25 March 2019

7 tips

7 TIPS DISIPLIN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Pepagi monday blues nie saya sudi untuk berkongsi ceriter lagi

Jika korang nak layan hobi hartanah rumah busuk elok lah terapkan budaya disiplin yang konsisten

Antara 7 tips bagi perkara perkara berikut ialah:


1. Disiplin mencari rumah busuk:

Terus bersemangat mencari rumah busuk

Tak kisahlah yang terlalu busuk atau ala ala busuk

Cari jer kat mana2 pun


2. Disiplin memburu rumah busuk:

Apabila dah jumpa rumah busuk

Tugas seterusnya ialah mahu memburu samada melalui lelongan awam atau melalui kaedah subsale

Jangan sesekali jemu yer untuk memburu

Lambat tinggal yer


3. Disiplin menyelesaikan transaksi rumah busuk:

Terus folow up kes dengan pihak lawyer agar dapat berjalan dengan lancar

Kita bagi kerjasama yang baik dengan pihak lawyer

Bantu permudahkan dengan cara beri dokumen yang lengkap

Terus bantu hinggalah selesai transaksi


4. Disiplin berbincang dengan kontraktor ubahsuai rumah busuk:

Sewaktu tempoh ubahsuai memang banyak perkara perlu dapatkan idea dan kepastian item item yang mahu diubahsuai

Berikan komitmen terhadap perkara ini

Cari jalan yang win win situasi yer


5. Disiplin membuat bayaran kepada kontraktor rumah busuk:

Jangan buat dek jer apabila bab bayaran kepada kontraktor 

Bayar secara berkala

Permudahkan urusan ini kerana pihak kontraktor mahu beli barang binaan dan buat bayaran kepada pihak pekerja

Jangan cuai bab ini


6. Disiplin memantau segala tindakan berkaitan dengan rumah busuk:

Kita perlu pastikan ada ruang masa untuk memantau semua perkara yang berkaitan dengan rumah busuk

Contohnya: Jika ada lebih dari 2 kes rumah busuk berjalan serentak

Maka perkara ini perlukan perhatian yang lebih untuk pemantauan yang lebih rapi

Jangan malas2 tau


7. Disiplin berkongsi cerita rumah busuk agar semangat kita terus membara:

Salah satu cara untuk kekalkan stamina rumah busuk ialah dengan kerap kali berkongsi cerita atau idea rumah busuk dengan kenkawan 

Maka akan timbul semangat yang lebih membara

Kekal stamina dongan layan hobi kayuh beskal berkilo kilometer


Saya sekadar berkongsi ceriter rumah busuk jer

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumah busuk


Nota:

Video adalah kes sebenar rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor" untuk menjadi rumah wangi

Abaikan lantai yang masih kotor dan cermin bilik belum dipasang dalam rumah























No comments:

Post a Comment