15 October 2018

Tandas ...

ROSAK DALAM TANDAS RUMAH BUSUK


Nampak sangat teruknya 

Rosak dah tandas rumah busuk nie

Kotor nya tak bleh nak cakap lah

Dengan tiles lantai pun dah pecah

Memang rosak abis lah nie

Silap haribulan ... lubang najis pun sumbat

Tak mudah layan rumah busuk nie

Semua nak dibaiki sebaiknya

Penin kes kes macam gini

Namun nielah yang dinamakan layan hobi

Orang lain tak suka buat

Saya yang buat

Macam terasa pelik gak

Ada juga yang dijumpai bahawa kontraktor pun membebel kena buat kerja lebih dan bayaran pun nak tinggi... demand harga lah tur

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





14 October 2018

13 October 2018

Peluh ...

Aktivi keluarkan peluh di pagi cuti sabtu

Cuti filter tanki kolam ikan

😀





Kotor

KOTOR NYA LANTAI RUMAH BUSUK


Mak aiii

Kotor nya lantai di dalam rumah busuk

Geli tengok

Berbau plak tur .... eeeeeeeeerk


Gini lah keadaan rumah busuk

Bukan mudah nak mewangikan rumah yanh memang sebenarnya busuk

Hati kena kental

Jiwa kena kuat

Team dah lah kena disengat dengan lebah ... fobia beb

Adudu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





11 October 2018

Diserang

DISERANG LEBAH DALAM RUMAH BUSUK


Adus

Kasihan team saya hari ini

Cuba nak halau sarang lebah dalam rumah busuk

Tapi diserang lebah pulak tur

Dah minta jiran jiran jugak tutup pintu n tingkap

Nie lah antara risiko melayan hobi hartanah rumah busuk 

Adudu 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




Lebah

PECAH MASUK KE DALAM RUMAH BUSUK


Team “Ir. AJAK” pecah masuk ke dalam rumah busuk

Sebuah rumah busuk unit corner lot

Sekeliling rumah memang semak samun

Rumah agak uzur

Pada hemat saya rumah telah agak lama di tinggalkan oleh owner


Dalam satu sudut dalam rumah pada siling ada sebuah sarang lebah ... nak ambil honey tak berani takut kena serang dengan kumpulan lebah

Diluar tingkap pun tumbuhan menjalarkan dah panjat naik

Payah jugak nak bersihkan rumah ini

Lokasi sedang hot buat masa ini

Gini lah layan hobi

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





10 October 2018

Pagar

PASANG PAGAR RUMAH BUSUK


Rumah busuk makin nampak mewangi

Dah siap pasang pintu pagar

4 daun semuanya

Akan pasang autogate dalam masa terdekat ... senang nak buka n tutup pintu pagar ... tak payah dari kereta nak keluar masuk untuk buka pagar dan buka pagar ... permudahkan urusan dan mungkin boleh menjimatkan masa 


Saya suka tengok rumah busuk makin mewangi nie

Satu satu perkara yang akan saya make up menjadi sebuah rumah busuk makin mewangi 

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





05 October 2018

7 tips

MINAT HOBI RUMAH BUSUK TAK BOLEH DI PAKSA

7 TIPS


Minat terhadap hobi hartanah rumah busuk tidak boleh kita paksa paksa

Memang perlu dipupuk sebaiknya sampailah terasa serasi dengan jiwa memasing 


Kerana melibatkan beberapa perkara antaranya 7 tips berikut:

  1. Perlukan modal ... perlu untuk memikirkan punca modal yang boleh digunakan
  2. Perlu kan masa ... memang akan menggunakan sebahagian dari masa aktiviti harian kita
  3. Perlu ada minat ... tanpa minat maka aktiviti ini akan dirasakan terlalu membosankan
  4. Perlu mendapat sokongan pasangan ... jikalau pasangan yang kurang faham ... memang dia akan kuat bebel weh😀
  5. Perlu senantiasa bersabar ... apa sahaja situasi yang ada perlu lah bersabar kerana ada berbagai keadaan
  6. Perlu kreatif kadangkala ...almaklum jer lah rumah dalam keadaan yg uzur gitur ... maka kadangkala perlu berfikir lebih sket laaa
  7. Perlu ada networking ... jika ada peluang... binalah networking kerana melibat pelbagai pihak


Perkara ini memang perlu diambil kira

Perlu ada perancangan yang rapi

Jangan main belasah jer yer

Sekadar pandangan saya sahaja😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota: pada gambar bahagian dapur rumah busuk dah mula siap ... next week nak pasang kitchen kabinet plak cadang nyer ...😀






04 October 2018

Sedih

SEDIH


Saya pagi ini ingin menzahirkan rasa yang amat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada 6 anggota bomba yang terkorban sewaktu operasi menyelamat malam semalam

Ujian besar kepada keluarga mereka

Allahuakbar 

Saya mendoakan agar roh mereka akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman ... InsyaAllah 

Al Fatihah 

Mereka adalah WIRA NEGARA





02 October 2018

Cadangan

"HOUSE FOR SALE"


Cadangan saya macam nak jual rumah ini

Sedang proses renovation

Rumah telah hampir sempurna diubahsuai  dengan progress sekitar 95%

Saiz rumah 18x60

Rumah teres

Landed unit tengah

Leasehold masih berbaki sekitar 70 tahun

Lokasi Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan

3 bilik tidur

2 bilik air/tandas

Fully tiles

Porch kereta

Table top & Kitchen kabinet saya dah tempah

Plaster siling

Kipas sebuah rumah

Aircon 2 biji

Autogate

Gril n pagar

Pintu kayu

Water heater

Berhampiran dengan semua kemudahan kerana sudah matang

Hanya sekitar 15 minit ke pusat bandar seremban

Jika berminat untuk memiliki rumah ini ... boleh inbox pm direct saya

Saya cuba untuk beri peluang kepada semua yang berminat

Bulan ini oktober akan siap

InsyaAllah

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk