08 March 2020

Lunch

MAKAN LUNCH 

Hasil memancing di kolam simen no 2 di halaman rumah 
Wife masak untuk lunch 
Manis rasa isi Ikan segar
Alhamdulillah 😄



07 March 2020

KFC

Kena tunggu 15 minit baru siap goreng ayam ... tunggu yer kidos😄




Loteng

CADANG NAK BUAT LOTENG PADA RUMAH BUSUK


Kes rumah busuk yang ini 

Saya ada bercadang nak buat loteng 

Sajer nak ada ruang pada tingkat atas 

Rumah ini teres unit tengah 

Pada rumah asal 

Pada bahagian tengah ada ruang hala ke siling yang tinggi


Maka cadang nak guna sepenuhnya ruang yang ada

Sekurang kurang nya menambah kan ruang untuk kegunaan pelbagai 

Ruang pelbagai boleh dimanfaat kan letak macam stor atau ruang untuk anak anak belajar dan sebagai nya 

Boleh diertikan dengan rumah teres 1 tingkat setengah 


Actually saya tidak berpengalaman buat macam ini 

Mungkin juga perlu difikirkan:

  1. Kesesuaian ruang 
  2. Kos modal 
  3. Tambah tempoh masa bekerja 
  4. Faktor lain lain 


Korang ada idea ker ?

Ada yang berpengalaman buat loteng ?

Ada gambar contoh ker yang korang dah buat ?

Bantu saya sket 

Mohon kongsi kan pelbagai info yang difikirkan sesuai 

Tolong kenkawan ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk




05 March 2020

Keputusan SPM

TAHNIAH ALONG


Alhamdulillah 

Tahniah kepada Along

Keputusan SPM dah keluar pagi ini

Papa Mama bangga dengan Along

Along menjadi contoh kepada adik adik

Banyak lagi tangga perlu di daki untuk menuju ke puncak 

Papa Mama senantiasa mendoakan 

InsyaAllah Aamin




04 March 2020

Oustation

Outstation 3 hari di Sarawak

Nak balik sudah

Dah mula rindu kat family

Termasuk baby ikan koi jua

😄





Terlopong

TERLOPONG DAH ATAP RUMAH BUSUK


Saya tengok pun dah ngeri kan

Mesti korang pun sama gak

Dah terlopong atap rumah busuk

Nampak terus dada langit yang cerah 

Kerja baru nak bermula 


Nie lah realitinya layan hobi hartanah rumah busuk

Semua masalah akan cuba dihadapi

Bukan semudah disangka untuk layan hobi yang sebegini

Hati perlu kental selalu yer 

Jangan hati tisu udah ler

Maka tak bleh siap rumah nanti 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk




02 March 2020

Nak ker

BOOK RUMAH BUSUK Ir. AJAK BOLEH KER ?


Monday blues pagi nie

Mesti korang bermalas malasan kan untuk gie keje 

Rumah ini baru siap progress 93%

Belum siap sepenuhnya 

Ada bahagian kena touch up sket lagi

Sampai lah saya puas hati baru lah dikira siap

Ini lah namanya layan hobi


Ada yang bertanya kepada saya Ir. AJAK

“Nak book rumah busuk Ir. AJAK boleh ker?”

Belum siap lagi rumah nie 

Saya nak pasang water heater dalam tandas pulak

Nanti senang nak mandi guna air panas pepagi jika cuaca sejuk gigil 

Tak gitew!


Korang suka ker rumah gini ?

Tak ensem tak per

Janji ada rumah busuk 

Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk












01 March 2020

Rumput

KERJA PART TIME 


Kerja part time hari ahad

Dikabarkan wife nak bagi upah 

Siap cakap lagi 

Kasi potong rapat rapat rumput tur 

Tak mau lopong lopong potongnya 

Amboiii banyak hal laaa plak !

Layan riadah kasi keluar peluh ðŸ˜„







Riadah

RIADAH PAGI AHAD


Ilex ilex santai berjalan kaki 

Di pagi ahad yang nyaman 

Bleh lah jarak tak sampai 4km

Peluh merecik recik jugak 

Layan jer laa








7 sebab

7 SEBAB KERANA SAMBUNG DAPUR RUMAH BUSUK 


Perkara biasa kita nak besarkan dapur di rumah memasing dengan pelbagai kegunaan

Extend dapur rumah busuk akan memboleh kan untuk cuba mendapat kan 7 manfaat berikut:


  1. Luaskan ruang dapur yang sedia ada: boleh masak bersama sama ibu & anak. Tak lah berlaga badan kerana sempit
  2. Ubah kedudukan tandas dan besarkan saiz tandas: letakkan tandas di hujung sket. Besarkan supaya selesa untuk mandi & gunakan
  3. Gantikan tingkap nako kepada tingkap cermin tinted aluminium frame: barulah nampak cantek sket. Nyamuk tak masuk di celah cermin nako yang tidak rapat
  4. Boleh membina table top yang panjang sket: nampak lebih kemas & teratur. Bina kitchen kabinet supaya boleh masukkan pelbagai alatan dapur. Warna kitchen kabinet akan menceriakan ruang dapur
  5. Ruang dapur kelihatan luas dan lapang: ini penting untuk menaikkan mood untuk selalu berada di ruang dapur untuk memasak dan sebagai nya
  6. Sediakan ruang/sudut untuk mesin basuh: letakkan di satu sudut. Sediakan socket elektrik, paip air & lubang air keluar. Teratur & kemas
  7. Senang nak letak peti sejuk yang lebih besar: adanya peti ais yang lebih besar membolehkan nak isi makanan yang lebih banyak. Senang nak masak apa sahaja sebab stok dah ada


Barulah selesa untuk digunakan dapur tur

Para ibu dan gegadis akan syok untuk memasak dan buat kerja di dapur

Bila bila masa mood akan datang

Tak lah moody moody nak ke dapur


Gambar progres rumah busuk yang sedang diusahakan untuk disempurnakan

Ubahsuai untuk sebuah rumah:

  1. Bina porch 
  2. Extend dapur
  3. Rewiring 
  4. Ubah kedudukan hall, bilik & tandas
  5. Nak tambah loteng 

Target nak siapkan menjelang hari raya tahun ini 2020


Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk