ALHAMDULILLAH
SAYA DISCAS DARI WAD
Alhamdulillah
Saya telah discas dari wad
Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan rawatan saya di hospital
Terima kasih Team Dr Arif dan semua nurse:
- Dari mula rawatan bilik kecemasan
- Bilik OT pembedahan di tangan masuk 3 batang besi, simen tangan patah dan jahit di bibir yang koyak
- Bilik wad rawatan
Terima kasih jua semua yang datang melawat saya sewaktu di wad rawatan
Wife dan anak anak selalu menemani di wad
Ibu dan adik2 mendoakan saya di sini
Saya bersyukur kepada Allah
Semua urusan di hospital berjalan dengan baik
Saya akan cuba lalui ujian ini
Saya redho ketentuan dari NYA
Kali pertama saya kemalangan sebegini dan akibatnya tangan patah
Saya berdoa jua agar proses penyembuhan berjalan baik dengan izin dari NYA
Dalam tempoh 2 bulan ini saya akan menjalani proses rawatan susulan sehingga sembuh ... InsyaAllah
Saya cuba untuk menjalani kehidupan harian dengan keadaan sebelah tangan kanan berfungsi ... saya akan cuba sebaiknya
Saya kena kuat semangat seperti kenkawan yang lain
Aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalan fokus saya jua
Cuma saya kurang pasti upaya dalam keadaan sebegini
Rumah busuk memang sudah menjadi minat saya
Saya yakin dan amat percaya bahawa semua yang berlaku adalah perancangan Allah
Mesti ada hikmah di sebaliknya
Doakan saya yer kenkawan
Saya perlukan sokongan dari kalian juga
InsyaAllah
Amin
Ir. AJAK
Wad hospital
30 april 19
No comments:
Post a Comment