31 October 2020

Tolong wife

HARI CUTI TOLONG WIFE KAT DAPO


Kita cintan cinton kat dapo jer

Bersemut weh krik krik 


Wife nak masak sedap lah tur 

Itu yang Abang tolong 


Buka tin minyak sapi

Buka secara manual jer 


Tolong wife bagi masak sesedap rasa 

“Abang Tolong ambil rempah nasi Arab kat atas rak kabinet tur”

“Yer lah Sayang ... Abang ambil kan”


Pepagi dah beli daging kambing kat pasar 

Beras basmathi pun masih ada dalam kabinet tur


YuhuuπŸ˜„




Table

7 ELEMEN MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Satu alternatif yang penting jika dapat membina table top & kitchen kabinet di dalam sebuah rumah busuk

Ruang dapur sangat dekat di hati gegurl 

Malah di Musim PKP juga para Bapa suka memasak di dapur 


Antara sebabnya ialah:

  1. Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas
  2. Memang diakui bahawa memerlukan kos untuk membina table top dan memasang kitchen kabinet nie
  3. Perlu kan usaha sket lah dapatkan quatation yang bersesuaian dengan bajet kewangan yang kita ada. Buat design yang kita idamkan dalam mimpi selalu tur 
  4. Buat pilihan terdapat warna yang bersepadanan sesuai dengan persekitaran warna cat rumah atau mungkin juga lantai  tiles
  5. Kekadang apa warna pun sesuai kitchen kabinet nie ... janji nampak cantek dan menawan ... sedap mata memandang 
  6. Pilihlah kontraktor yang boleh dipercayai supaya kerja boleh disiapkan dengan sempurna dengan harga bersesuaian 
  7. Masa kerja dilaksanakan tur ... tengok tengok lah para kontraktor menyiapkan agar kerja nampak kemas dan teratur. Mana yang boleh kita beri pandangan. Kita cuba 


Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket apabila dah ada table top dan kitchen kabinet yang teratur dan kemas

Mana lah tau masakan jadi sedap yummy 

Kan kan kanπŸ˜„


Kekadang tidak semestinya jenis yang mahal mahal

Ikut kemampuan n keperluan yang kita mahukan 

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah dari sumber kes yang dah siap


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube








Sepinggan

SEPINGGAN NASI LEMAK KONGSI BERDUA


Sejak duo menjak nie

Kami bekfes kongsi berdua 

Sepinggan nasi lemak kongsi berdua

Bukan kedekut tauuuuπŸ˜„


Teringat zaman dolu dolu

Zaman belum kahwin masa nak ngorat 

Masa mula bercinta sekitar 20 tahun yang lalu

Masa tur semua makan nak kongsi 

Bersuap lagi tak der rasa segan pun 

Masa tur kat kota raya KL lah yer 


Kat soromban nie makan bersuap lagi pulak jadik nyer 

Ado customer yang meja sebelah muntah morning plak kang ... hahaha πŸ˜„


Cinta dibajai selalu 

Disiram dengan penuh kemesraan suami isteri

Isteri tulang belakang saya dalam segala aktiviti harian 

Terutama aktiviti melayan hobi rumah busuk 

EHHHH ingat kan pagi jumaat lagi

Love u sayang ❤️


&&& Jangan Korang Muntah dah laaaaa ...hahahaπŸ˜„&&&&


Ir. AJAK





30 October 2020

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Wife sediakan 
Simple jer
Sedap rasa 
Berselera saya makan 
Alhamdulillah πŸ˜„πŸ‘




29 October 2020

Cendol

Singgah gerai bawah pokok 
Pekena cendoi 
Balik dari lawat rumah busuk
Sambil cari idea 
LayanπŸ˜„πŸ‘




Bayaran

BAYARAN WANG PROGRESS KERJA KEPADA KONTRAKTOR RUMAH BUSUK


Cepat masa berlalu

Today kita dah berada di hujung bulan Oktober 2020

Dah dikira hampir ke penghujung tahun

Pantas jer rasa nyer

Sekitar 2 bulan jer lagi dah nak habis tahun 2020


Saya senantiasa berfikir melibatkan masa

Kerana dalam konteks transaksi rumah busuk

Masa itu melibatkan wang ringgit dan unit rumah busuk itu sendiri

Memang wajib diambil kira 


Awal bulan ini 

Memang mulakan projek yang baru pulak

Rumah busuk yang lain

Sajer nak citer kat korang

Bayaran wang kemajuan kepada kontraktor rumah busuk mestilah teratur dan tepat pada masa nya


Barulah kerja yang dibuat pun mengikut jadual

Jangan culas untuk membuat bayaran

Kerana kontraktor perlukan modal untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja dah urusan lain

Jika kita sebagai owner lembab membuat bayaran

Mungkin boleh sebabkan kelewatan untuk siapkan projek ubahsuai rumah busuk kita


Dari awal awal lagi perlu letakkan bajet untuk rumah busuk

Susun sebaiknya pembayaran itu

Dari masa ke semasa pihak kontraktor akan minta bayaran wang untuk progres kerja


Jika Kontraktor tak minta ... kita yang tanya 

Jangan lah runsing apabila diminta untuk membuat bayaran apabila tiba masa nya


Jika info ini baik untuk korang 

Eloklah kongsi kan kepada kenkawan yer

Supaya boleh menjadi panduan untuk kita bersama 

Betoikan 

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube




Maulidur Rasul

SALAM MAULIDUR RASUL 
:
:
Terasa rindu untuk menjejak kaki ke sana ziarah Makam Nabi
Moga diizinkan olehNYA




28 October 2020

Potong rumput

RIADAH BALIK DARI KOJO PEJABAT

Salin baju
Capai Mesin rumput 
Layan jer lah 
Bleh keluarkan peluh sket 

Setel potong rumputπŸ˜„




25 October 2020

15km jer

SANTAI SUNDAY MORNING 

Santai pagi ahad menikmati udara sekeliling taman 
15km jer mampu kayuh pagi nie ... semalam 14km ...Alhamdulillah Riadah keluarkan peluh untuk mainten stamina layan hobi hartanah rumah busuk πŸ˜„






24 October 2020

Take 5

PANEH LIT LIT POTONG RUMPUT RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT


Potong rumput di rumah busuk 

Riadah kluarkan poluh 


Pagi tadi dah kayuh beskal 14km

Banyak kalori terbako dah nie 


Take 5 jap Kepenatan dah nie 

Mujur lah rumput tak panjang lagi 


Kena lunch yummy yummy nanti nie untuk pulih kan tenago 

Jangan kutuk saya kedekut tak mau upah Abang Bangla potong rumput ... hahaha πŸ˜„


Ir. AJAK