30 April 2019

Discass

ALHAMDULILLAH 

SAYA DISCAS DARI WAD


Alhamdulillah 

Saya telah discas dari wad 

Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan rawatan saya di hospital


Terima kasih Team Dr Arif dan semua nurse:

  1. Dari mula rawatan bilik kecemasan 
  2. Bilik OT pembedahan di tangan masuk 3 batang besi, simen tangan patah dan jahit di bibir yang koyak
  3. Bilik wad rawatan


Terima kasih jua semua yang datang melawat saya sewaktu di wad rawatan

Wife dan anak anak selalu menemani di wad

Ibu dan adik2 mendoakan saya di sini


Saya bersyukur kepada Allah

Semua urusan di hospital berjalan dengan baik

Saya akan cuba lalui ujian ini

Saya redho ketentuan dari NYA

Kali pertama saya kemalangan sebegini dan akibatnya tangan patah


Saya berdoa jua agar proses penyembuhan berjalan baik dengan izin dari NYA

Dalam tempoh 2 bulan ini saya akan menjalani proses rawatan susulan sehingga sembuh ... InsyaAllah 


Saya cuba untuk menjalani kehidupan harian dengan keadaan sebelah tangan kanan berfungsi ... saya akan cuba sebaiknya

Saya kena kuat semangat seperti kenkawan yang lain

Aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalan fokus saya jua


Cuma saya kurang pasti upaya dalam keadaan sebegini

Rumah busuk memang sudah menjadi minat saya

Saya yakin dan amat percaya bahawa semua yang berlaku adalah perancangan Allah


Mesti ada hikmah di sebaliknya

Doakan saya yer kenkawan 

Saya perlukan sokongan dari kalian juga

InsyaAllah 

Amin


Ir. AJAK

Wad hospital

30 april 19





29 April 2019

Slow

SLOW SKET AKTIVITI RUMAH BUSUK


Tangan kiri dah di masukkan 3 batang besi melalui pembedahan petang semalam 

Dah di simen tangan juga


Doktor kata maybe 2 bulan masih bersimen

Maybe terbatas sket untuk aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk

Itu yang saya bayangkan


Minggu depan pun dah masuk bulan Ramadhan yang penuh keberkatan 

Saya terbuka hati menerima ketentuan dari NYA


Ir. AJAK

Wad hospital 





28 April 2019

Berdarah

BERDARAH


Selain patah tangan kiri

Saya telah menjalani pembedahan masukkan besi ke dalam tangan dan disimen pada tangan kiri saya juga


Bibir saya terkoyak sket dan telah dijahit

Kulit pada misai pun habis terkoyak jugak

Maybe misai dah tak mahu tumbuh daaa ... aduduπŸ™ˆ


Gambar pada pagi tadi tur

Sehingga jam 9pm nie saya masih berpuasa atas arahan doktor 

Dahaga nyer

1 jam lagi baru bleh makan n minum .. itu kena makan sket nasihat dari doktor supaya tidak muntah


Doakan saya yer πŸ˜€





Pembedahan

SELESAI PEMBEDAHAN 


Asalamualaikum 

Saya dah selesai pembedahan masukkan besi di tangan kiri

Masih mamai akibat ubat bius

Dah jadik “ironman plak”

Masih tidak boleh minum n makan .. tunggu sehingga jam 10pm nanti

Alhamdulillah 

Terima kasih semua mendoakan saya

AminπŸ™





Kemalangan

SAYA KEMALANGAN BASIKAL


Asalamualaikum 

Kenkawan 

Saya kemalangan basikal pagi tadi

Sempat kayuh 18km jer sebelum kemalangan 

Masuk wad 

Tangan kiri patah

Petang ini dijadualkan akan masuk bilik pembedahan untuk masukkan besi ke dalam tangan kiri saya

Doktor sudah arahkan saya berpuasa nie

Mohon doakan saya yer agar semuanya selamat

Bedebor sket nie


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk





27 April 2019

Avengers

AVENGERS ENDGAME


Dah korang asyik uplud kat media sosial tengok avengers

Terpengaruh jugak lah

Layan avengers potang nie ngan kidos

Gilos tiket pun sold out di kaunter punya banyak tayangan sampai 20 today pun bleh abis tiket kaaa

Laris tul citer nie

Ayoyoooo

Syok sangat ker

Layan jer laaa dongan family πŸ˜€





Riadah

Mood trauma ustaz madi laaa nie

Mampu 16km jerπŸ˜€





25 April 2019

Cubit



Rumah busuk vs

RUMAH BUSUK UZUR vs RUMAH WANGI BOSSKU


Pepagi nie sajer nak berceloteh bab rumah busuk lagi yer

Kepala berputar nak citer apa tur


RUMAH BUSUK:

Yang saya ertikan sebagai rumah yang uzur

Walaupun dalam kamus dewan belum memberikan definisi sebegini

Rumah yang tidak cantek

Rumah yang tidak sempurna

Rumah yang penuh sampah sarap

Rumah yang tidak bertingkap

Rumah yang siling telah pecah

Rumah yang tandasnya meloyakan

Rumah yang senantiasa dipandang sepi oleh jiran 


RUMAH WANGI:

Rumah yang saya ertikan sudah sempurna untuk didiami

Rumah yang telah di transformasi kan dari rumah busuk kepada rumah wangi

Rumah yang ada porch walaupun simple

Rumah yang ada lantai tiles

Rumah yang ada plaster siling

Rumah yang ada table top & kitchen kabinet

Rumah yang ada tandas ala ala hotel gitur

Rumah yang telah di wiring semula

Rumah yang ada kipas dan aircon

Rumah yang acapkali dipandang cantek jer yer


Rumah busuk vs rumah wangi

Mana satu pilihan korang yer ?

Ikhlas dan jujur

Cer korang tolong jawapkan


HAKIKAT:

Hakikat yang perlu dilalui oleh saya

Untuk melakukan proses transformasi dari rumah busuk kepada rumah wangi memang memerlukan usaha yang kental

Setakat hangat hangat tahi ayam ... tak menjadi weh

Itulah usaha yang telah dilalui sejak bertahun tahun dahulu

Dek kerana melayan "hobi"

Anggap jer ini perkara yang amat menyeronokkan hati dan perasaan

Merupakan satu kepuasan hati apabila dapat menyempurnakan sebuah rumah busuk kepada sebuah rumah wangi

Hakikat nya memang memerlukan komitmen yang berterusan dan padu

Betoikan

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah kes sebenar yang telah saya sempurna kan












Suap

Morning fren

Suap baby ikan koi makan paletπŸ˜€





Sambal

Sambal pembuka selera pagi nieπŸ˜€





24 April 2019

Makin

MAKIN BOTAK


Sewaktu lawat rumah busuk

Jiran cakap “rambut dah makin nipih tur sebab terlebih layan hobi hartanah rumah busuk laa tur yer”

Adoiii tokodu lidah !




Istiqomah



23 April 2019

Ustaz madi

Jangan ler emosi korang nengok ustaz madi ... hehehehe πŸ˜€





Berangan

BERANGAN-ANGAN RUMAH BUSUK BEB


Setiap kali ada kes baru

Setiap kali nak mulakan proses ubahsuai 

Masa ini aku suka berangan-angan

Membayangkan apa akan mahu dilakukan kepada rumah itu


Membayangkan masalah yang bakal timbul sewaktu proses ubahsuai 

Membayangkan jalan penyelesaian jika ada masalah itu

Mencongak mencongak item yang mahu di ubahsuai


Dengan item item tersebut membolehkan bayangan tentang kos yang bakal diperlukan 

Dengan berangan angan rumah busuk akan melahirkan tenaga yang luar biasa untuk menzahirkan tindakan bagi mewangikan sebuah rumah busuk 


Ada yang bertanya kepada saya "bagaimana Ir. AJAK mampu mengekalkan momentum melayan hobi rumah busuk secara konsisten"

Saya tak tahu nak bagi jawapan secara tepat

Korang tolong jawap kan & bagi idea di ruangan komen

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





21 April 2019

Papa dolu

PAPA DOLU BUDAK KAMPONG


Papa dolu jaman bebudak

Memang lain sangat untuk permainan:

1. Lastik burung

2. Mancing ikan

3. Panjat pokok

4. Naik beskal

5. Main polis sentri

6. Main2 aktiviti kampong


Skrang nie

Anak papa pegang henpon satu sorang

Tak der internet dah gelabah semacam jer

Tak der wifi asyik tanyer jer

Jejari nampak cekap n mahir jer menekan keypad

Main games di henpon:

1. Pubg

2. Mobile legend

3. Cyber hunter

4. Dan macam2 lagi lah


Nak dapat info 

Ada henpon ada internet 

Macam ada ler jalan nya

Semua dikatakan di hujung hari

Cam ner lah pada 10 tahun akan datang 

Apa rupa bentuk gajet nanti


Harap korang jangan leka yer

Kekadang papa pun konpius dengan istilah “arus kemajuan kemodenan”

Papa cuba didik korang sebaiknya

Sholat jangan tinggal

Baca ayat Al Quran jangan lupa

Allahuakbar πŸ˜€


Papa risau memikirkan nya perkara ini kekadang tur

Adudu

Korang cam ner yer ?




Laporan

BERSANGKA BAIK


Dalam menempuh kehidupan seharian

Ada bermacam2 senario

Saat senyum selalu

Saat muka ketat 

Keadaan ini akan mematangkan kita

Termasuk jua dalam melayan hobi hartanah rumah busuk

Ada jer cabaran yang perlu ditempuhi

Kekadang perlu ke kaunter balai polis tau

Jangan sesekali patah semangat yer !

Adudu πŸ˜€





20 April 2019

Corner

CORNER LOT


Tanah luas

Keliling pagar dinding batu bata

Macam2 bleh buat kan kan

Saper nak rumah nie

Pm inbox direct 

Nak bagi rege kasih sayang

Yuhuu πŸ˜€





Co pilot

Bertuah saya

Ada co pilot

Bermusafir ratus km





Biul

Orang ada duit

Beli rumah wangi

Ir. AJAK kumpul duit sket

Usaha kan beli rumah busuk

(Tur yang ado orang cakap Ir. AJAK nie bangang ker biul .... adudu malu nya aku !)πŸ˜€





17 April 2019

Bossku

7 TIPS BOSSKU LAYAN RUMAH BUSUK


1. TANAMKAN MINAT:

Nak mula berjinak dengan hobi hartanah

Maka perlulah tanamkan minat terhadap hartanah tur

Ambik aura

Jika buat dek jer

Memang tak jadik ler

Selalu tengok gambar pun okey


2. KUTIP ILMU HARTANAH:

Kena usaha lah sket untuk kutip ilmu hartanah 

Beli buku dan baca dan baca hingga paham

Ebook pun sangat membantu

Hadir seminar hartanah

Lepak minum kopi dengan orang sekeliling yang tahu tentang ilmu hartanah 

Joint lah group wasup geng hartanah

Kat wall fb pun manyak


3. FOLOW FB OTAI HARTANAH:

Folow semua aktiviti otai hartanah melalui fb

Baca setiap tulisan mereka yang memberi manfaat 

Jika tulisan tur agak keras terkena batang hidung sendiri ... buat dek jer lah

Kutip jer semua tips yang otai hartanah bagi kat wall mereka tur ... bukan kena bayo pun ... free sharing kan kan

Baca sampai muntah beb


4. KUMPUL MODAL:

Nak beli hartanah rumah busuk mesti lah mempunyai modal

Modal untuk deposit 

Kos lawyer

Kos valuer

Kos pelukis pelan jika nak fully renovation 

Kurang kurang pun modal 15% tau daripada harga rumah busuk yang nak dibeli

Nak simpan modal tur maybe ambil dari sebahagian duit gaji bulanan ker


5. MULA BELI RUMAH BUSUK:

Dah ada minat

Dah kutip ilmu

Dah folow fb otai

Dah kumpul modal

Masa untuk praktikkan

Pilihlah rumah yang bersesuaian dengan bajet anda dan yang berkenan di hati

Belilah rumah busuk samada melalui kaedah lelong atau kaedah subsales

Cari dan terus cari


6. REPAIR RUMAH BUSUK:

Dah beli rumah busuk

Dah setel bab dokumentasi

Masa untuk repair lah

Bagi wangi cukup cukup rumah tur

Ikutlah bajet memasing untuk repair tur

Dah wangi mesti syok punyer ... hati akan berbunga bunga kemerah merahan keseronokan


7. BELI LAGI RUMAH BUSUK:

Ulang semula step nombor 1 sehingga 6

Ulang lah sampai lebam

Ulang sampai termuntah

Ulang lah sampai jemu 

Ikut sukahati korang lah yer


Ini sebagai panduan yang boleh korang cuber yer

Ikut kesesuaian memasing tau

Saya hanya bagi tips jer

Inilah antara step yang saya amalkan

Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





16 April 2019

Garing

Di goreng hingga garing

Sisik pun rangup

Aroma dah cukup menusuk selera

Ikan terubuk sarawak

Nak bekfes

WalaweiπŸ˜€





14 April 2019

Nak balik

Nak balik dah ... kapal dah sampai πŸ˜€





Sewa

Sewa kereta


Dah 4 hari sewa keter

Keter kecik jer yg mampu

Isi minyak penuh tank

Ke hulu ke hilir

Konon nak usha rumah busuk

YuhuuπŸ˜€





Keindahan

Menikmati keindahan ...





Kopi

Kopi O secawan pagi nieπŸ˜€




10 sebab

10 SEBAB MESTI LAWAT RUMAH BUSUK


Sesibuk mana pun jadual saya

Mesti nak cuba lawat rumah busuk

Saya akan cari ruang waktu untuk melihat rumah busuk sebelum masuk ke lelongan awam atau belian secara subsale

Akan cuba sedaya upaya untuk melawat unit tersebut


Faedah faedah yang akan dapat daripada lawatan tersebut ialah:


1. Melihat kawasan sekeliling

2. Jumpa jiran jiran di sekeliling

3. Sembang dengan jiran sekeliling

4. Melihat rumah itu

5. Melihat sebarang kerosakan yang ada

6. Mengintai di dalam rumah melalui lubang lubang tingkap jika rumah berkunci

7. Mengambil gambar gambar supaya boleh dilihat semula pada masa terluang

8. Dengan lawatan ini boleh membuat anggaran sebarang kos untuk repair

9. Boleh jugak buat anggaran untuk renovation jika berjaya untuk memiliki

  1. Boleh sembang dengan agent hartanah atau owner rumah jika berpeluang


Dengan maklumat maklumat ini boleh lah membuat perbincangan dan cadangan dengan wife saya

Samada mahu proceed atau tidak untuk tujuan memiliki rumah busuk berkenaan 

Kita jugak boleh membuat anggaran harga maksimum yang boleh dibida atau dibeli


Sangat penting untuk membuat lawatan ke rumah busuk sebelum masuk sebarang lelongan awam atau melakukan nego2 rumah subsale

Malah bagi saya adalah wajib untuk membuat lawatan Jika berkesempatan 

Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk