Pandangan saya:

Jangan ambil kisah sangat 

Ilex ilex santai

Jangan peduli hal orang 

Kita jalan kita

Kita cara kita 

Kita jaga kita


Ambil yang baik jer di Fb

Kurang sesuai kita tak payah ambik 

Kita raikan semua pendapat 

FB kan tempat kita bersosial

Mungkin itu cara mereka buat marketing

Kan kanπŸ˜„


Yuhuu 

Saya Ir. AJAK memang minat layan hobi hartanah rumah busuk ... tidak dapat disangkal lagi

Cuma today tiada cerita rumah busuk

Saya belajar berenang menyelam nak jadik DUGONG plak hari ini

Cuma nafas tak cukup panjang ... hahaha ... korang jangan gelak πŸ˜„


Ir. AJAK

17 October 2020

Bahagi Kan Masa

Ir. AJAK SENANTIASA BAHAGI KAN MASA TUJUAN RUMAH BUSUK


Hakikat yang perlu kita tahu 

Hakikat yang perlu kita terima 

Hakikat yang perlu kita senantiasa ingat 

Hakikat yang perlu kita pasrah 

Bahawa setiap kita ada masa diperuntukan seharian hanya 24 jam 

Adil kan bagi semua kita nie


Ambil peluang untuk gunakan sebaik nya 

Kot mana kita sibuk sekalipun 

Kot mana kita hebat sekalipun 

Kot mana korang bijak sekalipun 

Kot mana korang champion sekalipun 

Kot mana korang nak planning memacam hal untuk capai cita cita 

Kot mana korang nak declare konon nak financial freedom lah yer

Jika gagal mengurus kan masa 24 jam itu

Korang tahu lah jawapan nya kan 


Saya Ir. AJAK tidak lah bijak mana pun 

Saya Ir. AJAK tidak lah hebat mana pun 

Tapi akan cuba sedaya upaya untuk aturkan kehidupan sebaik nya 

Saya cuba saya cuba saya cuba bahagi kan masa yang ada dengan sebaik ya


Untuk lakukan perkara ini:

  1. Tanggungjawab diri kepada Allah & pada family senantiasa 
  2. Tanggungjawab mencari nafkah seadanya 
  3. Tanggungjawab sebagai jurutera profesional dalam bidang bagi beri manfaat sebagai fardhu kifayah 
  4. Melayan hobi hartanah rumah busuk pada weken 
  5. Melayan hobi ikan koi sebagai terapi minda 
  6. Melayan hobi holiday sesekali jika ada modal & berkesempatan bersama family 
  7. Santai santai rilex rilex lakukan perkara yang beri manfaat ... layan media sosial melalui gajet iPhone untuk bonding dengan rakan rakan sebagai ukhwah silaturahim 
  8. Ada masa weken berkayuh basikal keliling taman bersamo wife untuk Riadah keluarkan peluh bagi kekalkan stamina melayan hobi rumah busuk 


Kita sesuai kan masa dengan keadaan hidup kita 

Kita ejas ejas bagi sesuai kan masa 

Kita kena cuba

Kita kena buat lah yer 

Kita ikut panduan rujukan daripada mereka yang telah terbukti berjaya 


Saya pun buat perkara yang sama 

Mana mungkin sekali buat dah menjadi 

Jika gagal kita baiki bagi berjaya jugak 

Maka kita terus kan usaha 

Weken memang saya layan hobi hartanah rumah busuk macam biasa

 

Maka segala nya saya kena ejas ejas untuk reliasasikan perkara itu 

Kena bahagikan masa untuk tujuan rumah busuk

Kekadang kena fokus & serious tapi jangan sampai terasa tertekan pulak 

Ambil masa untuk buat planning 

Mesti boleh punya

Nak seribu daya tak mahu seribu dalih 

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Rumah dalam gambar sedang di reno untuk sebuah rumah 

Lokasi di seremban 

Dijangka akan dapat disiap sepenuhnya pada hujung tahun Disember 2020 

Target begitulah ... InsyaAllah


 #rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#hobirumahbusuk

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube






Santai

KAYUH SANTAI JER


Kayuh santai

12km jer mampu 

Ilex ilex bersamo wife 

Keluarkan peluh keliling taman

Ramai ketemu geng geng kayuh pagi nie πŸ˜„









14 October 2020

Lemon Madu

Ketagih arr nak minum 
Teh O Lemon Madu
Mesti nak minum setiap hari 

Sambil buat kerja dokumen berkaitan “rumah Busuk” malam nie πŸ˜„




7 tips

7 TIPS UNTUK BERTERUSAN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


1. Tanam kan minat yang kuat ler:

Nak mula berjinak dengan hobi hartanah

Maka perlulah tanamkan minat terhadap hartanah tur

Ambik aura selalur

Jika buat dek jer

Memang tak jadik ler wei

Jangan harapkan mimpi jer 


2. Kutip ilmu hartanah sebanyak mungkin:

Kena usaha lah sket untuk kutip ilmu hartanah sebanyak yang mungkin

Beli buku dan baca dan baca hingga paham

Ebook pun sangat membantu korang 

Hadir seminar hartanah yang dianjurkan oleh sifu hartanah jika ada

Lepak minum kopi dengan orang sekeliling yang tahu tentang ilmu hartanah jika mereka berkesempatan 

Joint lah group wasup geng geng hartanah

Berterusan untuk belajar Dan terus belajar 


3. Folow fb otai hartanah rapat rapat:

Folow semua aktiviti otai hartanah melalui fb mereka

Selalur jer singgah kat wall demer

Baca setiap tulisan mereka yang memberi manfaat 

Jika tulisan tur agak keras terkena batang hidung sendiri ... buat dek jer lah

Kutip jer semua tips yang otai hartanah bagi kat wall mereka tur ... bukan kena bayo pun ... free sharing kan kan


4. Bermula kumpul modal:

Nak beli hartanah rumah busuk mesti lah mempunyai modal

Nak ke tandas awam pun kekadang kena bayoπŸ˜€

Modal untuk deposit 

Modal beli rumah 

Modal nak reno

Kos lawyer

Kos valuer

Kos pelukis pelan jika nak fully renovation 

Kurang kurang modal tunai pun 15% daripada harga rumah busuk yang nak dibeli ... selebihnya guna loan rumah 

Nak simpan modal tur maybe ambil dari sebahagian duit gaji bulanan ler 


5. Mula beli rumah busuk:

Dah ada minat

Dah kutip ilmu

Dah folow fb otai

Dah kumpul modal

Masa untuk praktikkan

Pilihlah rumah yang bersesuaian dengan bajet anda dan yang berkenan di hati

Belilah rumah busuk samada melalui kaedah lelong atau kaedah subsales


6. Repair rumah busuk:

Dah beli rumah busuk

Dah setel bab dokumentasi

Masa untuk repair lah yer ... tak kan nak biar gitur jer

Bagi wangi cukup cukup rumah tur

Ikutlah bajet memasing untuk repair tur

Dah wangi mesti syok punyer ... hati akan berbunga bunga gumbira


7. Beli lah lagi rumah busuk:

Ulang semula step nombor 1 sehingga 6

Ulang lah sampai lebam

Ulang sampai termuntah

Ikut sukahati korang lah yer nak ulang banyak kali mana pun jika ada peluang 


Ini sebagai panduan yang boleh korang cuber jer

Ikut kesesuaian memasing tau

Saya hanya bagi tips jer

Inilah antara step yang saya amalkan

Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#hobirumahbusuk

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube