24 April 2022

Tahniah Along

TAHNIAH ALONG

Tahniah Along Muhammad Aiman
Anak sulong papa mama 
Dah semester ke 5
Masih berpeluang untuk kekal kan kecemerlangan untuk Anugerah Dekan 
Esok dah mula kuliah untuk semester yang baru iaitu semester ke 6
Papa mama senantiasa doakan untuk kejayaan Along 

Papa hanya berpeluang masakan kari kambing untuk bekal untuk sahur pagi nanti 😄



Kari Kambing

KARI KAMBING

Hari ini saya rajin sket 
Pergi beli kambing kiub 2 kg
Saya sediakan bahan
Saya mula masak 
Dari mula sampai siap masak 

Bukan takat layan hobi hartanah rumah busuk jer tau 
Masak kat dapur pun bleh lah sket2

Kang Along nak bawa balik bekal untuk sahur 
Esok dah mula kuliah bagi semester ke 6
Dah 3 minggu Along bercuti di rumah sejak awal Ramadhan 
😄






23 April 2022

Tiles Dapur

TILES LANTAI DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Ramai pulak yang bertanya kepada saya 

“Laminate Floor” ker ?

Saya jawab “bukan”

Saya pasang tiles saiz 2x2 yang bercorak seperti dalam gambar 


Corak nie ada macam2

Korang boleh pilih di kedai barangan tiles

Harga pun ada macam2 yer

Ikut kemampuan bajet memasing

Pilih jer 


Yang penting 3 tips di ruang dapur:

  1. Pada ruang dapur cuba guna jenis lantai tiles yang kesat
  2. Elakkan guna jenis tiles lantai yang licin & berkilat 
  3. Risau Jikalau ada air tertumpah yang boleh menyebab kan lantai licin ... kita cuba elakkan risau terjatuh weh 


Pada kebiasaan nya di ruang dapur 

Memang akan terdedah dengan tumpahan air

Sebab ada sinki 

Ada mesin basuh 

Ada mesin air cucko & coway 

Kita guna air 

Kekadang air dari paip sinki merecik ke atas lantai 


Ini sekadar nasihat saya sahaja 

Tiada isu pun jikalau korang nak ubah norma sedia ada 

Yang penting jika ada air pada lantai di dapur 

Cepat2 ambil tindakan 

Lap cepat2 supaya kering yer 

Betoikan ! ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 





17 April 2022

Asyraf Folow Papa

BAWA ASYRAF LAWAT RUMAH BUSUK WEKEN


Asyraf terkejut lihat proses reno 

Minggu lepas tak der bumbung 

Arini dah pasang bumbung dari depan sampai ke dapur rumah 

Dah tak panas kena cahaya matahari dah kata Asyraf 


Papa cakap pada Asyraf 

Minggu lepas kita melalui laluan ini untuk ke dapur tapi dah berubah menjadi laluan sebelah pula 

Ini lah antara perubahan kedudukan bilik tidur diubahkan 


Di hujung sudut dapur ini pun akan dibina 2 buah tandas 

Asal nya kedudukan tandas di sebelah sana 

Papa dah ubah kedudukan agar nampak susunan lebih teratur dan agar ruang dapur akan nampak luas dan besar 


Asyraf tanya lagi:

“Camner papa boleh bayang kan nak ubah sana ubah sini ... sedang kan tak nampak di depan mata ?”

Papa jawab:

“Dah lebih 12 tahun papa layan hobi ini pada weken ... papa dah boleh bayang bayang dalam minda papa lah”

Asyraf nampak pelik pandang semacam kat papa ... hahaha 


Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi Hartanah Rumah Busuk 







09 April 2022

Iftar

Weken iftar ... wife beli voucher early bird ... bonding time ... Alhamdulillah syukur 

Alang

MUHAMMAD ASYRAF 


Muhammad Asyraf (Alang)

Anak ke 3 papa mama

Teman kan papa 

Lawat rumah busuk 


Sajer bagi pendedahan kepada Alang 

Supaya tahu aktiviti papa pada weken

Kenal erti rumah busuk 

Faham erti nak reno 

Tahu maksud nak runtuh kan porch 

Ambil tahu rupa bumbung 

Tengok pakcik kontraktor panjat bumbung 

Tahu apabila bumbung rumah sudah tiada 

Cara papa comfirm kan kedudukan itu dan ini bagi rumah busuk 


Cuaca cerah paneh bedenting 

Projek reno sebuah rumah busuk tetap berjalan 

Cadangan:

  1. Runtuh porch sedia ... bina baru 
  2. Ganti semua bumbung 
  3. Ubah kedudukan bilik tidur 
  4. Bina 4 bilik tidur 
  5. Bina 3 tandas 


Fully reno lah senang nak cakap 

3 bulan ambil masa tak kurang 

Layan tetap layan 

Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk









Buku Teks

AMBIL BUKU TEKS


Pagi nie

Luang kan masa bawa Muhammad Adam ke sekolah ambil buku teks & beli kelengkapan di koperasi sekolah 


Anak bongsu papa mama Makin membesar

Dah belajar di sekolah menengah 

Tak mahu duduk di asrama alasan “nak main games komputer & henpon” ... tak vleh punya alasan  ... adoii ðŸ˜„









08 April 2022

Rumput

Puasa Hari Ke 6

Dah 6 hari berpuasa 
Balik dari kerja saya asyik berehat jer 

Potang ini 
Balik dari kerja 
Saya ambil kesempatan untuk riadah potong rumput 
Cuba kluar kan peluh sket 
Alhamdulillah setel mesin rumput 

Sedap mata memandang rumput hijau begini 😄



03 April 2022

Daging rusa

Kari daging rusa 
Wife masak untuk iftar 
Alhamdulillah 😄


02 April 2022

Lepak

Lepak santai tepi kolam 
Sambil makan kacang
Ilex ilex sambil tengok Ikan
Dengar bunyi air 😄



(Temporary Backup) Ilex

Layan hobi hartanah rumah busuk ... ilex ilex santai jer ... tak yah tension ... tak yah kalut kalut bagai ... Yuhuu 😄

Ado kojo

Ado nie haaa 
Buat kojo sket kat RUMAH BUSUK 
Layan di hari weken 😄




(Temporary Backup) Riadah

RIADAH


Riadah di pagi minggu 

Nak kekalkan stamina melayan hobi hartanah rumah busuk 

Merecik peluh 

Jadi lah dapat lebih 4km jenjalan santai 

Yuhuu😄






Resepi

STAY AT HOME


MENU MEE KARI SIMPLE

Ada yang tanya saya

Saya up kan sekali lagi di sini 


Bahan:

1 bungkus mee kuning RM2

Fishcake & fishball RM3

Santan kotak RM2

Sayur sawi sedikit RM1

Tauge & 1 cili merah & 2 biji limau kasturi RM1

1 biji bawang & 3 ulas bawang putih & sepotong kecil halia: ambil stok yang ada di dapur

Sedikit ikan bilis

Daun kari 

2 sudu rempah kari 

Minyak untuk tumis

Garam secukup rasa


Masak:

  1. Bawang & halia & ikan bilis di tumbuk hancur 
  2. Bancuh serbuk kari dengan air 
  3. Tumis kan no 1 ... seterus nya no 2 hingga naik bau n naik minyak 
  4. Masukkan daun kari ... santan ...  fishball & cake 
  5. Sayur sawi rebus sekejap 


Dah siap seperti dalam gambar ðŸ˜„


Ir. AJAK











(Temporary Backup) Cekodok

STAY AT HOME 

Jemput jemput pisang potang ini 
😄


(Temporary Backup) Minum petang

STAY AT HOME

Prepare kidos nak minum petang 
Layan jer





Beli jiwa

BELI JIWA


Sajer layan wife 

Bawak jenjalan ke soppink mall

Kira dating lah bedua gini 


  1. Masuk kedai baju
  2. Belanja makan 


Beli JIWA nama nya nie 

Almaklum jer laa 

Masa saya banyak dihabiskan ke aktiviti RUMAH BUSUK 

Sesekali saya kena luangkan masa jua untuk wife


Saya cakap

Pilih jer lah baju baju tur 

Rasa bekenan di hati ... kutip jer

Abang tunggu kat kaunter bayaran yer


Bleh ker guna taktik gini

Kena ikhlas kan hati jua supaya lebih berkat dan bleh dapat ganjaran pahala 

InsyaAllah Aamin ðŸ˜„


Ir. AJAK




















(Temporary Backup) Motor

GANTI MINYAK HITAM MOTOR


Dah 12 tahun umur motor nie 

Saya masih guna

Kekadang bawa gie kedai 

Kekadang bawa gie tengok rumah busuk 

Senang nak gie masjid untuk parking tepi pagar 

Masih boleh menabur bakti kepada saya 

Alhamdulillah ðŸ˜„



(Temporary Backup) Mee

MEE GORENG 


Cam nie lah pepagi ahad

Cuti kat umah 

Sajer ke dapo

Nie haa hasil nya

Ape yang ada jer dalam freeze 

Baling dalam kuali 

Untuk kidos bekfes 

Air tangan papa 

😄


Ir. AJAK



(Temporary Backup) Rantaian

KONTRAKTOR DAPAT MANFAAT DARI TRANSFORMASI RUMAH BUSUK KEPADA RUMAH WANGI


Tatkala berlakunya tranformasi rumah busuk kepada rumah wangi

Pasti nya khidmat para kontraktor akan diperlukan untuk menjalankan segala usaha mewangi kan sesebuah rumah busuk yang dirancang 

Tanpa usaha keras mereka ini

Mana kan saya Ir. AJAK mampu untuk melakukan bersendirian kerja ubahsuai rumah busuk weh 


Pihak kontraktor juga akan mendapat peluang untuk dapat peluang kerja bagi men baiki rumah atau ubahsuai sepenuhnya sebuah rumah busuk:

  1. Kontraktor binaan
  2. Kontraktor elektrik 
  3. Kontraktor pagar & gril
  4. Kontraktor kitchen kabinet
  5. Kontraktor wainscoting 
  6. Dan lain lain yang berkaitan 


Jika banyak geng yang terlibat

Maka lebih banyak lah orang yang akan mendapat manfaat bersama 

Sama sama lah kita berkongsi peluang rezeki yang ada

Mereka kan ada anak bini family yang perlu ditanggung dalam kehidupan seharian 

Mungkin rezeki yang mereka dapat itu

Melalui usaha kecil yang kita laksanakan ini lah kan kan

Saya amat yakin dengan semua aturan yang ALLAH telah aturkan di dalam perjalanan kehidupan saya

InsyaAllah AAMIIN 


Seronok saya layan hobi hartanah rumah busuk nie

Kerana banyak rantaian manfaat yang boleh kita kongsikan bersama sama

Moga kita dilimpahi dengan peluang ruang untuk pintu pintu rezeki 

InsyaAllah Aamin ðŸ˜„


Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota:


Gambar dari simpanan kes yang lalu 


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG




https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729




Wasap.my/60129861504/bukuir







(Temporary Backup) Cinema

CINEMA TIME


Lama dah tak singgah sini 

6 ticket dah di tangan

Sebelum covid tiap bulan mesti bawak kidos ke sini

Santai santai sambil layan popcorn 

Kekadang tak kisah citer apa pun 

Bonding time dongan kidos pado weken 

Wekday papa mama sibuk cari rezki 

Kito jaga SOP yer 










Langkawi

NAK BALIK SUDAH


Santai santai bersama family 

Berkesempatan 3 hari 2 malam 

Naik flight economy 

Sewa keter kat sini

Tiba masa nak balik sudah 


Pergi 3 bag

Balik dah jadik 4 bag 

Kira biasa dah tur bag beranak jadik lebih 


Simpan sini sebagai memori 

Minggu ini tak sempat nak layan hobi hartanah rumah busuk .. tangguh minggu depan 


Esok dah mula keje macam biasa 

Minggu ini Along dah mula final exam semester ke 4

Kidos masih bercuti 


Alhamdulillah atas segala peluang pinjaman dari NYA 

Simpan sebahagian Wang gaji 

Ada peluang nanti nanti kita gie lagi 

InsyaAllah 

😄