19 November 2019

Tahniah

TAHNIAH ASYRAF 


Tahniah Asyraf

Naik ke atas pentas potang nie

Papa bangga dengan Alang tau 👍


Maafkan papa kerana tidak dapat hadir meraikan bersama 🙏

Tugasan membataskan papa untuk ke majlis itu

Mama berpeluang untuk hadir ke sana yer

Alhamdulillah 😀





Alternatif

RUMAH BUSUK


Untuk memiliki kediaman sendiri adalah impian ramai orang di luar sana


Kemampuan yang berbeza membatas kehendak memasing ... betoikan ?


Ada yang berhasrat untuk memiliki rumah flat, pangsapuri, kondo mewah, rumah teres 1 & 2 tingkat, rumah semi D atau rumah banglo


Namun ada satu lagi pilihan alternatif iaitu  memiliki unit kediaman rumah busuk


Jikalau ada zombi tur ... panggil lah producer & direktor bro mamat khalid untuk buat pengambaran filem “zombi rumah busuk” ... seram  !!!


Yuhuu😆


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




18 November 2019

7 item

7 ITEM YANG DICADANGKAN UNTUK RENO DI RUANG TAMU RUMAH BUSUK


Monday blues lagi 

Macam macam korang yer

Mesti ada yang malas malasan pada pagi nie

Ilex ilex layan jer lah 😀


Kes rumah busuk yang ini berjalan dengan lancar proses ubahsuai

Seperti dalam gambar

Dah banyak progres yang berjalan

Tak lama lagi tur akan siaplah bagi sebuah rumah keseluruhan nya

InsyaAllah 


Item item yang dicadangkan untuk ubahsuai ruang tamu rumah busuk:

  1. Pintu bagi lebar sket: senang nak bawa masuk kelengkapan perabot & barangan elektrik ... contoh katil tidur saiz king gitur 😀
  2. Tingkap yang simple: nak pastikan cahaya masuk ke ruang tamu ... walaupun ruang tamu kita tidak sebesar rumah semi d mahu pun banglo .... cukup untuk keselesaan kita sekeluarga
  3. Plaster siling: terasa kemas jer apabila memandang ke siling rumah ... dapat mengelak juga dari habuk habuk dari bahagian bubuk jatuh langsung ke lantai ruang tamu
  4. Lantai tiles: senang nak menyapu & mengemop ... terasa bersih jer lantai apabila dipijak ... kan kan 
  5. Lampu: pastinya untuk bagi terang apabila waktu malam ... takkan nak duduk dalam gelap gelita ... tak gitur
  6. Kipas: jika cuaca panas adalah angin apabila kipas berpusing ... selesa jika dapat pasang jenis kawalan remote sambil baring di sofa boleh ejas kelajuan pusingan kipas
  7. Socket elektrik: untuk pelbagai kegunaan di rumah tamu .... nak pasang peti tv dan sebagainya ... korang lagi lebih arif


Dengan ada item item yang disenaraikan di atas akan dapat memberikan keselesaan untuk penggunaan ruang tamu

Sekadar pandangan saya sahaja yer

Bukan satu kewajipan untuk melaksanakannya

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





17 November 2019

Kambing

Kari kambing
Wife masak dah macam kat kedai mamak
Perhh sodap lunch nie😀👍




Sedap

Wife beli kat gerai .... yummy😀👍




16 November 2019

Progres

RUANG TAMU RUMAH BUSUK TELAH DIPASANG PLASTER SILING


Rumah untuk kes yang ini dalam progres sekitar 60% gitur

Banyak lagi yang perlu dibuat

Mungkin menjelang cuti krismas hujung bulan depan akan dapat disiapkan sebuah rumah


Ruang tamu rumah busuk yang mewangi

Menjadi idaman ramai orang untuk memiliki ruang tamu yang sesuai

Ruang yang luas

Ruang yang selesa

Ruang yang ada siling yang sempurna

Ruang yang bersih


Ada cukup cahaya yang masuk

Ada plaster siling

Ada lampu

Ada kipas

Ada tingkap untuk melihat luar

Jika dapat dipasang kan aircon lagi lah bertambah sempurna


Dipasang lantai tiles

Dinding warna cat yang menjadi pilihan

Ada pintu yang menarik perhatian mata

Telah dipasang gril untuk tingkap n pintu

Ada bilangan socket elektrik yang mencukupi untuk kegunaan segala peralatan elektrik


Dengan ada nya item item ini akan menjadi lebih sempurna sebuah ruang tamu yang selesa untuk tinggal sekeluarga


Betoi ker saya cakap nie

Siapa yang setuju 

Komen lah sket😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





15 November 2019

Rebut

Memang sedap makan rebut rebut ngan kidos ... abis tak cukup ... order lagi ... Alhamdulillah 




13 November 2019

Perjuangan

BIDAAN RUMAH BUSUK MERUPAKAN PLATFORM PERTAHANKAN PEMILIKAN HARTANAH MILIK ORANG KITA


Saya bercuti rehat today

Sajer mahu kurang kan jumlah cuti rehat yang masih berbaki 35 hari untuk tahun 2019

Bulan depan dah penghujung tahun 2019

Nanti banyak sangat baki cuti tahunan untuk dibawa ke tahun 2020 pulak

Sambil tur saya cuba manfaat kan cuti rehat saya untuk ke dewan lelongan awam 


Rumah busuk merupakan salah satu cara platform untuk mempertahankan pemilikan hartanah milik orang kita

Ini perkara yang yang harus dilihat dengan lebih serius

Saya tekan kan mesti lebih serius yer


Contoh nya:

Hari ini 2 unit hartanah dilelong serentak bagi hartanah sebelah menyebelah dalam satu lelongan awam

Pemilik nya yang sama nama iaitu orang yang sama pada nama rekod

Nama nya dalam rekod carian adalah nama orang kita

Ada 5 pembida yang berminat dengan hartanah ini

Kami bertanding lah


Kami berlawan banyak kali angkat tangan

Sehinggalah harga naik menghampiri 63% dari lebih tinggi dari harga rizab yang asal

Saya menang lelongan untuk 2 unit ini

Saya bukan nak jadik champion

Jika orang kita tidak masuk lelongan dan tidak menang dalam kes ini

Maka kemungkinan besar unit ini akan terlepas ke tangan “mereka” ... maka memang boleh lah terlepas pemilikan hartanah milik orang kita

(Mereka=cha ya nun alif)


Harap kalian boleh faham apa yang saya maksud kan yer

Nak cakap lelebih kang sensitip pulak

Ada yang cakap rasis dan sebagainya

Ini lah perjuangan yang perlu dibuat dan diteruskan oleh orang kita dari masa ke semasa

Ini lah fardhu kifayah yang kita perlu usahakan 

Beri manfaat kepada ummah

Mungkin ini hari dia yang bermasalah sehingga unit hartanah dia terlelong sebegitu


Sekadar catatan luahan Ir. AJAK pada potang ini

Saya sedih apabila banyak hartanah unit orang kita terlelong

Saya sedih tau apabila ada yang orang kita minat dan masuk dewan lelongan 

Tapi malang nya kuasa beli yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dan kalah dengan “mereka”

Apabila kalah di dewan lelongan maka hartanah terjual kepada “mereka”

Masa itu perasaan saya sangat sedih sangat sedih sangat sedih ... itu hak milik orang kita tapi akan lucut secara sah di kamar lelongan awam


Masih jauh perjalanan kita

Masih banyak yang perlu kita perjuangkan

Kemon bangsa ku

Kita berjuang 

Kita terus berjuang 

Terutama hartanah unit orang kita yang berstatus “freehold” tanpa sekatan

Saya Ir. AJAK tiada kemampuan untuk terus berjuang setiap hari kerana kekangan kewangan untuk pemilikan hartanah unit lelongan

Korang boleh masuk lelong dan cuba untuk menang


Tapi saya ada upaya untuk tulis kata kata semangat & nasihat agar untuk kalian terus mempertahankan pemilikan hartanah milik kita dari jatuh ke tangan “mereka” sewaktu lelong

Tolong yer

Saya tidak menang lwlongo tidak mengapa

Janji mesti orang kita yang masuk lelong dan menang setiap kali lelong berlawan dengan “mereka”


Maaf lah tulisan tidak teratur 

Maaf jua jika tulisan saya menguris hati kalian

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini

Janji korang boleh faham dah cukup baik bagi saya

Itu jer nak cakap

Allahuakbar

Jika sudi Mohon kongsi kan agar lebih ramai yang dapat baca dan faham .. InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk