08 May 2022

Malam raya

Malam raya 
Teringin plak 
Nak mee segera perisa kari telo sebijik 
Kena plak teh O Al-Kbous daun pudina 
Perhh dah lebih sebulan nak memendam rasa 
πŸ˜„




Esok Raya

Berbuka puasa hari ke 6
Esok raya
Wife masak kan rendang ayam 
Alhamdulillah πŸ˜„



07 May 2022

Riadah

RIADAH 

Hari ini ambil kesempatan untuk riadah sket
Keluarkan peluh untuk mesin rumput 
Kasi trim rumput kasi pendek sket 
Abang Bangla masih bercuti rayer … haha πŸ˜„

Lepas maghrib baru nak gie beraya 
Today Alhamdulillah dah hari ke 5 untuk berbuka puasa 

Nota: rumah ini telah dipinang oleh buyer … proses permohonan loan πŸ˜„





GANGUBAI

GANGUBAI

Layan Netflix potang nie
2 jam lebih
Siapa dah tonton 
Syok citer nie πŸ‘πŸ‘ŒπŸ˜„












05 May 2022

Puasa Hari ke 3

Nak berbuka puasa sunat hari ke 3 
Moga berpeluang untuk puasa lagi 3 hari 
InsyaAllah πŸ˜„



04 May 2022

Ziarah Pusara

ZIARAH PUSARA


Dalam keriangan berhari raya 

Saya akan meluangkan masa untuk bawa kidos 

Untuk ziarah pusara insan tersayang 


Kerinduan kepada arwah tidak dapat di gambar dengan kata kata

AL FATIHAH 

Hanya air mata yang mengalir tanpa henti

Bacaan doa pun tersekat sekat menahan sebak 

Mana mungkin dilupakan kenangan bersama arwah 


Cerita juga kat kidos 

Suatu hari nanti 

Papa mama akan ke sini jua 

Kita semua pasti akan kembali kepada PENCIPTA 

Cuma masa menentu kan 

Sajer ingat kan kidos agar kirimkan doa selalu sewaktu papa mama dah tak der kelak nanti nanti 


Pasti korang jua merindui kepada mereka yang dah pergi menemui PENCIPTA 

Tatkala mendengar lagu raya yang sedih sedih 

Sama sama kita mendoakan roh mereka

Untuk bertemu di SYURGA kelak 

InsyaAllah Aamiin 


Ir. AJAK











Soalan Macam Macam

MACAM MACAM SOALAN DI TANYA YER ?


KERIANGAN:

Keriangan berhari raya pada tahun ini

Lain macam yer 

Maklum lah dah 2 tahun tertangguh dek kerana pandemik melanda 


Cun cun gambar yang korang uplud 

Warna baju pelbagai 

Ada yang sedondon jua bersama family 


Ada yang gambar single, berdua & family

Pelbagai gaya dan gelagat

Background gambar pun pelbagai 


SYOK TENGOK GAMBAR KORANG πŸ‘πŸ˜„πŸ˜„


SOALAN:

Letih jugak nak melayan 

Yang paling tak syok apabila makcik & pakcik & saudara mara 

Akan mula bertanya soalan cepu emas

Antara biasa soalan yang ditanya:

  1. Yang bujang … Dah ada makwe & pakwe ker ?
  2. Yang lama membujang … Bila nak kawen ?
  3. Yang belum ada zuriat … Bila nak dapat anak ?
  4. Yang masih menganggur … Bila nyer kamu nak mula bekerja ?
  5. Yang belum ada Anak Perempuan … cuba lah lagi tambah agar ada ibu nya boleh buat kawan di dapur !
  6. Yang menjanda … berapa lama lagi kamu nak menjanda ?
  7. Yang menduda … tak bekenan ker kamu dengan anak dara jiran rumah kita tur ?
  8. Lain lain lagi


Cer korang tambah soalan yang lagi 

Pada ruang komen 

Kan kan

πŸ˜„


Ir. AJAK pun ada kawan yang bertanya … bilo kau nak nambah cawangan ? … hahahaπŸ˜„


Nota : gambar kucing sekadar hiasan pepagi ini bermanja2 dengan kucing … gigit2 manja πŸ˜„





03 May 2022

2 jari

Komen 2 patah dah ler 
Raya hari ke 2 kiter yerπŸ˜„




02 May 2022

01 May 2022

HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat semua πŸ˜„


Nota:

Kredit photo dari Sumber google πŸ‘Œ