08 January 2023

MERECIK

MERECIK PELUH

Merecik peluh pagi nie
Trim rumput depan kolam ikan koi 
Ikan ikan di kolam terapi minda saya
Saya suka tengok ikan berenang renang 
Kolam ikan ini bersaiz besar
Kolam simen saiz : panjang 24kaki, lebar 14kaki, kedalaman 4kaki 
Selesa ikan berenang renang 
Ada beberapa jenis ikan saya gabung kan:
1. Koi
2. Lampam
3. Tengas
4. Talipia merah
5. Puyu 
6. Keli
7. Ikan bandaraya 
8. Patin
Nampaknya mereka masih mengamalkan konsep perpaduan 

Janji keluar kan peluh 
Pada pagi weken
😄








07 January 2023

2 Buah Buku

KARYA 2 NASKAH BUKU Ir. AJAK


Sepanjang tempoh lebih 13 tahun berkecimpung dalam melayan hobi hartanah rumah busuk 


Sempat saya menulis 2 buah buku bertajuk:

  1. HOBI HARTANAH
  2. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK


Berkongsi momen indah bersama YAB Dato Seri Haji Aminudin Bin Harun merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Parlimen Port Dickson … saya menghadiah kepada YAB Dato Seri sempena hari ulang tahun YAB Dato Seri


Alhamdulillah atas segala peluang untuk berkongsi ilmu dengan banyak pihak ðŸ‘ŒðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk









Riadah

Hobi rumah busuk 
Masih menjadi aktiviti weken saya 

Keluarkan peluh sket
Potong rumput/tumbuhan dah setinggi lutut 

Layan tetap layan 
Segar bau rumput nie😄








Sorok Pasaport

Wife cakap nak sorok passport plak … risau terlepas ke sempadan … Ahh kacau😄




31 December 2022

Happy New Year 2023

HAPPY NEW YEAR 2023😄

2022 telah di penghujung hari ini 31 Disember 
Tahun Baru 2023 bakal tiba hanya berapa jam sahaja lagi

Saya lalui segala cabaran yang mendatang 
Jalan kan amanah untuk memberi manfaat kepada ummah 
Saya memang terus berazam untuk perbaiki segala kelemahan yang ada pada diri sendiri 

2022 penuh liku jua untuk dilalui Kerana kesan ekonomi terhadap pandemik Covid 19 … masih ramai yang terkesan untuk bangun semula 
Nak layan hobi hartanah rumah busuk jua tidak semudah yang dijangka 

Usia makin menginjak lagi setahun 
Moga saya terus istiqamah untuk menambah kan amal ibadah sebagai bekalan ke sana
InsyaAllah Aamin

Saya juga mendoakan buat kalian semua agar dipermudahkan segala urusan yang bakal dilalui … kejayaan buat semua

Happy New Year 2023😄

Ir. AJAK




29 December 2022

Alhamdulillah Musafir …

Selepas musim pandemik covid

Sempat juga Allah swt izin kan untuk bermusafir tahun 2021/2022:


  1. Mekah & Madinah : Disember 2021


  1. Switzerland : February 2022


  1. Bangkok : July 2022


  1. Hadyai : Ogos 2022


  1. Mekah & Madinah : September 2022


  1. Copenhagen Denmark : September 2022


  1. Bangkok : September 2022


  1. Switzerland : Disember 2022


Jika diizinkan dari NYA

Cadang nak  rancang lagi pada tahun 2023 (kena kumpul Wang dari gaji bulanan)

Untuk bermusafir melihat keindahan bumi Ciptaan Allah swt

Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala peluang yang dipinjam kan buat sementara waktu


InsyaAllah Aamin ðŸ˜„


Nota: di mana pun saya bermusafir … RUMAH BUSUK tetap di hati … hobi saya sejak lebih 12 tahun yang lalu ðŸ‘ŒðŸ˜„


Ir. AJAK

Hujung Disember 2022





28 December 2022

Belum berjaya

Belum berjaya untuk memujuk lagi … Alamakkkk  … mohon bagi tips sket 😄



Ujung Kampong

Nice view jugak di hujung Kampong ini … di keliling bukit … terasa sojuk 😄




26 December 2022

Matterhorn Zermart Switzerland

KEHIDUPAN INI KERAS … seumpana batuan MATTERHORN


Ramai pelancong nak bergambo dengan view Matterhorn 

Maklum lah menjadi lambang coklat kegemaran ramai Toblerone 

Sekadar bergambo kenangan dengan kidos di kawasan tinggi Zermart Switzerland 


Kehidupan perlu diteruskan 

Tanpa rasa jemu tanpa rasa malas 

Hidup ini memang keras 

Memang mencabar 

Banyak komitmen perlu kita lunas kan 


Diary kehidupan kita senantiasa terpahat dengan pelbagai rencana kehidupan 

Kita lalui dengan redho & pasrah

Tahun lepas Mei 2021 saya terkena Covid 19 pada tahap 5 … terlantar sebulan di hospital dengan bantuan pernafasan … penuh mencabar … hampir 4 bulan guna wheelchair 


Dengan Izin dari NYA  … Saya berusaha untuk bangkit semula dengan bantuan rawatan pemulihan doktor

Semangat kena kuat … Ada juga terfikir rasa down 

Walaupun ada kepayahan jua 

Allah swt bantu sebaiknya … saya Amat bersyukur 


Saya berusaha untuk pergi umrah pada Disember 2021 dan september 2022 .. berdoa di depan Kaabah … merayu kepada NYA tempat kita meminta bantuan 

Agar kehidupan saya n family boleh dipermudahkan 


Pertengahan tahun ini 

Saya mengambil keputusan untuk bersara awal dari berkhidmat sebagai penjawat awam … sempat menabur perkhidmatan sekitar lebih 22 tahun di pelbagai agensi … hari akhir pada tarikh kemerdekaan 31 Ogos 22 … mulai 1 September 22 saya dah memiliki Kad pencen … mulai tarikh ini jua saya membuka lembaran baru … memberi perkhidmatan dengan cara yang lain pula … tapi masih menggunakan pengalaman yang saya ada … mencari rezki untuk menyara family  n membesar kan kidos … usia saya sudah berada di hujung 40 an .. bakal 5 siri dah 


Hobi rumah busuk saya masih timbang timbang kan … samada mahu terus berkongsi di media sosial atau sebaliknya  !


Maybe kehidupan saya jua .. sebagai insan biasa sahaja … tak perlu kot untuk dikongsi kan … saya sedang fikir fikir kan


Namun kalian semua .. tetap kawan kawan saya di media sosial yer ðŸ˜„


Ir. AJAK

Sekadar coretan cuaca sejuk nie … gigil jari jemari ðŸ˜„




25 December 2022

Kidos makin membesar

Waktu berjalan 
Terasa pantas 
Kita lalui kehidupan tanpa jemu 
Jika ada yang kita rasa kurang dalam kehidupan 
Kita usahakan sebaiknya untuk perbaiki bagi jadi lengkap sempurna seadanya

Sekadar renungan saya pawa weken today 
Kidos saya pun makin tinggi dah
Alhamdulillah atas segala kehidupan 😄