24 April 2021

Errkkk kotor

EERKKKKKK KOTOR DALAM RUMAH BUSUK


Errkkkkkkk kotor dalam rumah busuk 

Nak jadi kan rumah mewangi 

Kena lalui proses ini


Tak nak layan keadaan macam gini 

Tak payah mimpi nak joint hobi sebegini 

Memang tak selera nak masuk ke dalam rumah busuk 


Habuk banyak

Rumah bersepah 

Bunyi bising 

Ketuk sana ketuk sini 

Dril sana dril sini 

Kekadang jiran pun tak berapa nak selesa 

Kita minta maaf bebanyak 


Cabaran ini perlu dilalui 

Dalam mereliasi kan impian untuk memiliki rumah yang mewangi 

Tiada yang mudah dalam sesuatu perkara 


Jejaka Kacak belum tentu hati nya kental 

Jejaka bijak kadangkala hanya pandai berkata kata 

Sekadar coretan di potang weken ini 


Alhamdulillah progres makin baik untuk kes rumah busuk yang ini 

Layan tetap layan 

Yuhuu 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 






10 April 2021

10 tips

10 TIPS BERSABAR SELALU UNTUK MILIKI RUMAH BUSUK


Perlu banyak banyak bersabar yer:

1. Melihat rumah busuk dengan pandangan sinis dan jelek ... Itu perkara biasa ler untuk dilalui 


2. Skeptikal dengan potensi rumah busuk ... Itu dah memang lumrah kenkawan di sekeliling kita


3. Kenkawan pandang sebelah mata ... Buat dek jer lah buat alkisah macam tiada ada apa apa yang berlaku 


4. Ahli keluarga macam tak sokong pada peringkat awal ... Perlu hadapi dengan tabah yer sampai kita boleh buktikan rumah cantek mewangi 


5. Pelbagai isu untuk diselesaikan tentang rumah busuk ... Selesaikan satu satu hingga sempurna semua perkara walaupun kekadang payah sampai nak give up 


6. Sebahagian kontraktor pun malas nak layan kes kita kerana leceh ... Carilah kontraktor yang mahu bekerjasama dengan kita dari mula kerja sampai ke siap 


7. Masalah modal untuk reno bagi wangi ... Bank kan ada boleh bagi pinjam atau buat simpanan sket sket lama lama jadik bukit


8. Call off selalur sewaktu nak masuk lelongan awam ... Saya dah masak keadaan ini ... next kes pula  ... Jangan mudah mengalah 


9. Perlu banyak bersabar melayan rumah busuk ... Saya dah lali dah ... namun kita kena senantiasa kental


  1. Berdoa kepada ALLAH swt agar senantiasa diberi ruang n peluang ... tawakal jer 


Sajer nak membebel pepagi nie

Orait geng itu jer yang sempat nak taip

Jadual agak penuh weken ini

Saya kan layan hobi hartanah jer

LIKE setelah bacaπŸ˜„

SHARE untuk manfaat kenkawan yerπŸ˜„πŸ‘


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk






03 April 2021

Langsir

PASANG LANGSIR DI DALAM RUMAH BUSUK

Rumah hampir 99% dah siap 
Pasang langsir di dalam rumah busuk 
Rumah 2 tingkat 4 bilik tidur 
Warna oren jugak jadik pilihan 
Pasang blind jugak di tingkap dapur 
Makin cun dah rumah busuk ini
I likeπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk