KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Tahniah kepada semua anak anak tahun 6 yang telah memperolehi keputusan UPSR yang telah diumumkan pada sekitar jam 10am pagi tadi
Dah lega perasaan yer dah dapat keputusan
Alhamdulillah
Setiap dari kita akan melalui proses yang sama
Melalui zaman persekolahan
Menjadi seorang pelajar dari sekolah rendah, menengah dan mungkin berpeluang ke peringkat lebih tinggi
Tahap seseorang itu memang berbeza beza
Memang tidak sama sekalipun
Itu hebatnya CIPTAAN ALLAH
ALLAH Maha mengetahui
Jari jemari kita pun tak sama
Ada jari yang pendek & panjang
Malah kekadang ibu jari kiri & kanan pun tidak sama keadaan nya
Ada yang mampu mencipta kejayaan cemerlang
Ada yang sekadar mampu cukup cukup makan sahaja keputusan nya
Ada yang berpeluang mencatatkan banyak A dan sebaliknya
Kita raikan semua keadaan itu
Anak anak dah buat yang terbaek semampu mungkin
Kita bagi sokongan
Kita bagi dorongan
Kita bagi semangat
Kita support beb
Sewaktu menerima keputusan di tangan memasing
Ada nampak yang menangis
Mungkin menangis kerana tersangat gembira atau sebaliknya
Malah ada yang rilex selamber rock jer
Buat tenang giler kan kan
Gelak gelak dengan rakan sebelah
Sama sama kita didik anak anak
Untuk belajar terima realiti keadaan seadanya
Jangan marah anak anak yang kurang keputusan peperiksaan nya
Redho dengan apa yang ada
Malah bangkit kan semangat untuk terus mereka mendaki dari satu tangga ke anak tangga menaik ke atas
Ada jer saya tengok keadaan realiti dalam kehidupan
Setengah orang tur
Memang hebat sewaktu masa belajar
Result dapat memang cemerlang
Tapi tidak semestinya berjaya dalam kehidupan
Nampak biasa biasa jer sewaktu zaman sekolah dolu
Tapi memang saya akui memang ada yang hebat sewaktu belajar ... sampai sekarang pun memang jadi insan hebat
Malah tidak terkecuali juga bahawa ramai yang terkecundang
Actually
Hebat & berjaya pun boleh di erti kan dalam pelbagai sudut yang berbeza beza
Pelbagai taksiran boleh dibuat
Betoikan
Perjalanan anak anak masih jauh
Keadaan masa depan di jangka makin mencabar
Dunia makin maju dengan pelbagai perubahan teknologi dari masa ke semasa
Mahu tak mahu kena hadapi jua
Sambil kita mengejar kejayaan
Sama sama kita selitkan nilai peribadi yang mantap demi keseimbangan dalam kehidupan untuk di dunia & akhirat
Jatidiri kena kukuh
Jangan mudah goyah
InsyaAllah Aamin 👍
Sekadar pandangan saya sahaja
Tiada kena mengena dengan sesiapa pun yer
Saya Ir. AJAK pun belajar tak hebat mana pun
Jaman sekolah rendah TIDAK pernah dapat peluang kedudukan peperiksaan nombor 1 ke nombor 10 (kenkawan yang hebat dah booking kedudukan itu) ... saya mesti dapat nombor belas belas jer kedudukan ... alahai malu nya 🙈
Saya Ir. AJAK insan biasa biasa jer 😀
Ir. AJAK minat layan hobi hartanah rumah busuk jer 😀
Nota: gambar hiasan dari carian di sumber google
No comments:
Post a Comment