30 November 2014

Progress Today ...



Asalam ...
Per kabo ...
Lama tak update pasal hartanah lelong coz bercoti rehat ke beijing china ...
Biznes tetap berjalan macam biasa kan kan kann ...
Mulai esok 1 hb disember dah boleh collect duit sewa bilik wanita di soromban ...
Www.biliksewaseremban.com
Kesibukan today melayan anak berkhatan tidak halang untuk biznes partime ...
Dah ado semangat macam "great wall di beijing" hehehe ...
Sempat jugak singgah di lokasi rumah lelong yang sedang di renovation ...
Rumah sudah dicat dengan undercoat putih di dinding dalam dan luar rumah ...
Lantai di dalam rumah sudah disimen render seluruhnya sebelum dipasang tiles pada seluruh lantai di dalam rumah dan lantai porch kereta ...
Table top didapur pun sudah disimen dan hampir nak keras sepenuhnya ...
Grill pagar pun sudah ditempah dan sedang dibikin oleh welder ...
Jenis rought iron giturr ...
Alhamdulillah atas segala kesempatan ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan ...
InsyaAllah ...
Tolong Amin yer ...
Tq fren

14 November 2014

Angan Angan Mat Jenin ...



Asalamualaikum kenkawan ...
Per kabo di pagi jumaat today yang penuh barakoh ...
Didoakan kenkawan akan penuh ceria ... sonyum sonyum yer ...
Sejak dua menjak nie aku selalur "berangan" ...
Dari angan angan lalu melakar cita cita Dan mengatur langkah untuk berusaha untuk menukarkan "angan angan" menjadik "realiti" ...
Macam kisah "mat jenin" laa aku nie ...
Aduduuuu ... malu tersipu sipu pulakk ... hehehe

11 November 2014

Practice Jualan ...




PRA JUALAN SEBUAH RUMAH YANG AKAN SIAP RENOVATION PADA DISEMBER 2014 DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
######################
Asalam
Per kabo
Macam rumah baru kerana kos repair dan renovation yang bernilai Ringgit Malaysia 5 angka
Saya adalah owner atas geran tanah dan tiada cagaran kepada bank
Rumah dijangka siap repair dan renovation pada Bulan Disember 2014
Anda yang mahu memiliki rumah ... Anda datang lihat dan nilai sendiri dan ANDA TETAPKAN HARGA BELIAN ... kita bincang sampai jadik ler ... termasuk kos deposit dan kaedah pembayaran
Jika berminat ... sila beri nama ... nombor handphone ... lokasi anda ... tujuan untuk beli rumah Saya
INBOX SAYA yer ...
Spesifikasi rumah:
Saiz 20 X 70
4 bilik tidur
2 tandas
Rumah tepi (end lot)
Ruang tamu yang luas
Ruang makan
Ruang dapur yang besar
Porch kereta yang baru
Cermin tingkap tinted aluminium frame
Pintu utama 2 daun kayu
Dinding pagar batu
Pintu pagar rought iron selebar 18 kaki 4 daun pintu
Lantai tiles seluruh rumah (saiz tiles besar 2 X 2)
Lantai tiles di porch kereta
Lantai tandas Dan dinding tiles
2 Jamban duduk pada 2 tandas
2 Sinki pada 2 tandas
Shower mandi
Table top Di dapur
2 sinki di dapur
Ekzos fan di ruang dapur
Plaster siling seluruh rumah
Plaster siling pada porch kereta
Grill tingkap dan grill pada 2 pintu
Rewiring elektrik baru seluruh rumah
Soket elektrik 14 unit
Kipas angin siling Auto Remote Control 8 unit
Lampu Candeliar Di ruang tamu 1 unit (Harga RM2k)
Lampu pagar 2 unit (import Italy)
Lampu down light 36 unit seluruh rumah
Rewiring Autogate Ready
Rewiring Aircond 2 unit Ready
Paip Mesin Basuh Ready
Sebuah dapur gas memasak Ready Brand New Built In pada table top (Harga RM400)
Persekitaran Rumah:
10 minit dari Wisma Negeri, Wisma Persekutuan, Masjid Negeri, Terminal One, KTM, Pusat Bandar Seremban
5 minit dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
4 minit dari Maktab Perguruan Seremban
3 minit dari Klinik Sikamat
5 minit dari Pasaraya Family Store Dan Pasaraya Zemart
3 minit dari Masjid Sikamat
3 minit dari Balai Polis Sikamat
12 minit me Hospital Seremban
16 minit ke Tol Lebuhraya PLUS Dan LEKAS
Nota:
Amat sesuai untuk diduduki
Amat sesuai untuk disewakan
Amat sesuai untuk dijadikan Homestay
From
Ir. AJAK

09 November 2014

Plaster Siling ...



Asalam ...
Per kabo ...
Coti hujung minggu yang penuh bermakna ...
Semalam dan today ziarah keluarga mertua di kola lumpur dan ziarah bonda Di ipoh iaitu rutin bulanan ...
Pagi ahad today ziarah pusara arwah ayah dan adik di ipoh ...
Driving balik dari ipoh ke soromban 3 jam ...
Lunch dan singgah gunting rambut bersama 4 pax kiddos merupakan rutin setiap bulan ...
Potang sempat singgah untuk lawat site lokasi rumah hartanah lelong yang sedang di renovation ...
Progress today plaster siling telah di buat di bahagian porch kereta ...
Dedikasi kontraktor buat kerja ...
Malam nie sempat jugak mengimarahkan surau Di taman untuk berjemaah sholat isyak ...
Macam SUPERMAN plakk aku nie ... kikikihhh
Alhamdulillah dengan segala peluang dan tenaga yang diberikan oleh NYA ...
Doa aku agar semua urusan dipermudahkan oleh NYA untuk hari yang mendatang ...
InsyaAllah ...
Amin ...

Sharing Wall FB Wan Infolelong ...



Asalam
Per kabo
Sajer nak sharing sket pepagi ahad nie
Tengok Notification FACEBOOK ada satu cebisan coretan empat lima baris pengalaman aku bab transaksi hartanah lelong telah di SHARING oleh Penulis BUKU dan beliau juga adalah SEORANG PENSYARAH di Universiti Tempatan serta PENGGIAT AKTIF HARTANAH di wall FB beliau ...
Makner nyer idea yang aku Sharing kepada kenkawan adalah mempunyai nilai KOMERSIAL dan BERNILAI ...
Moga sedikit ilmu yang aku sharing akan boleh memberi manfaat kepada orang lain ...
Alhamdulillah ...
InsyaAllah ...
Amin ....

08 November 2014

Cukai Keuntungan Harta Tanah ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today sajer nak sharing bab biznes partime transaksi hartanah lelong aku ...
Baru sahaja dapat notis dari Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN untuk membayar cukai keuntungan harta tanah bertarikh surat 30 oktober 2014 ...
Tahun ini ada 2 notis sudah dapat dan sudah di bayar melalui online Maybank2u jer ... tak payah susah untuk bayor di kaunter LHDN ...
Biznes partime aku nie memang telus kerana melalui transaksi LHDN dan pembayar cukai yang setia kepada Kerajaan Malaysia kerana takut sangkut tak boleh untuk melancong ke obersea pulak ... sangkut di kaunter Imigresen Malaysia ...
Korang jugak jika membuat transaksi hartanah perlu untuk ber sedia untuk membayar cukai sehingga 30% ... bergantung kepada tempoh memiliki hartanah tersebut sehingga tarikh pelupusan ... sediakan tunai jer ...
Aku proses isi borang dan sehingga keluar notis ini di pejabat LHDN soromban ... buat sendiri dengan di bantu oleh wife untuk men jimat kan kos guaman sehingga boleh men cerah fees rm500 setiap transaksi borang CKHT3 ... sekadar belajorr untuk berjimat ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

06 November 2014

Plaster Siling ...



Asalam ...
Per kabo ...
Potang today khamis balik dari kojo sempat singgah di lokasi renovation rumah lelong ...
Progress sedang menyiapkan plaster siling di ruang tamu ...
Plaster siling di ruang makan telah sempurna ...
Dedikasi pekerja kontraktor kerana jam sudah menunjukkan 6.30pm potang tapi masih tekun bekerja ...
Hati gumbira progress adalah baik bagi kojo biznes partime aku ...
Alhamdulillah ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA
InsyaAllah ...
Amin ...

04 November 2014

Tanah Pertanian Di Tukar Status Ke Lot Banglo ...



Asalam ...
Per kabo ...
Sajer nak sharing bab biznes partime transaksi hartanah ...
Pagi tadi terima mesej dari biznes partner ...
Beli status tanah pertanian dan ditukar ke status yang kediaman lot banglo geran individu ...
Lokasi tanah ialah di sebelah Kilang DRB Hicom dan di belakang Hostel University Automotif di Pekan Pahang ...
Projek ini bermula pada penghujung tahun 2012 ...
Bermula rundingan harga ...
Buat simple agreement dan dimatikan setem ...
Buat pembayaran kepada tuan tanah ...
Bermula lantik surveyor untuk ukur tanah ...
Buat pelan cadangan pecah lot lot banglo ...
Lantik kontraktor untuk tebang pokok dan bersih kan kawasan ...
Lantik perunding planner untuk sediakan pelan susun atur bagi memohon Kebenaran Merancang ke Majlis Daerah Pekan Pahang ...
Dapat sokongan dan kelulusan bagi pelan susun atur dari pelbagai agensi teknikal seperti TNB, Air, IWK, JPS dan Majlis Daerah Pekan ...
Buat precom plan dan submit ke Pejabat Tanah Daerah Pekan ...
Di angkat ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pahang ...
Mesti mendapat persetujuan EXCO Negeri Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK Negeri Pahang yang di Pengerusi oleh YB Menteri Besar Pahang kerana melibatkan per tukaran status pertanian ke kediaman dan geran individu ...
Semua proses ini memakan masa tempoh dari penghujung tahun 2012 sehingga sekarang penghujung tahun 2014 ...
Dah 3 tahun masa berlalu ...
Kos RM pun dah banyak ter labur di projek nie ...
Usaha sudah di peringkat akhir untuk menunggu jumlah nilai premium tanah perlu dibayar ke Kerajaan Pahang yang dianggarkan berjumlah Ringgit Malaysia 6 angka berdasarkan nilai hartanah 9 lot banglo status kediaman geran individu dengan nilai semasa hartanah sekitar Ringgit Malaysia 7 angka ...
Usaha yang amat berbaloi baloi walaupun memakan masa dan pelbagai rintangan ...
Penat gakkk tapi aku ber puas hati ...
Aku telah top up ilmu dan pengalaman yang amat amat berharga ...
Satu lagi cabang bidang transaksi hartanah ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA bagi urusan seterusnya ...
InsyaAllah ...
Amin ...

01 November 2014

Today 1hb November 2014 ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today sabtu 1 hb november 2014 ...
Hari yang sibuk penuh dongan aktiviti yang bermanfaat ...
Awal pagi selepas sholat subuh pergi riadah di padang golf ...
Pada sebelah potang lawat site renovation rumah lelong ...
Berbincang dan buat beberapa keputusan dongan kontraktor binaan dan kontraktor elektrik ...
Buat bayaran progress kepada kontraktor dengan bayaran Cheque ...
Kemajuan kerja yang amat memberangsangkan iaitu terkini sedang memasang plaster siling ...
Wayar elektrik pun dah dipasang ...
Dalam tempoh 2 minggu kontraktor dah janji untuk siapkan plaster siling seluruh rumah termasuk porch kereta ...
Lepas tur pasang tiles lantai seluruh rumah pulak ...
Alhamdulillah perancangan berjalan dongan lancar ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...
Perasaan heppy nie ...
Malam nie nak bawak my kiddos window soppink plakk ... hehehe