06 September 2019
05 September 2019
Pecah lagi
TIAP BULAN PECAH KAN DINDING RUMAH BUSUK
Dalam proses untuk mewangikan sebuah rumah busuk
Sudah pasti akan berlaku pecah sana pecah sini
Macam tak boleh nak di elakkan
Tambahan pula jika nak ubah ruang bagi besar
Nak tambah ruang dapur bagi lebih selesa digunakan
Nak ubah kedudukan bagi lebih sempurna
Jika rumah yang dah uzur lagi lah payah nak lakukan
Kekadang ada rumah asal yang perbagai bentuk
Konon nak bagi moden sket
Tur yang pecah pecah tur
Layan jer lah kan kan
Memang kotor
Memang serabut
Memang berhabuk
Bising plak tur
Tur lah cara nak bagi cantek dan wangi sesebuah rumah busuk
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
04 September 2019
03 September 2019
Biodata
BIODATA Ir. AJAK
HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Berkenalan:
Lebih 1 tahun saya tidak update biodata saya kepada anda kalian semua yer
Hari ini saya nak tulis mengenai biodata diri saya yang lebih dikenali dengan “Ir. AJAK HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK”
Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua friend yang hampir berjumlah 5 ribu dan follower saya yang dah cecah lebih 29 ribu
Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya
Maybe ada yang belum kenal saya lagi
Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda kalian semua
Tak gitur 😀
Biodata:
Ini biodata lengkap saya
Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin
Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Rumah Busuk
Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak
Umur dah 45 Tahun weh
Anak sulong dari 5 orang adik beradik
Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor
Kerjaya: Jurutera Awam
Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir. (Berdaftar BEM, IEM),Tahun 2010
Hobi: Hartanah Rumah Busuk
Karya Buku telah diterbitkan: HOBI HARTANAH
Status: Berkahwin dah ada kidos 4 orang
Asal: Teman Orang Perak
Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak
Sekolah menengah:
Seri Teja Gopeng Perak
Raja Chulan Ipoh Perak
Menetap: Di Soromban, Noghori Sembilan
Saya insan biasa:
Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong di dalam pelajar yang hebat ... saya jenis biasa biasa jer
Ikon Hartanah: AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah sekali jer tersiar
Siaran: pernah ada sekali tersiar di portal
1. Halalmoney
2. Gilahartanah
3. Siakapkeli
Siri Speaker ceriter rumah busuk:
1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi
2. Viva Hartanah Perak
3. Seremban Investor Team
4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil
- Grand Seminar SIT
Pengalaman:
1. Telah membeli hartanah yang uzur buruk (rumah busuk) sejak bertahun dahulu secara aktif sehingga ke hari ini
2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun dahulu sehingga lah pada hari ini jugak
3. Setiap 2/3 bulan akan siap mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi
4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook saya
5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui personal coaching tentang transaksi rumah busuk
Harapan saya:
Agar dapat memberi manfaat kepada seramai ummah melalui aktiviti rumah busuk
Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk merealisasikan cita cita saya ini
Saya meluangkan masa, tenaga, wang ringgit ke arah ini
InsyaAllah
Fakta:
Fakta yang perlu korang tahu
Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling"
Saya segan untuk ketemu dengan orang
Hobi lain suka memelihara ikan koi ... ada beberapa kolam simen di halaman rumah saya
Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong dengan family jika ada kesempatan & modal ... dengan izin dari NYA ... dah pernah bermusafir dan sampai di london, paris, jakarta, bali, medan, bandung, vietnam, hong kong, macau, korea, jepun, beijing, yiwuu, romania, venice, milan, switzerland, thailand, mekah & madinah ... ada beberapa lokasi yang saya pergi berulang ulang kali saban tahun kerana takjub
& teruja dengan bumi ciptaan ALLAH
Kenkawan:
Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur
Yang dah kenal saya tur
Kat maner korang tahu tentang saya yer
Atau kita pernah ketemu & selpie ... cer tempek gambo sket di ruang komen
Cer citer sket😀
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
02 September 2019
Delivery
Layan hobi
Baby ikan koi
Tapau semua 10 beg😀
Special order delivery direct from ipoh to soromban
Soppink di hari coti
Hehehehe 😀
Take 5
Partime job di coti hujung minggu
Riadah keluarkan peluh
Take 5 jap
Matohari pun dah paneh
Ado sket lagi nak abis potong
Hahahaha 😀
Tingkap
TINGKAP KACA UNTUK RUMAH BUSUK
Tingkap kaca rumah busuk
Dah sampai ke lokasi
Sebahagian stok untuk rumah busuk
Guna tingkap kaca aluminium frame tinted warna hitam
Ada yang jenis sliding tolak ke kiri & kanan
Ada yang jenis tolak ke depan & luar
Ikut kesesuaian tingkap nak guna
Apabila dah dipasang tingkap nanti pasti akan nampak lebih sempurna lah rumah yang nie
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
01 September 2019
Rumah busuk lagi
MAAL HIJRAH MULA KAN KES RUMAH BUSUK
Salam Maal Hijrah
Moga ada keberkatan untuk kita semua
Moga yang kita buat akan dapat memberi manfaat untuk ummah sekalian
Sama sama kita usahakan
Weken cuti panjang nie
Mulakan kes yang baru
Rumah memang sangat busuk
Erkkkk tak suka busuk
Hahahaha 😀
Kontraktor dah mula nak bersih kan rumah
Dah terangkan semua apa yang patut dibuat
Nak wangi kan sebuah rumah
Target tempoh 60 hari / 2 bulan
Dapat disiapkan sebuah rumah ini
Unit teres 1 tingkat unit tengah
Nak jadikan:
3 bilik tidur
2 tandas
Ada porch
Dapur extend ke belakang
Siap table top
Kitchen kabinet
Lampu downlite
Lantai tiles
Pagar & gril
Memang semangat layan hobi hartanah rumah busuk nie
3 biji jalan serentak
3 team yang berbeza
3 lokasi yang berbeza
Kasi yuhuu 1 kali
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Maal hijrah
SALAM MAAL HIJRAH
Malam tadi
Saya kesempatan untuk hadir
Moga ada sinar untuk saya Ir. AJAK “berhijrah” ke arah lebih baik
InsyaAllah
Aamin
😀