Pepetang ahad weken
Sekadar menikmati secawan milo panas
Sambil menikmati pemandangan yang menghijau atas train meluncur laju
Santai 😀
Pepetang ahad weken
Sekadar menikmati secawan milo panas
Sambil menikmati pemandangan yang menghijau atas train meluncur laju
Santai 😀
HATI BERBUNGA BAK MAWAR MERAH LIHAT PORCH RUMAH BUSUK
Kontraktor bagi mesej dan gambo
Porch dah mula dicat cantek mewangi
Saya tengok melalui gambo jer
Tak kesempatan nak gie lawat rumah kes yang ini dek kerana kekangan waktu
Hati dah berbunga bunga tengok porch rumah busuk bak menengok awek yang ber make up bagai touch up setebalnya
Rasa chomei jer porch nie
Alahai
Ehhh macam saya bercintan cintun ngan rumah busuk plak yer
Nak tanyer korang ... okey ker warna cat yang di pilih nie ?
Simple dan selesa untuk digunakan porch sebegini
Senang nak parking masuk kereta
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
BAYARAN WANG KEMAJUAN KEPADA KONTRAKTOR RUMAH BUSUK
Cepat masa berlalu
Today kita dah berada di awal bulan November 2019
Dah dikira hampir ke penghujung tahun
Pantas jer rasa nyer
Kurang 2 bulan jer lagi dah nak habis tahun 2019
Saya senantiasa berfikir melibatkan masa
Kerana dalam konteks transaksi rumah busuk
Masa itu melibatkan wang ringgit dan unit rumah busuk itu sendiri
Dalam bulan ini
Memang mulakan projek yang baru pulak
Rumah busuk yang lain
Sajer nak citer kat korang
Bayaran wang kemajuan kepada kontraktor rumah busuk mestilah teratur dan tepat pada masa nya
Barulah kerja yang dibuat pun mengikut jadual
Jangan culas untuk membuat bayaran
Kerana kontraktor perlukan modal untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja dah urusan lain
Jika kita sebagai owner lembab membuat bayaran
Mungkin boleh sebabkan kelewatan untuk siapkan projek ubahsuai rumah busuk kita
Dari awal awal lagi perlu letakkan bajet untuk rumah busuk
Susun sebaiknya pembayaran itu
Dari masa ke semasa pihak kontraktor akan minta bayaran wang untuk progres kerja
Jangan lah runsing apabila diminta untuk membuat bayaran apabila tiba masa nya
Betoikan
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Betoi ker nie suku suku separuh
Konon nak mencuba beras perang
Dap giler masak lomak daging salai
Wife masak tau 😀👍
7 SEBAB RAMAI YANG TAK SUKA KEPADA RUMAH BUSUK
Morning monday blues kenkawan
Mesti malas malas pagi nie yer
Permulaan hari selepas weken
Masih dikira minggu pertama november
Sajer nak celoteh sket
Ramai yang suka rumah yang sudah mewangi semerbak harum
Rumah busuk ramai yang tak suka antara sebab nya:
1. Rupa buruk
2. Bau hapak
3. Keadaan kotor
4. Kekadang bersemak
5. Penuh sampah selori penuh
6. Tiada pintu tiada tingkap bumbung terlopong
7. ADA MOMOK tau 😀
Cer korang tambah kan lagi kenapa korang tak suka rumah busuk
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Gambar di bawah
Kes sebenar
Rumah yang telah siap diwangi oleh Team Ir. AJAK
PENUH DAH TILES LANTAI UNTUK RUANG TAMU RUMAH BUSUK
Kes rumah busuk lagi ler
Memang tak der citer bab lain
Girang hati tengok dah mula pasang tiles untuk lantai di ruang tamu
Mesti akan wangi nanti
Berkilat memancar mancar pada tiles rumah nie apabila dicuci kelak
Warna yang lembut menampak kan ruang menjadi luas
Malah akan nampak bersih jer
Saya suka tengok keadaan begini
Harap tempoh sekitar 1 ke 2 minggu lagi rumah akan siap pasang tiles dari porch sampai ke dapur
Weken begitu jadual memang padat melayan aktiviti hobi hartanah rumah busuk tak abih abih yer
Today dan esok memang amat mengujakan
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk