08 September 2018

Dap

Dap gak😀👍





Soppink koi

Soppink ikan koi lagi

Tapau 14 ekor

Beratus jugak abis

Layan hobi gak nie

Adoii😀





Bilik

TAMBAH BILIK KAT TINGKAT ATAS RUMAH BUSUK


Cer korang tolong kongsikan pengalaman korang gak

Apa yang boleh kita dapat dengan menambah bilangan bilik lagi

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





05 September 2018

Tak mudah ...

BUKAN MUDAH NAK LAYAN RUMAH BUSUK


Macam macam senario perlu di lalui apabila melayan rumah busuk

Kena ada semangat 

Kena ada matlamat

Kena ada usaha yang gigih

Kena ada support


1. Kena ada ilmu:

Makner kata kena ada hala tuju

Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat

Kutiplah ilmu dari buku, ebok, pergi seminar berkaitan hartanah dan kewangan

Cedok lah mana mana sumber ilmu yang ada


2.Nak cari rumah busuk:

Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer

Kat mana nak cari listing nya

Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk

Nak mencari lokasi rumah tur lagi

Kekadang cari cari tak jumpa plak rumah tur walaupun ada alamat yang diberi ... rupa rupa nya salah alamat


3. Dapat kan semua info rumah busuk:

Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan

Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk

Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya

Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah


4. Proceed miliki rumah busuk:

Dah ada ilmu

Dah cari rumah busuk

Dah ada info

Apa lagi tunggu

Proceed lah untuk memiliki rumah busuk


5. Jika ditakdirkan gagal:

Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain

Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju

Jangan lah kecewa sampai guling guling 

Itu perkara biasa

Cari unit lain

Cari kes yang lain pula

Cuba lagi jangan putus asa yer


6. Wangi kan rumah busuk:

Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga

Ada yang teruk sangat keadaan nya

Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna 

Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah

Itu rezki namanya


7. Modal:

Ini ramai yang mengeluh

Ini masalah semua orang

Masalah saya juga

Modal nak deposit 

Modal kos agent

Modal kos lawyer

Modal kos valuer

Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)

Modal nak repair rumah busuk


Jika di kaji semua senario

Terus terang saya cakap

Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie

Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan

Itu belum masuk isu yang pasangan memasing tak support pagi ker ... lagi leceh weh 

Betoikan 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





02 September 2018

Sedap

Order dah sampai

Alhamdulillah sodap nie












Santai

Santai santai di potang ahad bersama family ...

Sembang sembang dongan kidos ...

Sambil tunggu order ...





Jangan culas

JANGAN CULAS BUAT BAYARAN KE KONTRAKTOR RUMAH BUSUK


Cepat masa berlalu

Today kita dah berada di awal bulan September 2018

Dah kira masuk tiga suku tahun ini masa berlalu

Pantas jer rasa nyer

3 bulan jer lagi dah nak habis tahun 2018

Saya senantiasa berfikir melibatkan masa

Kerana dalam konteks transaksi rumah busuk

Masa itu melibatkan wang ringgit dan unit rumah busuk itu sendiri

.

.

Dalam bulan ini 

Memang mulakan projek yang baru pulak

Rumah busuk yang lain

Sajer nak citer kat korang

Bayaran kepada kontraktor rumah busuk mestilah teratur dan tepat

.

.

Barulah kerja yang dibuat pun mengikut jadual

Jangan culas untuk membuat bayaran

Kerana kontraktor perlukan modal untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja

Jika kita sebagai owner lembab membayo

Mungkin boleh sebabkan kelewatan untuk siapkan projek ubahsuai rumah busuk kita

.

.

Dari awal awal lagi perlu letakkan bajet untuk rumah busuk

Dari masa ke semasa pihak kontraktor akan minta bayaran progres kerja

Jangan lah runsing apabila diminta untuk membuat bayaran apabila tiba masa nya

Betoikan 


Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






01 September 2018

Jari ...

JARI JEMARI BANTU LAYAN RUMAH BUSUK


Tetiba jer nak jiwang petang nie ...


Nie lah jari jemari:

  1. Yang selalur masak di dapur
  2. Yang membasuh kain
  3. Yang gosok baju
  4. Yang mengemas rumah
  5. Yang membelai jika saya sakit penin
  6. Yang lain lain nyer


Yang dulu nya jari jemari yang lembut sebelum kami berkahwin

Kini ada sedikit kurang lembut berbanding sekitar 17 tahun yang lalu


Nie lah jari jemari yang saya perlu hargai

Nie lah jari jemari yang perlu saya kagum

Nie lah jari jemari yang kerap kali membantu saya melayan hobi hartanah rumah busuk


Doa saya agar ALLAH mempermudahkan segala urusan kami seharian

InsyaAllah 

Aamin


Ir. AJAK





Riadah

Merecik peluh jantan ...





Jutaan

POTENSI RUMAH BUSUK BERNILAI JUTAAN RINGGIT DI MALAYSIA


Dari pengalaman yang di usahakan selama ini

Dari pengamatan saya lah sejak bertahun-tahun terlibat secara langsung dengan hobi hartanah rumah busuk

Rumah busuk yang berada di pasaran seluruh malaysia ini bernilai jutaan ringgit


Boleh dikatakan setiap tempat lokasi di Malaysia ini terdapat rumah yang terbiar sebegini

Ada yang nampak terlalu usang dan ada yang masih ber keadaan baik yang boleh dibaiki

Rumah ini ditinggalkan terbiar dengan pelbagai faktor yang melibatkan tuan punya rumah tersebut 


Potensi rumah busuk ini sangat besar jika diambil peluang dengan sebaiknya

Jom sama sama kita fikirkan usaha murni ini

Dalam masa yang sama pasti dapat memberi manfaat kepada insan lain samada secara langsung atau pun tidak langsung 

Itu jer nak cakap

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk