25 September 2021

Hadap Jer

SANTAI HADAPI SEMUA CABARAN MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Dalam kehidupan harian kita ini 

Macam2 planning yang kita nak buat

Untuk menjayakan semua perkara yang kita mahukan 

Cuma dalam usaha untuk mencapai nya


Akan berlaku pelbagai halangan & ujian 

Biasa nya begitu lah 

Namun ada jugak yang berjalan secara lancar tanpa sebarang masalah 


Kunci utama nya 

Mesti tenang untuk hadapi semua cabaran 

Kita Memang tidak boleh lari dari cabaran demi cabaran

Selagi kita bernyawa pasti akan ada jer cabaran yang mendatang 


Macam saya jugak 

Dalam melayan hobi hartanah rumah busuk 

Mesti ada cabaran nya


Contoh:


  1. Tidak dapat memiliki rumah Busuk dengan harga yang rendah  ... bajet kita mungkin ciput tak memcukupi
  2. Deal untuk memiliki rumah busuk tidak dapat close ... tawaran harga owner yang kurang munasabah maybe tinggi 
  3. Proses nak selesaikan transaksi memiliki geran hakmilik rumah busuk dengan ada pelbagai halangan ... owner dah meninggal dan belum selesai proses pembahagian harta 
  4. Modal untuk reno rumah busuk yang makin tinggi ... rumah keadaan dah uzur memang Kos Tinggi lah
  5. Idea Kekadang ke laut ... untuk buat semula rumah busuk bagi mewangi 
  6. Pasangan mungkin tidak bersetuju dengan segala idea yang kita lontar kan ... maka kena ada sesi memujuk untuk persetujuan bersama dicapai 
  7. Kontraktor culas buat kerja ... asyik lambat jer ... pelbagai alasan diberikan


Sekadar coretan saya untuk kita sama2 renungkan 

Sekira nya manfaat kito kongsikan dengan kenkawan yer 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG




https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729




Wasap.my/60129861504/bukuir




21 September 2021

BUKU Terbaru

RUMAH BUSUK : HOBI MASYUK

Sajer Nak TEASER sket 
BUKU terbaru saya dah siap cetak 
Ada yang berminat untuk miliki ker ? 😄

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk





19 September 2021

Layan Rumah Busuk Perlu Modal

RUMAH BUSUK MEMANG PERLUKAN MODAL


Ramai yang bertanyer kepada saya 

Nak layan hobi rumah nie perlukan modal ker

Jawapan nya memang YA


Memang perlukan modal untuk:

1. Nak cari rumah busuk

2. Nak dapat dapatkan rumah busuk

3. Nak beli rumah busuk

4. Nak repair rumah busuk

5. Nak upah runner rumah busuk

6. Nak bayar kos lawyer

7. Nak bayar kos bil utiliti tertunggak 

8. Nak bayar cukai pintu & cukai tanah

9. Nak bayar kos perfection geran hakmilik jika masih belum setel

10. Nak bayar kos pelbagai lain lain lagi jika ada yer


Bermakna tiada modal memang payah lah nak layan hobi rumah busuk nie

Saya cakap terus terang lah kan

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 





12 September 2021

Hati Girang

HATI GIRANG LIHAT RUMAH BUSUK WEH !


Hati semakin girang berbunga bunga 

Melihat sebuah rumah busuk makin mewangi weh

Sehari demi sehari


Apabila setiap progres projek rumah busuk makin bertambah:

  1. Dari tiada kelulusan pelan ubahsuai telah ada kelulusan
  2. Dari tiada meter air telah ada meter air
  3. Dari tiada porch telah dibina porch yang tersergam
  4. Dari dapur yang kecil telah diluaskan
  5. Dari lantai simen telah di tiles kan seluruh lantai
  6. Dari tandas yang usang telah dijadikan tandas yang amat sempurna
  7. Dari tiada table top dibina bersekali dengan kitchen kabinet atas dan bawah serta hood hob
  8. Siling yang terlopong telah digantikan dengan plaster siling
  9. Lampu kalimantang telah disusun semula dengan lampu downlite led
  10. Tingkap nako telah digantikan dengan tingkap tinted kaca aluminium frame
  11. Gril n pagar mahu ditempah di bengkel
  12. Akan dicat dengan warna pilihan 


Tips:

  1. Nak layan aktiviti hobi hartanah rumah busuk ini mesti nak ada minat
  2. Kena bawak sekali pasangan agar minat sama supaya tak ada bebelan
  3. Kena luangkan masa walaupun sesibuk mana sekalipun
  4. Cari lah peluang untuk menimba ilmu ... jangan main belasah jer
  5. Pelan pelan kayuh ... jangan gelojoh n tamak


Tur jer nak kongsi kan dengan korang

Yuhuu satu kali😀


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


Nota:

Gambar dari simpanan dalam henpon bagi projek yang dulu


#rumahbusuk









04 September 2021

12 Tips

12 TIPS ANGGARAN RUMAH BUSUK

Ramai yang berminat nak tahu apabila kita berbicara bab anggaran kos rumah busuk 
Yang amat pasti ialah setiap kes tidak sama kos nya

Amat amat bergantung kepada elemen berikut antaranya:

1. Jenis rumah ... banglo, teres setingkat ker 
2. Pilihan jenis material binaan yang digunakan 
3. Nak kualiti bagus atau kualiti sederhana 
4. Nak tempoh siap cepat atau tempoh siap biasa 
5. Lokasi rumah di mana tur ... lokasi akan menentukan harga kos jugak ... contoh di Bandaraya KL akan tinggi sket lah
6. Mahu mendapatkan pelan kelulusan PBT atau tidak
7. Rekabentuk ubahsusai yang biasa biasa atau rekabentuk yang luar biasa bentuk nya
8. Apa item nak di ubahsuai nya contoh porch sahaja ker atau extend dapur atau nak ubah kedudukan tandas
9. Apa item item detail yang di mahukan ... ada plaster siling ker
10. Berapa saiz rumah atau saiz porch
11. Rumah landed atau apartmen (yang apartment tur ada lif atau tiada
12. Pelbagai faktor lain yang boleh difikirkan bersama 

Sekadar saya beri pandangan jer
Saya bukannya hebat  sangat pun
Sekadar layan hobi hartanah rumah busuk
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk

Nota:
Gambar koleksi kes yang terdahulu 







Pantai PD

ANGIN SEPOI BAHASA DI PANTAI PORT DICKSON 


2 minggu berturut turut datang ke sini 

Isi masa terluang pada weken 

Santuni kidos yang suka bercanda di tepian pantai 

Mandi manda air laut 

Bunyi deruan ombak yang mengasik kan

Sambil angin sepoi bahasa di pantai port dickson 

Kedamaian di sini melihat laut yang terbentang luas

Alhamdulillah 😄👍