05 November 2016

Frame pintu

1.5 FRAME PINTU KAYU RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Sket sket progres rumah busuk

Nampak perbezaan dari hari ke hari

Dah mula pasang saiz 1.5 frame pintu kayu

Sebelah kiri dan kanan frame pintu akan dipasang cermin kaca yang saiz kurus menegak tinggi tur

Dari ruang porch nie dah nampak paip rewiring elektrik dah ada

Frame tingkap ruang hall pun dah siap tur

Aku tengok gambo progres pekerja sedang membuat kerja pun dah menjadik satu keseronokan

Belek belek gambo yang ada dalam henpon

Maklumlah jerlah sesuatu yang di rancang dan monitor dari hari ke hari menampak hasil yang tersendiri beb

Aku kan layan hobi hartanah rumah busuk di hari coti hujung minggu

😄


Ir AJAK



04 November 2016

Besi plaster siling

MULA PASANG BESI PLASTER SILING RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Progres lewat petang tadi

Abis kerja di pejabat

Aku terus layan hobi plak

Rumah busuk terus dengan aktiviti macam biasa

Dah mula pasang besi plaster siling

Sehingga lewat petang kontraktor masih bekerja

Dalam tempoh 2 minggu dijangka boleh siapkan plaster siling seluruh rumah:

1. Porch selebar 26 kaki

2. Ruang tamu

3. 4 bilik tidur

4. 3 tandas

5. Ruang dapur yang besar

Almaklum sahajalah rumah 2 tingkat

Nak buat kerja plaster siling perlu buat dengan berhati hati agar dapat menghasilkan kerja yang sempurna

Nanti apabila telah dicat dengan warna putih mesti nampak cantek

Makin banyak progres dah

Dijangka kerja keseluruhan boleh siap menjelang hujung tahun nie

InsyaAllah 

Syok melayan hobi nie


Ir. AJAK



Ayam goreng dara + nasi kukus ...


Jiwang


03 November 2016

Tangga

TANGGA RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Skrang sedang contruct tangga rumah busuk

Tangga digunakan untuk naik ke tingkat atas yang ada 2 bilik tidur dan tandas

Tangga nie tak der fesyen sangat

Simple jer untuk untuk naik ke tingkat atas

Kiri dan kanan ada dinding

Sewaktu dah siap nanti akan dipasang besi pemegang tangan

Nanti pada dinding bleh letak frame gambo gambo

Pada anak tangga akan pasang tiles yang tidak licin

Tapi apabila usia makin meningkat

Terasa malas plak nak naik ke tingkat atas

Kan kan


Ir. AJAK



Ketam yummy

Wife masak ketam di malam jemaat

Tak guna minyak tau

Ahaks😄


Ketam

Sejak minyak naik nie

Wife tak goreng goreng plak dah

Dia kata nak masak lemak

Errmmmmmm

Macam sedap😄


01 November 2016

Pagar

LAMPU PAGAR RUMAH BUSUK

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Ruangan porch kereta rumah busuk jugak boleh ditambah baik dengan:

1. Memasang rewiring lampu pagar dan pasang lampu pagar yang simple

2. Pasang pagar 4 daun pintu

3. Pagar yang ada roda di bawah

4. Pasang rewiring autogate

5. Pasang autogate

6. Pasang rewiring loceng

7. Pasang loceng

8. Ubah kedudukan meter air supaya berada di tepi supaya dapat ruang yang luas

9. Ejas kedudukan tiang betoi betoi di hujung kiri dan kanan supaya nampak ruang yang luas pada porch

10. Cat warna kesukaan hati untuk memikat hati para bakal penyewa atau bakal pembeli

Bila ruang porch sudah nampak selesa

Hati pun syok tengok

Betoikan


Ir. AJAK