Asalam ...
Per kabo ...
Sajer nak sharing bab biznes partime transaksi hartanah ...
Pagi tadi terima mesej dari biznes partner ...
Beli status tanah pertanian dan ditukar ke status yang kediaman lot banglo geran individu ...
Lokasi tanah ialah di sebelah Kilang DRB Hicom dan di belakang Hostel University Automotif di Pekan Pahang ...
Projek ini bermula pada penghujung tahun 2012 ...
Bermula rundingan harga ...
Buat simple agreement dan dimatikan setem ...
Buat pembayaran kepada tuan tanah ...
Bermula lantik surveyor untuk ukur tanah ...
Buat pelan cadangan pecah lot lot banglo ...
Lantik kontraktor untuk tebang pokok dan bersih kan kawasan ...
Lantik perunding planner untuk sediakan pelan susun atur bagi memohon Kebenaran Merancang ke Majlis Daerah Pekan Pahang ...
Dapat sokongan dan kelulusan bagi pelan susun atur dari pelbagai agensi teknikal seperti TNB, Air, IWK, JPS dan Majlis Daerah Pekan ...
Buat precom plan dan submit ke Pejabat Tanah Daerah Pekan ...
Di angkat ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pahang ...
Mesti mendapat persetujuan EXCO Negeri Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK Negeri Pahang yang di Pengerusi oleh YB Menteri Besar Pahang kerana melibatkan per tukaran status pertanian ke kediaman dan geran individu ...
Semua proses ini memakan masa tempoh dari penghujung tahun 2012 sehingga sekarang penghujung tahun 2014 ...
Dah 3 tahun masa berlalu ...
Kos RM pun dah banyak ter labur di projek nie ...
Usaha sudah di peringkat akhir untuk menunggu jumlah nilai premium tanah perlu dibayar ke Kerajaan Pahang yang dianggarkan berjumlah Ringgit Malaysia 6 angka berdasarkan nilai hartanah 9 lot banglo status kediaman geran individu dengan nilai semasa hartanah sekitar Ringgit Malaysia 7 angka ...
Usaha yang amat berbaloi baloi walaupun memakan masa dan pelbagai rintangan ...
Penat gakkk tapi aku ber puas hati ...
Aku telah top up ilmu dan pengalaman yang amat amat berharga ...
Satu lagi cabang bidang transaksi hartanah ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA bagi urusan seterusnya ...
InsyaAllah ...
Amin ...
aamiiin alhamdulillah.
ReplyDeleteAslmkum Tuan,
ReplyDeleteNak tanya, mcm mn nak anggarkan bayaran premium utk tukar status pertanian kpd bangunan/rumah?