16 October 2019

7 tips

7 TIPS UBAH KEADAAN RUMAN BUSUK YANG BURUK KEPADA WANGI


  1. Perancangan:

Dah agak lama saya melayan hobi hartanah rumah busuk nie

Hari berganti hari

Bulan berganti bulan

Dah bertahun lamanya

Malah tahun 2019 pun sudah berada di suku keempat menuju ke penghujung tahun

Cepat terasa masa berlalu 


  1. Masa:

Layan hobi ini memang syok

Memang sangat mengasyik kan

Ada jer nak cari masa yang terluang

Masa hari cuti ker

Lepas abis kerja lewat petang 

Mesti nak cuba selitkan aktiviti hobi hartanah rumah busuk

Sekejap pun jadik lah

Kan kan


  1. Imaginasi:

Saya memang suka tengok rumah busuk

Di tengok kiri kanan depan belakang sekeliling rumah busuk

Di tenung lelama pun tak per

Ambil gambar dari pelbagai sudut 

Dibelek belek gambar tur

Mula lah kepala nie ligat berpusing

Berimagimasi bagai bagai

Berangan angan angan saya

Macam al kisah Mat Jenin pulak

Terbayangkan nak runtuh dinding ini

Nak tumbangkan tiang sana

Nak ketuk dinding itu

Pelbagai yang bermain di fikiran saya


  1. Minat:

Lagi di fikirkan 

Lagi macam macam idea yang datang

Itu yang menyuburkan minat saya

Itu yang membakar semangat saya

Itu yang membuat kan saya makin bersemangat

Mesti nak cari solusi

Mesti nak buat itu ini

Mesti cari idea yang saya suka

Mesti tak mahu gagal nak siapkan sesebuah rumah busuk


  1. Matlamat:

Kekadang wife saya tengok saya pun pelik

Saya memang komited dalam melakukan sesuatu perkara

Sememang dari kecil begitu gamaknyer

Termasuk lah aktiviti rumah busuk juga

Rumah yang buruk

Rumah yang uzur

Rumah yang memang busuk

Konon nya nak di wangikan

Itulah matlamat saya

Kekadang nampak janggal 

 

  1. Manfaat 

Moga usaha kecil saya ini dapat memberi manfaat kepada ummah sekeliling saya

Moga peluang seramai mungkin memiliki rumah hasil sentuhan saya & team kontraktor 

Moga ada jalan yang ALLAH mudahkan urusan saya dari hari ke hari


  1. Doa:

Itu doa saya selalu 

Itu juga doa saya di Dataran Kaabah saban tahun sewaktu mengerjakan ibadah Umrah

Kalian doakan juga yer agar semua perjalanan aktiviti hobi hartanah rumah busuk saya berjalan dengan baik & teratur

Berkat doa dari kalian semua

InsyaAllah Amin 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota: kes rumah yang ini sudah separuh siap progres nya ... saya jangka dalam sebulan lagi siap sepenuh lah bagi sebuah rumah





Bekfes

Bekfes di awal pagi 

Wife sediakan menu nie😀





15 October 2019

Hijack

KOLAM BABY IKAN KOI KENA HIJACK

Dah kena hijack
Dah jadik kolam mandi plak
Adoi 😀



Meter air

ALIH KAN METER AIR DI RUMAH BUSUK


Alih kan meter air di rumah busuk

Dan jika boleh buat tapping baru (buat paip sambungan baru dari paip utama) agar paip tidak tersumbat 

Aliran air paip boleh mengalir lancar

Jika paip yang sudah berusia lebih 15 tahun berkemungkinan paip sudah mula tersumbat & lubang jadi kecil


Dengan tujuan untuk melebarkan kedudukan pagar yang asal

Nak buat pagar lebih lebar dan besar

Dari hujung kiri ke hujung kanan

Boleh lah nak parking kereta 2 biji serentak masuk dalam porch


Korang mesti guna kontraktor plumber yang berlesen dengan pihak berkuasa bekalan air di negeri masing masing yer

Lokasi saya di seremban 

Saya guna khidmat kontraktor plumber di seremban lah

Mereka ada kepakaran dalam buat kerja ini

Kos bergantung kepada kes memasing tau

Cuba lah semak di lokasi korang


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






14 October 2019

Sumbangan

TERIMA KASIH

Saya bagi pihak “Ustaz” mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah merebut peluang tempohari untuk menyumbang:
1. Kerusi 
2. Meja
Bagi tujuan kelas mengaji Al Quran
Dan berjumlah RM500 telah digunakan sebaiknya
Moga Allah melimpahkan rezki buat kalian semua
Alhamdulillah 
😀👍







Progres rumah busuk

Ir. AJAK SUKA TENGOK PROGRES RUMAH BUSUK


Saya nie

Ada satu sifat 

Suka tengok progres kerja kerja rumah busuk

Nie lah yang dinamakan hobi

Makin dilayan makin syok

Tak kisahlah masa itu ada penat ker


Mesti nak ejas ejas masa untuk layan hobi ini

Suka tengok makin hari makin rumah busuk makin mewangi 

Sket sket progres disiapkan

Mula mula rumah busuk dan kotor

Kan kan kan


Rakan kontraktor bagi mesej gambar

Ini kes baru

Ini rumah yang baru mula pertengahan minggu lepas

Dah naik dinding untuk dapur


Skrang nie musim hujan sehingga hujung tahun

Akan ada kesan juga kepada progres kerja ubahsuai 

Kena pasang bumbung cepat cepat lah nampaknya


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk




Jom

Jom bekfes 😀




12 October 2019

11 October 2019

Jumpa

Tadi tercicir

Ada yang jumpa

Serahkan kepada saya semula 😀




Reno tandas

RENO TANDAS DI BILIK MASTER DALAM RUMAH BUSUK


Tandas merupakan elemen yang agak penting di dalam sebuah rumah busuk

Dari awal lagi saya memang berhasrat untuk mewangikan tandas di bilik master dalam rumah busuk kes yang ini

Berhasrat untuk jadikan tandas ini sempurna tetapi tidaklah semewah tandas di hotel 5 bintang

Tandas di bilik master memang kita akan kerap guna


Bolehlah nak termenung lama sket di dalam tandas sambil browse internet facebook:

1. Dinding tiles sampai ke siling

2. Lantai tiles

3. Plaster siling

4. Lampu downlite

5. Ekzos fan untuk cepat ilangkan bau

6. Jamban duduk senang nak termenung lelamer sket sambil godek henpon

7. Water heater boleh mandi pagi jika air sejuk sesangat

8. Pili pemancut air senang nak membasuh

9. Pili ambil air wuduk

10. Sinki kecil untuk gosok gigi

11. Tandas yang lapang dan selesa

  1. Pintu tandas yang sempurna
  2. Dah pasang muka, rak letak tuala, rak bawah cermin & rak sabun shampoo


Contohnya seperti saya akan menggunakan tandas pada setiap hari

Tandas merupakan elemen yang penting dalam sesebuah rumah busuk yang telah di wangi kan

Kekadang penyewa/pembeli yang datang lihat rumah pun mereka akan melihat kebersihan tandas

Betoikan ?😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

  1. Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah siap direno menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor"
  2. Saya pecahkan tandas yang asal
  3. Saya ubah kedudukan tandas
  4. Tandas asal agak kecil dan saya telah berjaya besar kan