26 April 2022
24 April 2022
Tahniah Along
Kari Kambing
23 April 2022
Tiles Dapur
TILES LANTAI DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK
Ramai pulak yang bertanya kepada saya
“Laminate Floor” ker ?
Saya jawab “bukan”
Saya pasang tiles saiz 2x2 yang bercorak seperti dalam gambar
Corak nie ada macam2
Korang boleh pilih di kedai barangan tiles
Harga pun ada macam2 yer
Ikut kemampuan bajet memasing
Pilih jer
Yang penting 3 tips di ruang dapur:
- Pada ruang dapur cuba guna jenis lantai tiles yang kesat
- Elakkan guna jenis tiles lantai yang licin & berkilat
- Risau Jikalau ada air tertumpah yang boleh menyebab kan lantai licin ... kita cuba elakkan risau terjatuh weh
Pada kebiasaan nya di ruang dapur
Memang akan terdedah dengan tumpahan air
Sebab ada sinki
Ada mesin basuh
Ada mesin air cucko & coway
Kita guna air
Kekadang air dari paip sinki merecik ke atas lantai
Ini sekadar nasihat saya sahaja
Tiada isu pun jikalau korang nak ubah norma sedia ada
Yang penting jika ada air pada lantai di dapur
Cepat2 ambil tindakan
Lap cepat2 supaya kering yer
Betoikan ! 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
21 April 2022
17 April 2022
Asyraf Folow Papa
BAWA ASYRAF LAWAT RUMAH BUSUK WEKEN
Asyraf terkejut lihat proses reno
Minggu lepas tak der bumbung
Arini dah pasang bumbung dari depan sampai ke dapur rumah
Dah tak panas kena cahaya matahari dah kata Asyraf
Papa cakap pada Asyraf
Minggu lepas kita melalui laluan ini untuk ke dapur tapi dah berubah menjadi laluan sebelah pula
Ini lah antara perubahan kedudukan bilik tidur diubahkan
Di hujung sudut dapur ini pun akan dibina 2 buah tandas
Asal nya kedudukan tandas di sebelah sana
Papa dah ubah kedudukan agar nampak susunan lebih teratur dan agar ruang dapur akan nampak luas dan besar
Asyraf tanya lagi:
“Camner papa boleh bayang kan nak ubah sana ubah sini ... sedang kan tak nampak di depan mata ?”
Papa jawab:
“Dah lebih 12 tahun papa layan hobi ini pada weken ... papa dah boleh bayang bayang dalam minda papa lah”
Asyraf nampak pelik pandang semacam kat papa ... hahaha
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Hobi Hartanah Rumah Busuk
09 April 2022
Alang
MUHAMMAD ASYRAF
Muhammad Asyraf (Alang)
Anak ke 3 papa mama
Teman kan papa
Lawat rumah busuk
Sajer bagi pendedahan kepada Alang
Supaya tahu aktiviti papa pada weken
Kenal erti rumah busuk
Faham erti nak reno
Tahu maksud nak runtuh kan porch
Ambil tahu rupa bumbung
Tengok pakcik kontraktor panjat bumbung
Tahu apabila bumbung rumah sudah tiada
Cara papa comfirm kan kedudukan itu dan ini bagi rumah busuk
Cuaca cerah paneh bedenting
Projek reno sebuah rumah busuk tetap berjalan
Cadangan:
- Runtuh porch sedia ... bina baru
- Ganti semua bumbung
- Ubah kedudukan bilik tidur
- Bina 4 bilik tidur
- Bina 3 tandas
Fully reno lah senang nak cakap
3 bulan ambil masa tak kurang
Layan tetap layan
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
Buku Teks
AMBIL BUKU TEKS
Pagi nie
Luang kan masa bawa Muhammad Adam ke sekolah ambil buku teks & beli kelengkapan di koperasi sekolah
Anak bongsu papa mama Makin membesar
Dah belajar di sekolah menengah
Tak mahu duduk di asrama alasan “nak main games komputer & henpon” ... tak vleh punya alasan ... adoii 😄