01 December 2019

Singgah

Sempat singgah cari kelengkapan untuk rumah busuk 
Gini lah layan hobi 😀







30 November 2019

Porch

TILES LANTAI PADA PORCH RUMAH BUSUK


Pagi nie rakan kontraktor hantar gambar pada wasup

Progres makin hari makin banyak perubahan 

Tiles pada lantai porch rumah busuk makin mewangi


Nampak luas dan selesa untuk parking kereta apabila dipasang dengan tiles

Girang hati tengok porch gini weh

Rumah yang ini dijangka siap sepenuhnya pada menjelang pertengahan bulan depan


Baki kerja yang tinggal:

  1. Siapkan pasang tiles pada porch
  2. Cat sebuah rumah
  3. Pasang kitchen kabinet 
  4. Pagar & gril
  5. Kerja elektrik lampu & kipas
  6. Tempah langsir & pasang langsir
  7. Masuk meter elektrik tnb


Saya memang tak sabar nak tunggu rumah ini siap sepenuhnya

Bila dah wangi memang syok nak tengok

Layan jer hobi gini

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





29 November 2019

Satey

Tiap minggu mesti nak makan satey 😀





Petai

Sambal udang petai ... sedap nya sayang masak ...berselera abang makan nie haaa 😀



28 November 2019

Nak balik

Dah abih meeting
Nak balik dah
Maghrib kang InsyaAllah sampai rumah
Rindu ngan wife & kidos
😀




27 November 2019

7 elemen lagi

7 ELEMEN NEGATIF YANG DIKENAL

PASTI APABILA MEMILIKI RUMAH BUSUK


Tiada niat untuk menakutkan kalian yer

Sekadar saya nak berkongsi sesuatu yang realiti nya ber potensi untuk berlaku

Malah pada peringkat awal pembabitan saya di dalam hobi ini juga menghadapi masalah yang sama


Antara elemen tersebut ialah:

  1. Keadaan di luar & dalam rumah yang agak uzur malah kekadang sangat buruk busuk
  2. Tiada idea untuk mulakan kerja mewangi rumah yang busuk 
  3. Tiada modal untuk digunakan bagi mewangi rumah itu
  4. Payah nak ketemu kontraktor yang diyakini boleh mewangikan kerja rumah busuk
  5. Memerlukan komitmen masa dari mula proses memiliki rumah busuk sehingga mewangi kan rumah itu
  6. Kurang keyakinan jati diri untuk melakukan transformasi rumah busuk kepada rumah wangi sebgaimana yang dihajati
  7. Pasangan yang kurang bersetuju & kuat membebel


Perkara ini tidak semestinya berlaku pada setiap kes rumah busuk 

Cuma boleh berlaku jer lah

Jika ada peluang untuk mengatasi nya adalah perkara yang baik dalam melayan hobi hartanah rumah busuk


“Ingat rumah busuk ... ingat Ir. AJAK ... tapi Ir. AJAK tidak busuk tau !”

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota: rumah busuk yang di sana telah mula dipasang tiles di dalam tandas ... tandas ini di ubah kedudukan yang asal & keluasan juga di tambah agar lebih selesa untuk digunakan kelak


#rumahbusuk





25 November 2019

Konon nya

KONON TRAVEL HOLIDAY TUR FREE !


Jangan lah cakap travel holiday tur free wei. Nak kencing ke tandas pun kekadang kena bayo 20 sen. Bagai bagai cakap nya dengan layanan vvip konon. Hanya kerana nak promosi kan syarikat/produk yang dijualkan tur. Padahal memang kau dah kerja kuat untuk buat sales bagi capai target & kpi tertentu. Memang kau layak lah nak dapat tajaan sebegitu.


Padahal orang lain pun berpeluang jugak untuk travel merata tempat dengan cara yang tersendiri maybe dengan cara menyimpan dari gaji bulanan atau maybe dapat rezki bonus dan sebagainya.


Yang pasti. Rezki Allah itu luas. Mereka yang berusaha pasti akan ada jalan yang Allah berikan nanti. Teruskan usaha, berdoa &tawkal. Saya pasti itu. Tak gitur. InsyaAllah. Sekadar bebelan dari Ir. AJAK jer yer. Tak der kena mengena ngan sesiapa pun. Alahai 😀


Ir. AJAK 


Nota: sumber gambar hiasan dari carian di google




Ruang dapur

7 ITEM CADANGAN UNTUK UBAHSUAI DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Monday blues setiap minggu

Ceria ceria selalu pada pagi yang indah ini

Camner cuaca di sana pagi nie ?

Saya mendoakan kalian sihat selalu yer


Untuk nampak mewangi 

Mesti melalui proses ubahsuai

Ruang dapur rumah busuk sedang dalam proses ubahsuai lah nie yer


Saya pilih untuk 7 item sahaja:

  1. Lantai tiles sediaada telah dipecah dan digantikan dengan yang baru
  2. Bina table top berbentuk L shape
  3. Pasang tiles bersaiz 2 x 2 berwarna hitam bagi lantai table top
  4. Memasang simple kitchen kabinet bahagian atas & bawah table top ... dah di sukat & tempah
  5. Memasang simple hood & simple built in dapur gas
  6. Ada 2 bowl sinki & paip
  7. Akan rewiring semula bahagian dapur dengan tambah beberapa soket dan kedudukan kipas siling


Kena sabar dalam melalui proses ubahsuai 

Memang leceh nak jalani proses ini

Pasti kaum ibu bersemangat untuk memasak di ruang dapur kelak apabila telah siap mewangi


Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk selepas waktu kerja pejabat

"Ingat rumah busuk ... Ingat AJAK ... Yuhuuu ! ! !"

Korang jangan menyampah plak ... Asyik ceriter umah busuk jer dari saya nie😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





24 November 2019

Kopok ...

Minum potang kat tepi rumah jer

Santai ilex ilex 





Makin nak siap

Progres porch rumah busuk
Apabila tengok sebegini
Hati makin girang
Sebiji sebiji makin menghapiri siap sepenuhnya
Alhamdulillah