13 August 2014

Alhamdulillah ...



Satu lagi S & P telah di tandatangan dan di matikan setem ...
Rumah lelong yang aku telah menang bidaan ...
Dokumen telah dikeluarkan ...
Tak sempat nak repair pun ...
Coz penyewa sedia ada di dalam rumah ...
Sudah ada pembeli ...
Pembeli sangat beruntung kerana telah ada penyewa dan harga sewaan pun boleh bayoo ansuran bulanan pinjaman ... siap adoo baki lagi ... Cash flow positive beb ...
Aku heppy kerana dapat memberi manfaat kepado orang lain ...
Alhamdulillah ...
Ku panjatkan kesyukuran kepada MU YA ALLAH ...

21 July 2014

Serahkan Kunci ...



Serahkan kunci rumah ...
"AKAD JUAL BELI RUMAH" ...
Barulah berkat ...
Kepada pemilik baru ...
Saat yang aku sangat bahagia apabila dapat memberi manfaat kepado orang lain ...
Hasil transaksi rumah lelong ...
Aku beli bidaan rumah lelong ...
Aku repair dan renovation ...
Aku jual dengan harga yang sangat berpatutan ...
Alhamdulillah segala peluang dan ruang yang diberikan dari NYA ...
Aku bersyukur ...
Amin ...

19 July 2014

21 Ramadhan ...



Aktiviti pagi 21 ramadhan ...
Lawat rumah yang bakal beralih kepado tuan owner rumah baru ...
Rumah nie aku menang bidaan lelongan ...
Rumah nie aku repair dan renovation sampai sempurna ...
Telah dijual ...
Lusa nak serahkan "kunci rumah" kepadoo pejabat lawyer ...
Lusa jugakk owner baru boleh masuk rumah ...
Terasoo heppy dan gumbira coz dapat memberi manfaat kepado orang lain untuk memiliki hartanah landed dengan 5 bilik tidur yang selesa di soromban ...
Alhamdulillah masoo nak menikmati hasil tuaian ...
Ku panjatkan kesyukuran kepada MU YA ALLAH padoo bulan ramadhan ini ...
Amin !!!

21 June 2014

Pengalaman Aku ....




Transaksi sudah berada di penghujung
Bermula mencari premis
Menilai premis secara persendirian
Mencari maklumat berkaitan
Info rumah lelong
Menunggu tarikh lelongan di mahkamah seremban 2
Membeli banker cheque deposit 10%
Memasuki bidaan di mahkamah seremban 2
Kegumbiraan dan rasa heppy menangi bidaan rumah lelong
Membuat proses bayaran baki 90% harga lelongan melalui pihak lawyer kepada pemilik
Membuat bayaran semua bil utiliti yang tertunggak beribu ribu
Menunggu dengan penuh sabar untuk keluarkan semua dokumen dari pihak mahkamah seremban 2
Proses penilaian hartanah dan bayaran kepada pihak LHDN
Proses pertukaran hak milik tanah kepada nama aku
Proses repair dan renovation rumah kepada 5 bilik tidur
Ramai prospek pembeli yang tidak sabar untuk menanti siapnya rumah di renovate
Aku pilih pembeli yang "terpilih" berdasarkan penilaian peribadi aku
Rumah aku ... aku punyer pasal laaa nak pilih kepada sesiapa pun nak di jual ... tak gitur ... hehehe
Pembeli bayar deposit
Lantik pihak lawyer
Sale And Purchase Agreement sudah disediakan maka tandatangan aku dan pembeli
Pembeli buat permohonan pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan MOF
Pembeli tandatangan Agreement Loan Facilities
Proses Gadaian dilakukan
Hakmilik bertukar tangan dari aku ke pembeli dan dicagarkan kepada MOF
Transaksi terakhir ialah tunggu bayaran laaa ... saat yang aku nanti kan ... wowowooo
Pengalaman yang sungguh dan amat berharga buat diri aku
Alhamdulillah atas segala peluang yang diberikan dan dipinjam oleh NYA
Aku amat bersyukur ...
AMIN ! ! !