10 August 2018

Aktiviti

AKTIVITI RUMAH BUSUK BERJALAN


Esok bermula hujung minggu

Nak hujung minggu jer mesti hati girang

Girang sebab apa tur ?

Sebab bleh layan hobi hartanah rumah busuk ler


Dijangka minggu depan

Nak mulakan di lokasi yang baru

Rumah yang agak uzur n usang

Memang busuk ya amat lah

Atap pun dah terlopong terus nampak ke langit


Kes ini dijangka boleh disiapkan anggaran pada hujung bulan depan september

Pelan pelan kayuh

Janji sampai ke destinasi yang dituju

Barang kelengkapan binaan dah mula di angkut ke lokasi rumah busuk ... penuh selori beb

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





08 August 2018

3 buah ...

3 BUAH RUMAH BUSUK TELAH SIAP PASANG KITCHEN KABINET 


Lewat petang semalam 

Telah siap pasang 3 buah rumah busuk dengan kitchen kabinet 

Simple jer lah

At least dapat digunakan pada ruang dapur yang comei ini

Gambo kurang jelas kerana kontraktor yang hantar melalui wasup

Suka tengok dah sempurna dah

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk









06 August 2018

04 August 2018

Santuni

MENYANTUNI TETAMU RUMAH BUSUK


Memang padat jadual rumah busuk saya today sabtu

Ke lokasi rumah busuk untuk menyantuni tetamu rumah busuk

Beliau dan pasangan serta anak anak datang meninjau keadaan rumah busuk 

Saya layan jer

Kelmarin dah buat apoitment 

Makan kami jadikan pada hari sabtu today 

Nego nego harga bagi jadik

Bagi sama sama dapat kata persetujuan

Saya suka untuk memberi manfaat kepada insan lain

Saya nak offer diskaun belas ribu jugak lah

InsyaAllah 

Bagi sama sama tosonyum riang

InsyaAllah

Amin

😀


Ir. AJAK





Tahlil

TAHLIL


Dalam kesibukan melayan hobi hartanah rumah busuk

Masih sempat diselitkan untuk hadir majlis tahlil/yasin rumah jiran

Ukhwah silaturrahim perlu dijaga

Barulah cantek keadaan nya

Cuba seimbangkan semuanya

Takkan asyik nak layan rumah busuk jer

Tak gitur kawan

😀





Teruja

MULA PASANG TILES LANTAI UNTUK RUMAH BUSUK


Kes rumah busuk yang di sanun plak

Girang hati tengok dah mula pasang tiles untuk lantai

Pasang tiles untuk sebuah rumah busuk

Mesti akan wangi nanti

Berkilat memancar mancar pada tiles rumah nie


Warna yang lembut menampak kan ruang menjadi luas

Malah akan nampak bersih jer

Saya suka tengok keadaan begini

Harap tempoh sekitar 2 minggu rumah akan siap pasang tiles dari porch sampai ke dapur


Weken begitu jadual memang padat melayan aktiviti hobi hartanah rumah busuk

Today dan esok memang amat mengujakan

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





03 August 2018

Siap dah

DAPUR RUMAH BUSUK


Lewat potang semalam

Siap pasang 2 ruang dapur rumah busuk bagi set rumah yang berbeza lokasi:

  1. Table  top
  2. Kitchen kabinet atas
  3. Kitchen kabinet bawah
  4. Hood
  5. Dapur gas


Pemilihan kali ini dengan gabungan warna tiles warna hitam, kabinet gabungan warna hijau dan putih

Tetiba masa order nak pilih warna hijau

Tak tau lah sesuai ker idak dengan kehendak para gegurl untuk memasak di dapur 

Kasi yuhuu satu kali 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk








02 August 2018

Bedebor

BEDEBOR SAYA 


Santai potang nie

Wife saya cakap “mama nak buat keputusan” ... bedebor saya ... yuhuu😀





Pasang

Kontraktor hantar gambar
Sedang pasang kitchen kabinet 
Okey warna nie
.
.
Lokasi rumah yang depan taman tur
😀



Hadapan

RUMAH BUSUK HADAPAN TAMAN PERMAINAN TUR


Teres 2 tingkat

Unit tengah

4 bilik

3 bilik air

Saiz 22x70

Freehold

Lokasi Seremban

Sekitar anggaran 15 minit dari Masjid Negeri & Stesen Komuter Seremban


Sedang dalam proses renovation pada peringkat akhir

Dijangka akan siap sepenuhnya renovated pada pertengahan bulan ini

Ada plaster siling dan table top serta kitchen kabinet 

Lantai tiles pada porch dah siap pasang 

Awning pun dah ada

Seluruh rumah dah ada tiles

Malah di depan pagar pun ada tiles 5 kaki

Kat belakang dapur dah extend

Akan dicat semula sebuah rumah ini


Hadapan taman permainan dan berhampiran surau

Sudah pasti ada add value

Hot area nie 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk