06 July 2019

Blind

BLIND PADA TINGKAP UNTUK DAPUR RUMAH BUSUK


Okey jugak guna blind nie

Ada beberapa keadaan:

1. Tutup penuh

2. Tutup separuh

3. Buka habis

4. Tutup tapi buka cahaya 

5. Buka separuh tapi buka cahaya melalui jaluran itu


Okey lah boleh tukar tukar mood berada di dapur

Betoi kanπŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk












04 July 2019

Langsir

LANGSIR UNTUK RUMAH BUSUK


Dah pasang langsir pada sebuah rumah busuk

Okey ker ?


Ini gara gara wife saya laa nie

Dia singgah kat butik di bando seremban

Dah minat n hati berkenan

Tetiba jer tempah kat butik tur


Saya tukang bayo jer laaa

Adudu πŸ˜€

Tapi nampak sempurna rumah nie


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk












02 July 2019

Kalah lagi

KALAH LAGI BIDAAN LELONG RUMAH BUSUK


Kalah tur dah biasa beb

Menang tur luar biasa keadaan nya

Ramai pembida yang berminat

Difahamkan 20 pembida yang masuk kes lelong ini pagi tadi

Ramai yang berminat unit ini

Saya minta bantuan rakan mewakili saya kerana saya sedikit uzur tidak berkesempatan untuk hadir ke dewan lelongan

Senarai unit yang lain memang ado lah


Kes ini

Harga rizab RM65k asal pada iklan POS

Harga rizab baru ditetapkan RM75k pagi ini

Naik ke RM90k

Naik ke RM110k

Naik ke RM120k

Naik ke RM125k

Panggilan RM125k pertama

Panggilan RM125k kedua

Panggilan RM125k ketiga

TUKUL DIKETUK

Pemenang dengan harga RM125k

Confirm 


Kalah lelong untuk kesekian kalinya sejak bertahun tahun dahulu lagi dah

Dah biasa kalah pun

Dah bisa alah biasa

Semua aturan yang ditetapkan dengan izin dari ALLAH jua

Kita kena belajar untuk redho

Mungkin rezki untuk orang lain pula


Minggu lepas saya beli 10 banker cheque saya beli

Hanya berpeluang menang 2 unit sahaja

Kekadang ada mood untuk masuk lelong

Kekadang terasa malas jer


Stok rumah busuk untuk tahun depan 2020 dah mula disusun sebaiknya sejak dari awal awal tahun 2019 lagi

Rumah yang ada stok di dalam tangan dalam keadaan yang “agak uzur” seadanya dan boleh dikatakan sangat buruk


Keadaan yang tidak boleh didiami sebelum di baiki atau ubahsuai

Nak susun modal bagi tujuan mewangi rumah busuk .. yang itu memang ado masalah

Isu modal ada isu sejagat

Modal ciput saya nie ... malu saya ... hahahaha πŸ˜€


Jangan stress

Jangan tension

Jangan gelabah

Jangan nak marah marah

Tenang tenang sahaja tau

Rilex santai bro sambil membelai ikan baby koi di kolam


Kalah hari ini tidak membawa maksud akan kalah selamanya pada hari hari ke hadapan kelak

Esok esok boleh ushaa unit lelong yang lain pula

Setiap hari ada jer kes lelongan

Cuma lokasi dan unit berbeza 

Pasti harga rizab juga berlainan

Keadaan unit dilelong pun berbeza

Ikut pemandangan mata memasing

Tenung tenung bagi hadam


Terima kasih kepada kalian yang senantiasa menyokong dan mendoakan saya

Kalian sumber inspirasi saya

InsyaAllah AamiinπŸ˜€πŸ‘


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Order

ORDER LAGI


Order lagi 4 biji

Berat 7kg

Sebab semalam makan terasa sodap

Kuat bonar tarikan duriyan nie

Adudu πŸ˜€





Manfaat

RUMAH BUSUK


Dah agak lama saya menulis perihal rumah busuk

Macam macam cerita saya tulis

Sejak dolu dolu bertahun dah

Follower saya tak lah ramai baru lebih sket 26 ribu jer


Pasti sedikit sebanyak kalian akan dapat manfaat dari tulisan saya yang tidak seberapa

Betoikan ?

Saya berkongsi pengalaman yang saya ada

Bukan ceriter teori atau tin kosong yer


Komen sket tentang RUMAH BUSUK

Bahawa sa nya yang korang pernah mendapat manfaat dari perkongsian saya

YuhuuπŸ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Dinding rumah busuk yang sudah terlopong πŸ˜€


#rumahbusuk






01 July 2019