27 February 2021

20km jer

Wife cakap nak kayuh 20km jer kami mampu ... jadik arr untuk keluarkan peluh di pagi sabtu πŸ˜„





26 February 2021

Ulangtahun Ke 47

MY BIRTHDAY 47


ALHAMDULILLAH:

Alhamdulillah penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH swt 

Dipinjamkan usia dan segala nikmat hingga ke hari ini

Pasrah saya seadanya

Genap usia saya ke 47 tahun pada hari ini


BONDA:

Terima kasih kepada bonda tersayang yang mengandungkan saya dalam tempoh 9 bulan dan melahirkan serta penuh kepayahan membesarkan saya yang dikabarkan agak nakal pada waktu kecil dolu 

Tak lupa buat Arwah Ayah yang bersusah menyara saya & family .... Al Fatihah 


ISTERI:

Terima kasih jua buat isteri tercinta yang senantiasa bersama saya di kala susah & senang 

Terima kasih kidos & adik adik yang mendoakan perjalanan hidup saya ini


UKHWAH:

Sejambak ikatan ukhwah silaturrahim buat kalian semua yer

Berkat hari jumaat penghulu hari 

Pastinya doa untuk kita semua yang baik2 ajer 

InsyaAllah AminπŸ˜„


Ir. AJAK

26 Febuari 2021




21 February 2021

Kayuh santai ahad

KENKAWAN BESKAL NIE KEKADANG KLENTONG LEBIH 

Katanya memujuk
Ride santai pepagi ahad 
Mencari lokasi untuk bekfes 

Sekali kayuh 
Ada 7 buah bukit untuk dipanjat 
Jenuh krem kaki kiri 
Layan dongan kenkawan 23km jer 
Ukhwah silaturrahim 
Sambil keluarkan peluh 

Ir. AJAK




20 February 2021

Kabinet lagi

7 ELEMEN KORANG BOLEH TIMBANG KAN UNTUK MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Satu alternatif yang penting jika dapat pertimbangkan untuk membina table top & kitchen kabinet di dalam ruang dapur sebuah rumah busuk

Ruang dapur sangat dekat di hati para gegadis wanita 

Malah di Musim PKP juga para bapa suka memasak di dapur

Musim PKP nie asyik asyik nak pergi ke dapur 

Especially yang work from home 


Antara sebabnya ialah:

  1. Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas 
  2. Memang diakui bahawa memerlukan kos untuk membina table top dan memasang kitchen kabinet nie
  3. Perlu kan usaha sket lah dapatkan quatation yang bersesuaian dengan bajet kewangan yang kita ada. Buat design yang kita idamkan dalam mimpi selalu tur 
  4. Buat pilihan terdapat warna yang bersepadanan sesuai dengan persekitaran warna cat rumah atau mungkin juga lantai  tiles
  5. Kekadang apa warna pun sesuai kitchen kabinet nie ... janji nampak cantek dan menawan ... sedap mata memandang 
  6. Pilihlah kontraktor yang boleh dipercayai supaya kerja boleh disiapkan dengan sempurna dengan harga bersesuaian 
  7. Masa kerja sedang dilaksanakan tur ... tengok tengok lah para kontraktor menyiapkan agar kerja nampak kemas dan teratur. Mana yang boleh kita beri pandangan. Kita cuba 


Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket apabila dah ada table top dan kitchen kabinet yang teratur dan kemas

Mana lah tau masakan jadi sedap yummy 

Kan kan kanπŸ˜„


Kekadang tidak semestinya jenis kitchen kabinet yang mahal mahal sahaja yang akan nampak cantek & sempurna 

Ikut kemampuan n keperluan yang kita mahukan pada rumah kita

Bincang bebaik dengan pasangan kita yer 

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah dari sumber kes rumah busuk yang telah siap pada kes yang lepas


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube








Riadah sket

RIADAH

Isnin ke jumaat keje di opis lebih 10 jam sehari 
Sibuk sket minggu nie untuk mencari rezki bagi menyara kehidupan 

Weken kita layan kayuh beskal keliling taman
Mampu 15km jer
Keluarkan peluh
Kekal kan stamina untuk weken layan hobi hartanah rumah busuk pulak 
InsyaAllah 

Ir. AJAK





14 February 2021

Dua Patah

Saya bukan takut bini 
Sekadar nak bantu bawa kan handbag wife jer 
.
.
Dua Tiga Patah komen dah lerπŸ˜„



Weken Ride

KEKAL KAN STAMINA UNTUK LAYAN HOBI RUMAH BUSUK

Pepagi kayuh santai keliling taman sekitar rumah
Untuk kekal kan stamina layan hobi hartanah rumah busuk 
Saya terdaya sekadar 12km jer 
Tak paksa diri
Yang penting keluarkan peluh 
Wife ikut sama 

Ir. AJAK
Berkayuh sekadar nak keluarkan peluh Jantan πŸ˜„





13 February 2021

7 tips

7 PERKARA BOLEH JADI RISIKO LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK

Saya terpikir beberapa perkara yang boleh di kategori kan sebagai risiko juga untuk layan hobi hartanah rumah busuk:

1. Orang cakap ada "hantu zombi”
Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan
Malah yang lebih 10 tahun pun ada
Penagih dadah dah jadikan sarang
Bersepah jarum suntikan
Tak tahu lah jika "hantu zombi” nak tumpang tinggal kat situ jugak yer 
Puan Iza Iza Talib selalu uplud stok rumah zombi 

2. Tidak ada modal untuk repair
Tak masuk dalam bajet untuk repair
Kes berat lah nie citernya 
Jika tidak menyediakan bajet untuk repair
Ini bukan nya beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah yang cun melecun 
Hati hati yer kawan
Tuan Doktor Abah Qilah Azizul Azli Ahmad selalu up tips bajet 

3. Buntu tak tahu nak buat apa
Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian
Jangan tak tahu plak nak buat transformasi bagi jadi wangi 
Buntu tak tahu nak buat apa
Tak tahu nak mula kan proses repair
Tak pandai nak deal dengan kontraktor
Berbagai lah alasan korang yer
Bro ZZ Zz Ezri selalu up rumah dah mewangi 

4. Sewa tak laris 
Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan
Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa
Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau kawasan tak menarik yer
“Kena mandi bunga” lah yer ... hahaha 
Puan Anis & Suami Anis Hafiza Fairuz Zain nya selalu kongsi cerita bab rumah & bilik sewa 

5. Tiada pembeli
Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan 
Konon korang ada hasrat nak flip 
Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat
Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut
Macam macam hal
Sahabat saya nie Bro Ezad Ezad Musa memang pawer bab flip rumah ... saban bulan bersilih ganti rumah 

6. Pasangan membebel
Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk
Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk
Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk
Hampeh ler yer
Saya yakin & percaya Bro San Ihsan ZainalMemang licik memujuk pasangan nya... boleh jadik idola kenkawan ... kan kan Zali Zali Ahmad

7. Kenkawan kutuk
Kita layan hobi hartanah rumah busuk
Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan
Buat pekak telinga jer lah wei 
Ado kau kesah 
Yer tak yer
Kita cuba
Abang Ensem Meor Zaidee Memang dah lali dengan kutukan ujub nya ...kan kan Shahkhairul Nizam Ramli & KEY Khairul Ezuwan
Puan Ija Ija Syariza pun banyak pengalaman bab ini ... Saya selalu baca tulisan beliau 

Ini sebagai panduan sahaja 
Tidak semestinya sama bagi semua kes
Cuma korang kena ambil kira jugak 
Jangan buat endah tak endah jer yer
Gelak gelak juga 
Tapi benda betoi korang kena ambil tahu 
Jika tiada kaitan dengan korang

Boleh abai kan lah yer 
Jika rasa ada manfaat boleh SHARE kan untuk panduan kenkawan sekalian 
Sharing is caring 
YuhuuπŸ˜„

Gambar yang saya sertakan ada lah kes terdahulu rumah busuk yang telah diwangikan 

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk



12 February 2021

Riadah jumaat

RIADAH DI PAGI JUMAAT 

Baru nak ngayuh di pagi cuti jumaat untuk keliling taman Perumahan jerπŸ˜„



07 February 2021

Teknik Asah

PISAU TAJAM SENANG NAK KUPAS BUAH MANGGA 


Potang ahad gini

Saya luangkan masa 

Asah pisau yang ada di dapur

Aktiviti sebulan sekali


Senang wife nak memotong segala macam bahan masakan di dapur

Jika pisau tumpul payah nak siang ikan atau potong ayam


Ini saya tunjukkan teknik asah pisau dengan cara saya


https://youtu.be/41gjFFSnTBQ


πŸ˜„


Ir. AJAK

Macam macam nak belajar untuk tambah kemahiran diri



Riadah

RIADAH SANTAI JER 


Dah 2 bulan rehat sejak jalani prosedur pembedahan pada bulan Disember 2020

Riadah santai untuk pulihkan stamina

Ada stamina bleh layan hobi hartanah rumah busuk 

Wife temankan untuk bagi semangat pada pagi nie 


Layan mesti nak layan 

Pusing keliling taman perumahan jer

Janji bleh keluarkan peluh sambil menikmati udara segar di pagi hari

Kan kanπŸ˜„


Ir. AJAK




06 February 2021

Pizza

MALAM MINGGU MUSIM PKP MASAK PIZZA

Luangkan masa kat dapo 
Apa ajer yang ada bahan kat dapo 
Dalam peti ais
Kita capai 

Uli tepung 
Masuk dalam oven 
Nie lah hasil nya
Boleh lah makan
Tapi tidak lah setanding di pizza hut & dominos 

Kidos cakap ... bleh tahan jugak papa jadik chef 

Bahan buat doh:
Yis 2 sudu 
Baking powder 2 sudu
Gula 2 sudu 
Olive oil 2 sudu
Tepung gandum 0.5kg
Garam 1 sudu
Butter 60grm
Air 250ml

Buat doh sehingga lembut 
Tunggu sehingga 1 jam

Bahan atas doh:
Daging hancur
Bawang holand
Cili benggala warna merah & kuning & hijau 
Sos prego 
Cheese mozzarella 

Cara masak:
Bakar dalam oven sekitar 30 minit 
Api atas bawah suhu 180 darjah 

Siap untuk di makan di hidang kan 

YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Konon nak jadik chef kat dapo πŸ˜„



7 tips lagi

7 SEBAB TIDAK SUKA KEPADA RUMAH BUSUK


Ramai yang tidak suka kepada rumah busuk

Rumah busuk nie dalam keadaan uzur dan buruk

Kekadang rumah busuk sudah macam tidak ada rupa rumah pun


Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor

Antara nya:

  1. Tidak tahu untuk miliki rumah busuk
  2. Rumah dalam keadaan buruk/uzur
  3. Perlu dibaiki 
  4. Isu modal untuk baiki
  5. Nak cari kontraktor yang sesuai
  6. Tiada masa nak uruskan dari rumah busuk kepada rumah wangi
  7. Mungkin pasangan tak support untuk aktiviti ini


Cara nak atasi isu di atas dengan cara:

  1. Miliki rumah busuk dengan cara subsale atau lelong ... nak mudah minta tolong dari agent REN yang berwibawa
  2. Rumah yang uzur dan buruk memang boleh di usahakan untuk di sempurna kan semula dengan cara yang betul 
  3. Ambil lah inisiatif untuk membaiki rumah yang uzur tersebut 
  4. Memang kadangkala ada isu modal ... cari lah modal itu ... dari simpanan ker ... pinjam bank ker ... pinjam dari pasangan atau ibu bapa
  5. Jika tiada upaya untuk baiki sendiri ... kita gunakan khidmat kontraktor ... kat kawasan sekitar tempat tinggal kita mesti ada kontraktor yang boleh membantu
  6. Cari masa yang sesuai ... ejas ejas masa kita untuk luangkan masa bagi tujuan rumah busuk ... pasti boleh punya
  7. Jika ada pasangan yang tak support ... pujuk pujuk lah agar boleh support kita ... bawa pegi makan makan ker ... ceriter kebaikan rumah busuk ... lelama okey lah tur


Saya sekadar memberi pandangan sahaja yer

Jika kurang tepat kepada kes masing masing lah yer 

Kita raikan sama sama pandangan 

Maybe korang ada idea yang lain lagi ... cer kongsi kan di sini

YuhuuπŸ˜€


Panduan untuk di baca:

Kat sini ada link cara untuk memiliki rumah lelong yang telah dipraktikkan amat sesuai : https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK


Brother ini pun telah mewangi kan rumah lelong yang dimiliki nya ... corner 

Siap ada kolam mandi manda lagi: https://ziyad.onpay.my/order/form/rumahlelong7bintang/IrAJAK



Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk