25 July 2021

Tiada Cerita

TIADA CERITA RUMAH BUSUK


Dah agak lama saya tidak menulis tentang cerita rumah busuk 

Almaklum jer lah dalam keadaan sekarang nie

Semua aktiviti itu terhenti akibat PKP

Kontraktor tidak boleh buat kerja renovation

Banyak kedai hardware pun tutup kan

Kang buat kerja reno secara curi curi jugak akan kena saman pulak ... hahaha 


Maka tiada lah cerita rumah busuk buat masa ini

Lagi pun dalam keadaan ekonomi yang suram sebegini 

Tambahan ada di luar sana yang kehilangan pekerjaan & pendapatan

Tak berapa nak syok bercerita pasal bab rumah busuk yang melibatkan “modal” kerja ... kang ada yang cakap kita berlagak pulak 

Padahal di luar sana ramai yang terjejas pendapatan seharian 

Tambahan mungkin ada yang tak keruan duk dalam suasana PKP


Kita rilex rilex santai jer lah di FB nie

Mana yang bermanfaat kita ambil sebagai panduan

Kito raikan semua status di wall kenkawan 

Jangan terlalu serious yer kenkawan di weken nie haaa 😄


Ir. AJAK



No comments:

Post a Comment