02 August 2018

Bedebor

BEDEBOR SAYA 


Santai potang nie

Wife saya cakap “mama nak buat keputusan” ... bedebor saya ... yuhuu😀





Pasang

Kontraktor hantar gambar
Sedang pasang kitchen kabinet 
Okey warna nie
.
.
Lokasi rumah yang depan taman tur
😀



Hadapan

RUMAH BUSUK HADAPAN TAMAN PERMAINAN TUR


Teres 2 tingkat

Unit tengah

4 bilik

3 bilik air

Saiz 22x70

Freehold

Lokasi Seremban

Sekitar anggaran 15 minit dari Masjid Negeri & Stesen Komuter Seremban


Sedang dalam proses renovation pada peringkat akhir

Dijangka akan siap sepenuhnya renovated pada pertengahan bulan ini

Ada plaster siling dan table top serta kitchen kabinet 

Lantai tiles pada porch dah siap pasang 

Awning pun dah ada

Seluruh rumah dah ada tiles

Malah di depan pagar pun ada tiles 5 kaki

Kat belakang dapur dah extend

Akan dicat semula sebuah rumah ini


Hadapan taman permainan dan berhampiran surau

Sudah pasti ada add value

Hot area nie 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






29 July 2018

Sold lagi

SOLD


Lewat malam ini rumah telah dilamar oleh seorang jejaka tampan

Beliau dengan pantas telah mendepositkan wang awalan

Akan proceed dengan langkah yang seterusnya 

Moga usaha untuk memberi manfaat kepada insan yang memerlukan tempat perlindungan akan perolehi keberkatan sebaiknya

Saya hanya sekadar medium perantara sahaja untuk menjalan kan amanah sebaiknya

InsyaAllah 

Amin 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk






Sebelah corner lot ...

RUMAH SEBELAH CORNER LOT


Ada yang berminat ker ?

Yang unit corner lot dah SOLD sebentar tadi

Yang ini pula adalah unit sebelah corner lot itu

Taman Gadong Jaya, Sendayan, Nilai, Negeri Sembilan

Lokasi antara bandar Seremban ke KLIA

Sekitar 15-20 minit ke bandar Seremban dan ke KLIA

Sangat laku keras untuk disewakan tau terutama nya di kalangan pekerja KLIA

Keluasan tanah sekitar 20x65

Luas rumah sekitar 750sqft

3 bilik tidur

2 tandas

Hampir hampir siap untuk disempurnakan sebagai sebuah rumah basic house

Nampak dari luar dah cantek kan kan

Table top dah siap cuma kitchen kabinet sedang ditempah di bengkel 

Yuhuu 😀


Ir. AJAK






Sold

SOLD


Rumah corner lot di Taman Gadong Jaya

Dianggap telah SOLD kerana ada buyer yang menyambar sepantas kilat dengan membuat bayaran booking awalan

Bijak beliau membuat keputusan

Sepantas itu jua meluru melawat ke lokasi rumah berkenaan

Beliau melihat sendiri di depan mata bersama family beliau

Sepakat sekata mereka membuat keputusan untuk proceed memiliki rumah yang ini

Actually rumah ini belum sempurna sepenuhnya siap ... maybe 2 minggu lagi akan sempurna ... kitchen kabinet masih dalam tempahan di bengkel kontraktor 

Tahniah sekali lagi kepada beliau ... mungkin beliau membaca tulisan ini

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk







Corner lot

RUMAH CORNER LOT


Ada yang berminat untuk memiliki ker ?

Taman Gadong Jaya, Sendayan, Nilai, Negeri Sembilan

Lokasi antara bandar Seremban ke KLIA

Sekitar 15-20 minit ke bandar Seremban dan ke KLIA

Sangat laku keras untuk disewakan terutama nya di kalangan pekerja KLIA

Keluasan tanah sekitar 2486sqft

Unit corner nie jarang jarang sket untuk diperolehi 

Hampir hampir siap untuk disempurnakan sebagai sebuah rumah basic house

Yuhuu 😀


Ir. AJAK





28 July 2018

Stok tiles

STOK TILES SUDAH SAMPAI UNTUK RUMAH BUSUK


Apabila cuti weken sudah pasti akan layan rumah busuk sebagai hobi yang tidak menjemukan

Ejas ejas masa dengan pelbagai aktiviti family


Progres bertambah lagi bagi proses ubahsuai di dalam sebuah rumah busuk

Sudah mula untuk memasang tiles lantai 

Salah satu elemen yang sangat penting ialah memasang tiles:

  1. Lantai
  2. Lantai dapur
  3. Lantai porch
  4. Lantai tandas
  5. Dinding tandas
  6. Table top di dapur
  7. Dinding table top


Pemilihan warna juga berbeza untuk sesuaikan keadaan 

Malah untuk tampilkan sedikit kelainan di dalam tandas dengan menggabungkan beberapa warna iaitu:

  1. Lantai warna lain
  2. Dinding ada gabung 2 warna 
  3. Jalur dinding untuk letak water heater & paip air


Nak bagi sempurna juga agak memeningkan kepala

Tapi keadaan ini jika dibuat dengan sebaiknya akan menghasilkan suasana yang sedap mata memandang (nampak cantik di mata saya lah)


Di lantai porch dijangka akan menggabungkan 2 warna pilihan

Kekadang nak pilih warna tiles pun akan buat kepala pusing dan penin ... penin nak pilih warna nya

Korang ada pengalaman pilih warna tiles ?

Yuhuu 😀


Yang paling penting ialah dengan pemasangan tiles akan membolehkan penilaian kepada rumah busuk boleh meningkatkan nilaian harga pasaran rumah tersebut ... jangan tak tahu yer😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





25 July 2018

Separa

PERUBAHAN WAJAH RUMAH BUSUK KEPADA SEPARA RUMAH WANGI


Kita saksi kan gambar dari rumah busuk kepada separa rumah wangi

Ramai yang pandang sebelah mata kepada rumah busuk nie dolu dolu

Positif kan minda bahawa rumah busuk boleh di transformasikan

.

.

Itu lah hasrat saya sewaktu mahu memiliki unit unit ini

Jiran mula bertanyer soalan itu dan ini apabila rumah sudah nampak wangi

Ada yang tanyer nak duduk sendiri ker

Nak disewakan ker rumah ini

Tak kurang juga ada yang berhasrat mahu memiliki rumah yang sudah nampak separa mewangi

Itu lah hakikat yang ada pada rumah wangi sebenarnya

Wajah rumah wangi lebih mudah untuk menarik pandangan mata semua 

.

.

Mungkin begitulah juga keadaan nya dengan rumah yang sudah mewangi 

Ramai yang minat untuk melamar apabila sudah sempurna siap kemudian kelak

Patut lah juga semua pengasas produk kecantikan boleh menjadi kaya raya yer ... sebab ramai yang tertarik dengan wajah "yang cantik mewangi”


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk










24 July 2018

Ayam

1 tray penuh

Ayam n sayuran

Semua peha jer

Sedap nie

.

.

Sos tiram minyak zaiton lada hitam kiub ayam bawang putih halia

Mabeles sedap