04 February 2019

Ketenangan

Ketenangan yang ku cari ...





Nak bertolak

MENUJU KE MEKAH


Nak gerak ke Kota Suci Mekah Al Mukaramah potang nie ... doakan kami yer

Kota Suci Madinah Al Munawarah yang memegang jasad Nabi Muhammad s.a.w senantiasa akan dirindui selalu

Moga ada peluang untuk kami datang ke sini lagi InsyaAllah Amin




Kidos

ANAK ANAK


Terima kasih kepada isteri tersayang

Mengandung 9 bulan dan melahirkan 4 orang anak lelaki yang sempurna

Alhamdulillah setinggi kesyukuran

Moga akan jadi saham kami suami isteri

Bekalan di sana kelak

Itulah doa kami selalur 

InsyaAllah Amin




03 February 2019

Quba

MASJID QUBA


Alhamdulillah 

Sholat sunat di sini pagi nie

Fadhilat pahala seumpama mengerjakan ibadah Umrah





Makam

MAKAM RASULLULLAH S.A.W


Saya dah sampaikan “Salam” kalian kenkawan

Pada awal pagi sekitar jam 2am pagi waktu madinah

Saya juga mendoakan agar kalian semua ber peluang jua untuk menjejak kaki ke bumi Madinah Al Munawarah bagi kali pertama atau untuk kesekian kalinya

Mohon Amin kan yer


Sebaik sahaja saya meletakkan luggage di bilik

Bersihkan diri Ambil wuduk

Terus melangkah ke Makam Rasullullah s.a.w


Alhamdulillah Kerinduan terubat

Menitis airmata berjurai membasahi pipi

Diberi peluang untuk hadir ke sekian kali nya di sini

Allahuakbar 






Raudah

RAUDAH


Taman Syurga

Saat yang sangat indah

Bermunajat kepada NYA

Memohon segala yang dihajati

Antara lokasi yang mustajab untuk berdoa

Lewat malam sekitar jam 2am pagi

Nampak khusyuk anak2 beribadah atas karpet hijau ini

Walaupun bersesak untuk mendapat ke sini

Alhamdulillah ada sedikt ruang untuk kami di sini

Mengalir air mata kerana di beri peluang ke sekian kalinya untuk hadir ke sini

Tetiba air mata deras mengalir di pipi

Allahuakbar 








02 February 2019

Umrah

UMRAH


Asalamualaikum .. Saya, wife & anak2 dijadualkan akan mula bertolak bermusafir ke arab saudi petang ini sabtu 2hb feb tujuan Ibadah Umrah .. masuk ke Madinah dahulu .. kesempatan ini kami memohon ampun & maaf .. doakan kami selamat pergi balik, dipermudahkan urusan ibadah n perolehi umrah yang mabrur .. InsyaAllah Amin


From: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin (Ir. AJAK) & Family





01 February 2019

Usaha

USAHA UNTUK MEMILIKI RUMAH BUSUK


Usaha tanpa jemu

Usaha kena mantap

Usaha tak hirau apa orang nak cakap

Usaha sampai jadik


Rumah memang busuk

Rumah memang hancus

Rumah lebih 15 tahun ditinggalkan 

Rumah dah usang weh


Segala usaha sedang dilakukan untuk memiliki unit yang ini

Tuan rumah telah dapat dihubungi

Cuma saya belum kesempatan ketemu

Nak pujuk agar diberi peluang untuk memiliki unit yang ini

Moga Allah bukakan jalan

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Semut

Saya duk lepak santai di tepi kolam
Wife hantar plak kopok
Nie yg buat abang makin sayang
Bersemut lah hai😀



Jiwang