09 May 2021

Mood nak raya

MOOD NAK RAYA ... TAPI HARI WEKEN MESTI NAK LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Minggu terakhir Ramadhan 

Nie lah keadaan realiti 

Mood nak raya dah weh

Lagu raya memang dah kuat berkumandang 

Tapi hari weken mesti nak layan hobi rumah busuk 


Ambil kesempatan untuk berbincang dengan rakan team kontraktor

Buat apa yang patut 

Berbincang akan membawa banyak manfaat 


Mencari pelbagai alternatif 

Untuk lebih berdaya saing 

Dalam situasi yang penuh mencabar buat masa skrang nie ... saya kira begitu lah 

Norma baru pandemik covid 19 memang akan rasa terkesan jua ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 





08 May 2021

Menyapu

MENYAPU DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Beras kita beli
.
.
Tetapi
Menyapu pun kito buat gak 
.
.
Gini lah layan hobi rumah busuk pado weken 
Dah nak mood rayo weh weken 😄






01 May 2021

Hari Pekerja



Hancus

HANCUS RUMAH BUSUK BOSSKU


Pepagi nie sajer nak berceloteh bab rumah busuk lagi yer

Kepala berputar nak citer apa tur

Tetiba ini jer yang mampu ditaipkan


RUMAH BUSUK:

Yang saya ertikan sebagai rumah yang uzur & buruk & busuk 

Walaupun dalam kamus dewan belum memberikan definisi sebegini

Rumah yang tidak cantek

Rumah yang tidak sempurna

Rumah yang penuh sampah sarap

Rumah yang tidak bertingkap

Rumah yang siling telah pecah

Rumah yang tandasnya meloyakan

Rumah yang senantiasa dipandang sepi oleh jiran

Malah kekadang jiran sekeliling memandang sinis tatkala Ir. AJAK bercakap mahu mewangi sesebuah rumah buusk


RUMAH WANGI:

Rumah yang saya ertikan sudah sempurna untuk didiami

Rumah yang telah di transformasi kan dari rumah busuk kepada rumah wangi

Rumah yang ada porch walaupun simple

Rumah yang ada lantai tiles

Rumah yang ada plaster siling

Rumah yang ada table top & kitchen kabinet

Rumah yang ada tandas ala ala hotel gitur

Rumah yang telah di wiring semula

Rumah yang ada kipas

Rumah yang acapkali dipandang cantek jer yer


Rumah busuk vs rumah wangi

Mana satu pilihan korang yer ?

Ikhlas dan jujur

Cer korang tolong jawapkan


HAKIKAT:

Hakikat yang perlu dilalui oleh saya

Untuk melakukan proses transformasi dari rumah busuk kepada rumah wangi memang memerlukan usaha yang kental

Setakat hangat hangat tahi ayam ... tak menjadi weh

Itulah usaha yang telah dilalui sejak bertahun tahun dahulu

Dek kerana syok melayan "hobi"

Anggap jer lah ini perkara yang amat menyeronokkan hati dan perasaan

Merupakan satu kepuasan hati apabila dapat menyempurnakan sebuah rumah busuk kepada sebuah rumah wangi

Hakikat nya memang memerlukan komitmen yang berterusan dan padu

Wife saya juga banyak membantu dalam usaha saya ini

Betoikan Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah proses yang sedang diusahakan 

Kes terkini skrang ini