26 December 2022

Matterhorn Zermart Switzerland

KEHIDUPAN INI KERAS … seumpana batuan MATTERHORN


Ramai pelancong nak bergambo dengan view Matterhorn 

Maklum lah menjadi lambang coklat kegemaran ramai Toblerone 

Sekadar bergambo kenangan dengan kidos di kawasan tinggi Zermart Switzerland 


Kehidupan perlu diteruskan 

Tanpa rasa jemu tanpa rasa malas 

Hidup ini memang keras 

Memang mencabar 

Banyak komitmen perlu kita lunas kan 


Diary kehidupan kita senantiasa terpahat dengan pelbagai rencana kehidupan 

Kita lalui dengan redho & pasrah

Tahun lepas Mei 2021 saya terkena Covid 19 pada tahap 5 … terlantar sebulan di hospital dengan bantuan pernafasan … penuh mencabar … hampir 4 bulan guna wheelchair 


Dengan Izin dari NYA  … Saya berusaha untuk bangkit semula dengan bantuan rawatan pemulihan doktor

Semangat kena kuat … Ada juga terfikir rasa down 

Walaupun ada kepayahan jua 

Allah swt bantu sebaiknya … saya Amat bersyukur 


Saya berusaha untuk pergi umrah pada Disember 2021 dan september 2022 .. berdoa di depan Kaabah … merayu kepada NYA tempat kita meminta bantuan 

Agar kehidupan saya n family boleh dipermudahkan 


Pertengahan tahun ini 

Saya mengambil keputusan untuk bersara awal dari berkhidmat sebagai penjawat awam … sempat menabur perkhidmatan sekitar lebih 22 tahun di pelbagai agensi … hari akhir pada tarikh kemerdekaan 31 Ogos 22 … mulai 1 September 22 saya dah memiliki Kad pencen … mulai tarikh ini jua saya membuka lembaran baru … memberi perkhidmatan dengan cara yang lain pula … tapi masih menggunakan pengalaman yang saya ada … mencari rezki untuk menyara family  n membesar kan kidos … usia saya sudah berada di hujung 40 an .. bakal 5 siri dah 


Hobi rumah busuk saya masih timbang timbang kan … samada mahu terus berkongsi di media sosial atau sebaliknya  !


Maybe kehidupan saya jua .. sebagai insan biasa sahaja … tak perlu kot untuk dikongsi kan … saya sedang fikir fikir kan


Namun kalian semua .. tetap kawan kawan saya di media sosial yer 😄


Ir. AJAK

Sekadar coretan cuaca sejuk nie … gigil jari jemari 😄




No comments:

Post a Comment