04 September 2021

12 Tips

12 TIPS ANGGARAN RUMAH BUSUK

Ramai yang berminat nak tahu apabila kita berbicara bab anggaran kos rumah busuk 
Yang amat pasti ialah setiap kes tidak sama kos nya

Amat amat bergantung kepada elemen berikut antaranya:

1. Jenis rumah ... banglo, teres setingkat ker 
2. Pilihan jenis material binaan yang digunakan 
3. Nak kualiti bagus atau kualiti sederhana 
4. Nak tempoh siap cepat atau tempoh siap biasa 
5. Lokasi rumah di mana tur ... lokasi akan menentukan harga kos jugak ... contoh di Bandaraya KL akan tinggi sket lah
6. Mahu mendapatkan pelan kelulusan PBT atau tidak
7. Rekabentuk ubahsusai yang biasa biasa atau rekabentuk yang luar biasa bentuk nya
8. Apa item nak di ubahsuai nya contoh porch sahaja ker atau extend dapur atau nak ubah kedudukan tandas
9. Apa item item detail yang di mahukan ... ada plaster siling ker
10. Berapa saiz rumah atau saiz porch
11. Rumah landed atau apartmen (yang apartment tur ada lif atau tiada
12. Pelbagai faktor lain yang boleh difikirkan bersama 

Sekadar saya beri pandangan jer
Saya bukannya hebat  sangat pun
Sekadar layan hobi hartanah rumah busuk
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk

Nota:
Gambar koleksi kes yang terdahulu 







No comments:

Post a Comment